Firman Allah :
قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ ۖ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِينٍ
"Apakah yang menghalangi engkau (sehingga)kamu tidak bersujud (kepada Adam) ketika Aku menyuruhmu?”(iblis) menjawab”Aku lebih baik daripada dia.Engkau ciptakan aku daripada api dan sedangkan dia Engkau ciptakan daripada tanah“
Firman Allah lagi:
قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿١٦﴾ ثُمَّ لَآتِيَنَّهُم مِّن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَن شَمَائِلِهِمْ ۖ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ ﴿١٧﴾
"Iblis) menjawab, Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku selalu menghalangi mereka daripada jalanMu yang lurus. Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur”
(Surah al-A’raf: ayat 16-17)
sifat syaitan yang digariskan Quran adalah :
1.Sombong dan angkuh.
Syaitan adalah makhluk yang sombong dan angkuh.Sifat sombong dan angkuh adalah sifat syaitan dan ianya diharamkan Allah.Sifat sombong akan menyebabkan seseorang masuk Neraka sebagaimana sabda Baginda “Tidak akan masuk Syurga seseorang yang ada dalam hatinya sifat sombong walaupun sebesar zarah”.
Manusia sombong dan angkuh kebiasaannya mempunyai sifat lebih sempurna contohnya menjadi pengarah,pegawai besar,orang kaya,memandu kereta mewah,berupa cantik,hidung mancung dan sebagainya.Manusia yang dikurniakan pelbagai kelebihan dan berbangga dgn nikmat yang dimiliki.
Mereka yang sombong adalah mengikut sifat syaitan dan layak dianggap teman syaitan.
Ibnu Taimiyah rahimahullah tentang bahaya hasad (dengki) dan kibr (sombong) ini memaparkan dalam salah satu kitabnya yang terkenal, Majmu al-Fatawwa. Sombong dan hasad (dengki) adalah dua penyakit yang telah menghancurkan orang terdahulu dan belakangan. Keduanya adalah dosa yang amat besar yang ada dahulu.
Sifat kibr (sombong) berawal dari Iblis sedangkan sifat hasad berasal dari Adam. Begitu pula anak Adam yang membunuh saudaranya. Ia membunuhnya karena hasad pada saudaranya. Karenanya, sifat sombong menafikkan Islam (sikap tunduk patuh pada Allah, pen). Sebagaimana pula syirk menafikkan Islam. Islam adalah berserah diri (tunduk patuh) pada Allah semata.
Barangsiapa yang tunduk patuh pada Allah, juga pada selain-Nya, maka dia termasuk musyrik pada Allah (karena dia telah menduakan Allah). Barangsiapa yang tidak tunduk patuh pada Allah, maka dialah orang yang kibr (sombong). Inilah sebagaimana keadaan Fir’aun dan pengikutnya.
Barangsiapa yang tunduk patuh pada Allah di jalan yang hanif (lurus), maka dia adalah yang sebenar-benarnya muslim (orang yang tunduk patuh). Dialah yang sebenarnya menjadi pengikut Ibrahim sebagaimana Allah SWT firmankan,
“Ketika Rabbnya berfirman kepadanya, ‘Tunduk patuhlah!’ Ibrahim menjawab, ‘Aku tunduk patuh kepada Rabb semesta alam.’” (QS. Al-Baqarah: 131)
sifat syaitan yang digariskan Quran adalah : 1.Sombong dan angkuh.
Syaitan adalah makhluk yang sombong dan angkuh. Sifat sombong dan angkuh adalah sifat syaitan dan ianya diharamkan Allah.Sifat sombong akan menyebabkan seseorang masuk Neraka sebagaimana sabda Baginda “Tidak akan masuk Syurga seseorang yang ada dalam hatinya sifat sombong walaupun sebesar zarah”.
Manusia sombong dan angkuh kebiasaannya mempunyai sifat lebih sempurna.Manusia yang dikurniakan pelbagai kelebihan dan berbangga dengan nikmat yang dimiliki.
Mereka yang sombong adalah mengikut sifat syaitan dan layak dianggap teman syaitan.
2.Menyuruh kejahatan.
Syaitan telah berjanji untuk menyesatkan manusia hingga kiamat.Ia tahu bahawa dirinya bakal menjadi ahli Neraka dan mahu menjemput lebih ramai manusia ke Neraka bersamanya.
Manusia yang menyuruh kejahatan adalah manusia yang mencontohi sifat syaitan.
Jika melihat manusia suka menyuruh maksiat dan kejahatan,ia membuktikan mereka mengikut telunjuk syaitan.
3.Tidak bersyukur.
Syaitan diberikan nikmat menjadi ahli syurga ketika belum dicipta Adam a.s namun ia kufur dan tidak bersyukur .Akhirnya syaitan dicampak ke dunia.Syaitan berjanji menghasut manusia agar tidak bersyukur sepertinya.
Dalam sebuah hadis qudsi Allah SWT berfirma:
“Sombong itu selendang-Ku dan keagungan adalah sarung-Ku. Barangsiapa merampas salah satu darinya, Aku lemparkan dia ke Neraka Jahannam.”
(Riwayat Abu Daud)
Firman Allah
وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آتَوا وَّقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ أَنَّهُمْ إِلَىٰ رَبِّهِمْ رَاجِعُونَ ﴿٦٠﴾
Sesungguhnya orang-orang yang meyombongkan diri daripada menyembah-Ku, akan masuk ke Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Al Mukmin: 60)
وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا ۖ إِنَّكَ لَن تَخْرِقَ الْأَرْضَ وَلَن تَبْلُغَ الْجِبَالَ طُولًا ﴿٣٧﴾
“Janganlah kamu berjalan dengan menyombomgkan diri kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan ketinggianmu tidak akan melepasi gunung.” (Al Isra': 37)
إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْتَكْبِرِينَ ﴿٢٣﴾
“Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong.” (An Nahl: 23)
Rasulullahs.a.w bersabda:
"Tidak akan masuk Syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan.”
(Riwayat Muslim)