الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    نبي الله شيث عليه الصلاة والسلام



    kitab yang diriwayatkan oleh Abu Dzar al-Ghifari dalam Tarikh Thabari berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w...

    Nabi Syith atau Seth شيث anak lelaki ketiga kepada Nabi Adam a.s. dan Hawa, juga merupakan adik bungsu terakhir kepada Habil dan Qabil. satu-satunya anak Nabi Adam yang dilahirkan oleh Hawa tidak mempunyai kembar. Ada pendapat mengatakan bahawa Nabi Syith dilahirkan selepas tragedi pembunuhan Habil oleh Qabil, Hawa percaya akan kekuasaan Tuhan yang akan menggantikan Habel dengan yang lain, oleh itu Tuhan telah memberikan Syith sebagai pengganti.
    Syith diangkat sebagai salah seorang dari beribu-ribu Nabi yang diutuskan oleh Allah menurut pandangan Islam, Kristian dan Yahudi.
    Menurut Ibnu ‘Abbas, ketika Syith dilahirkan, Nabi Adam berusia 930 tahun. 

    Nabi Adam memilih Syith sebab anaknya yang satu ini memiliki kelebihan dari segi keilmuan, kecerdasan, ketakwaan dan kepatuhan dibandingkan dengan semua anaknya yang lain. Sebagai Nabi, Syith menerima perintah-perintah dari Allah yang tertulis dalam 50 sahifah. 

    Dalam kitab Qasas al-Anbiya menyebutkan bahawa setelah menderita sakit selama 11 hari, Nabi Adam wafat. Ketika masih sakit, Nabi Adam berwasiat kepada Syith untuk menggantikannya sebagai kepemimpinannya. Nabi Adam juga mengingatkan Syith untuk menjaga rahsia ini agar tidak diketuahi oleh Qabil, yang pendengki.

    Menurut riwayat ulama Wahab bin Munabbih mengatakan, ketika Adam meninggal, Syith telah berusia 400 tahun, dan telah diberikan
    tabut, 
    tali, 
    pedang, 
    dan seekor kuda yang bernama Maimun yang telah diturunkan dari syurga. 

    Diriwayatkan bahawa apabila kudanya berbunyi suara, maka semua binatang yang melata di bumi menyambutnya dengan tasbih. Syith telah diwasiati untuk memerangi saudaranya, Qabil. Dia pergi untuk memerangi Qabil dan akhirnya perang itu pun berkecamuk. Itulah perang pertama yang terjadi antara anak-anak Adam di muka bumi. Dalam peperangan itu, Syith memperoleh kemenangan dan menawan Qabil.

    Qabil sebagai tawanan berkata:
    “Wahai Syith, jagalah persaudaraan di antara kita.”
    Syith berkata, “Mengapa engkau sendiri tidak menjaganya? Engkau telah membunuh saudaramu, Habil.” 
    Kemudian Qabil ditawan oleh Syith; kedua tanganya dibelenggu di atas bahunya, dan dia ditahan di tempat yang panas hingga meninggal dunia. Anak-anak Qabillah yang mengebumikannya. 
    Ketika mengebumikan bapa mereka, Iblis datang kepada mereka dengan menyerupai malaikat. Iblis berkata kepada mereka, “Jangan dikubur bapa kamu bumi.”

    Iblis membawa dua biji batu hablur yang telah tebuk tengah-tengahnya, dan menyuruh mereka memasukkan Qabil ke dalam ruang antara dua batu hablur itu, memakaikannya pakaian terindah dan mengenakan minyak pada mayatnya dengan ramuan-ramuan tertentu sehingga dia tidak akan mayat tidak akan kering. 
    Lalu Iblis menyuruh mereka menyimpannya di sebuah rumah, diletakkan di atas kursi yang dibuat daripada emas dan memerintahkan kepada setiap orang yang masuk ke rumah itu untuk bersujud kepadanya sebanyak tiga kali. Iblis memerintahkan kepada mereka untuk merayakan upacara setiap tahun untuknya dan berkumpul di smakamnya. Kemudian Iblis mewakilkan urusan ini kepada syaitan. Maka Syaitan itulah yang kemudian berbicara dengan mereka sehingga manusia terus-menerus sujud kepada Qabil.

    Setelah dia menunaikan tugasnya memerangi Qabil, Nabi Syith kembali ke negeri Hind (India) dan menetap di sana sebagai hakim yang adil di antara manusia.

