
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
Updated: 11/01/2024 10:44:14
_

ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”
15,
May
2014
MANUSIA KEISTIMEWAAN KEADAAN SEMULA JADI
Manusia dilahirkan dengan keadaan berakal fikiran, mempunyai mata hati dan daya kesedaran, sebagaimana ia mempunyai gharizah (naluri), pancaindera dan perasaan. Jelasnya, manusia menurut keadaan semula jadinya:
(1) Terpengaruh dengan segala yang difi kirkan dan dilihatnya.
(2) Menghargai sebarang budi dan kebaikan, dan menghormati tempat terbitnya serta bersyukur dan berterima kasih kepada pemberinya.
(3) Mengagungkan yang mempunyai kebijaksanaan dan pengetahuan yang lebih tinggi daripadanya serta menghormatinya.
(4) Tunduk patuh kepada yang mempunyai kekuasaan yang mengatasinya.
(5) Mencintai keamanan, keadilan dan kesejahteraan.

Jelasnya, manusia – menurut tabiat semula jadinya – mengakui bahawa yang menciptakan segala-galanya ialah Yang Maha Kuasa, tetapi manusia telah meraba-raba tentang menentukan Yang Maha Kuasa itu dan tentang keadaan-Nya yang sebenar, sehingga timbul berbagai-bagai fahaman dan kepercayaan mengikut sangkaan dan anggapan masingmasing. Untuk mengekalkan keistimewaan keadaan semula jadi manusia dan menyelamatkannya dari kesesatan, maka Yang Maha Kuasa mengutuskan Rasul-rasul-Nya silih berganti untuk memimpin umat manusia kepada menentukan Yang Maha Kuasa dan keadaan-Nya yang sebenar, kerana menurut undang-undang yang ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa pada makhluk-makhluk-Nya, manusia dalam alam kehidupan ini, sama ada dalam perhubungannya dengan Tuhan atau dalam pergaulannya dengan masyarakat, juga dalam amal perbuatan terhadap makhluk-makhluk yang lain, adalah menjadi gambaran dari akidah kepercayaannya.
Maka apabila betul akidahnya, betullah pula amalan hidupnya dan tetap teguhlah atas jalan yang benar. Sebaliknya jika rosak akidahnya: buruklah perjalanan hidupnya. Pimpinan Rasul yang diutuskan untuk menentukan Yang Maha Kuasa dan akidah kepercayaan yang berhubung dengan ketuhanan Yang Maha Kuasa itu – ada kalanya dengan cara menyampaikan dan menerangkan perintah-perintah Yang Maha Kuasa yang terkandung dalam kitab suci yang dibawanya, dan ada kalanya dengan memberikan pengajaran dan penjelasan dengan hadis-hadis yang diilhamkan kepadanya.