الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
HADIS-HADIS RASULULLAH S.A.W : SOLAT
1) Rasulullah s.a.w
bersabda : "Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat
bersendirian dengan 27x darjat" H.R.Bukhari dan Muslim
2) Rasulullah s.a.w
bersabda : "Sesiapa yang solat berjemaah kemudian duduk berzikir hingga
terbit
matahari kemudian solat 2 rakaat (sunat dhuha maka ia akan mendapat
pahala haji dan umrah yang sempurna" H.R.Tarmizi
3) Rasulullah s.a.w
bersabda : "Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya
seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka
pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah sunat" H.R.Attabrani
4) Rasulullah s.a.w
bersabda : "2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada
dunia seisinya" H.R. Muslim & Tarmizi
5) Rasulullah s.a.w
bersabda : "Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan
mengharamkan jasadnya dari api neraka" H.R.Attabrani
6) Rasulullah s.a.w
bersabda : "Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka
diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia
rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu" H.R.Attabrani
7) Rasulullah s.a.w
bersabda : "Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas
zohor sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka
H.R.Abu Daud & Tarmizi
8) Rasulullah s.a.w
bersabda : "Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna maka keluarlah dosa dari
tubuhnya sehingga dari bawah kukunya juga" H.R.Muslim
9) Rasulullah s.a.w
bersabda : "Malaikat akan berdoa untuk kamu selama kamu masih berada
didalam masjid dan melakukan solat dan selama kamu tidakberhadas. Berkata
Malaikat "Ya Allah ampunilah dia dan turunkanlah RahmatMu kepadanya"
H.R.Bukhari
10) Rasulullah s.a.w
bersabda : "Sesiapa yang solat Isyak berjemaah maka bagaikan bangun
(beribadah) malam dan (pada esok paginya) ia mengerjakan solat Subuh secara
berjemaah juga maka (pahalanya)
bagaikan bangun semalaman (penuh). H.R.Muslim
& Ahmad
11) Rasulullah s.a.w
bersabda : "Apabila kamu rasa ada angin didalam perutmu kemudian kamu ragu
adakah ianya telah keluar atau belum, maka janganlah keluar dari solatmu
sehingga jelas terdengar bunyi atau tercium baunya" H.R.Muslim
12) Rasulullah s.a.w
bersabda : "Tidak takutkah orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam
(mengangkat kepalanya), kelak akan digantikan kepalanya dengan kepala
kaldai" H.R.Sahih Muslim
13) Rasullulah s.a.w
bersabda : "Solat dengan bersiwak (mengosok gigi) lebih afdal (baik) dari
70xsolat tanpa siwak" H.R.Zanjawaih & Hakim
14) Rasullulah s.a.w
bersabda : "Solat sunat atau fardhu dengan memakai serban menyamai 25x
solat yang tidak memakai serban dan solat jumaat dengan memakai serban menyamai
70x Jumaat tanpa memakai serban" H.R.Ibn'Asakir
15) Rasulullah s.a.w
bersabda : "Malaikat senantiasa berdoa untuk kamu selama ia berada
ditempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas" H.R.Bukhari
& Muslim
16) Rasulullah s.a.w
bersabda : "Apabila imam bangun dari rukuk serta membaca doa, maka
hendaklah kamu membaca "Allahuma Rabbana lakalhamdu" kerana sesiapa
yang berkebetulan bacaannya dengan bacaan Malaikat, nescaya diampunkan dosanya
yang telah lalu" H.R.Bukhari & Muslim
17) Rasulullah s.a.w
bersabda : "Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan mailakatNya pula
mendoakan bagi orang-orang yang sembahyang pada saf yang pertama" H.R.
Ahmad & Abu Daud
18) Rasulullah s.a.w
bersabda : "Sesiapa yang berwuduk padahal ia masih ada wuduk, maka dicatat
untuknya sepuluh hasanat" H.R.Abu Dawud
19) Rasulullah s.a.w
bersabda : "Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia
kafir terang-terangan" H.R.Attabrani