    Wahab bin Munabbih mengatakan bahawa Hawa, isteri Adam, meninggal ketikai zaman anaknya, Syith. Setelah Adam meninggal, setahun kemudian Hawa meninggal dunia pada hari Jumat dalam waktu yang sama ketika dia diciptakan Allah. 
    Diriwayatkan bahawa Hawa dikuburkan berdekatan dengan Adam. Setelah ketiadaan Nabi Adam dan HAwa, Allah telah menurunkan 50 sahifah kepada Syith. Maka Nabi Syith adalah...
    orang pertama yang mengeluarkan kata-kata hikmah. 
    orang yang pertama melakukan perdagangan dengan emas dan perak 
    orang pertama yang memperkenalkan Mualamat (jual beli), membuat timbangan, dan takaran. orang pertama yang menggali hasil dari dalam bumi.

    Nabi Syith mempunyai seorang anak lelaki bernama Anusy. Di kening Syith terdapat cahaya Muhammad s.a.w yang berpindah kepadanya dari Adam. Setelah Anusy lahir, cahaya tersebut berpindah ke keningnya. 

    Syith tahu bahawa ajalnya telah hampir. Dia melihat rambut-rambut yang diberikan oleh Adam melihat rambut-rambutnya telah memutih. Nabi Syith meninggal dunia dalam umur 1042 tahun.

    Wahab bin Munabbih mengatakan, setelah Syith meninggal, dia digantikan oleh anaknya, Anusy. Sebelum meninggal, Syith menyerahkan tabut, tali, suhuf, dan cincin kepada Anusy. Anusy menerimanya dengan baik dan memutuskan untuk menerima tanggungjawab dengan kebenaran. Anusy bernikah dengan seorang wanita, seperti juga bapa dan datuknya bernikah dengan bermaharkan salawat kepada Nabi Muhammad s.a.w dan kemudian isterinya mengandungkan seorang anak. 
    Setelah anakya itu lahirkan, cahaya Muhammad saw yang ada pada Anusy pindah ke wajahnya. Anak tersebut diberi nama Qainan. Sebelum meninggal, dia menyerahkan tabut dan shuhuf kepada anaknya, Qainan. Dia memberi wasiat dan mengangkatnya sebagai penggantinya.

    Wahab bin Munabbih mengatakan, setelah Qainan dilantik sebagai pemimpin, dia di antara manusia dengan adil. Memiliki peribadi yang baik, kemudian bernikah dengan seorang wanita yang bernama Uthnuk. Uthnuk mengandung seorang anak laki-laki. Ketika lahir, anak tersebut dinamakan Mahlaila dan cahaya Muhammad saw pindah ke keningnya. Setelah Qainan meninggal dunia,maka tabut dan suhuf kepada anaknya dan menjadikannya sebagai pengganti bapanya. Ketika Mahlaila meninggal dan cahaya beralih ke anaknya yang bernama Yarid. Yarid meninggal dan cahaya itu berpindah ke anaknya yang bernama Ukhnukh, yang kemudian dikenal dengan Idris a.s.

    IDRIS BIN UKHNUKH BIN YARID BIN MAHLAILA BIN QAINAN BIN ANUSY BIN SYITH A.S BIN ADAM A.S

    Itulah kisah ahli keluarga kita...keturunan kita...bapa kita...datuk kita...
    Betapa hebatnya Nabi kita yang kita kasihi Nabi Muhammad s.a.w yg sejak dari dulu lagi cahaya wajah baginda diberikan kepada para anbiya’ dan rasul-rasul sebelum kita...

    PESANAN Nabi Adam A.S kepada Nabi Syith A.S ( YANG JUGA BUAT KITA CUCU-CICITNYA)

    (1) Janganlah kamu merasa tenang dan aman hidup di dunia kerana aku merasa tenang hidup di syurga yang bersifat abadi, sehingga aku dikeluarkan oleh Allah daripadanya.

    (2) Janganlah kamu bertindak menurut kemahuan isteri - isteri kamu kerana erana aku bertindak menurut kemahuan isteriku (Hawa), sehingga aku memakan buah dari pohon terlarang, lalu aku menjadi menyesal. 

    (3) Setiap perbuatan yang kamu lakukan, renungkan terlebih dahulu akibat dan musibahnya yang akan berlaku. Seandainya aku merenungkan akibat suatu perkara, tentu aku tidak tertimpa musibah seperti ini. 

    (4) Ketika hati kamu merasakan takut akan sesuatu, maka tinggalkanlah ia kerana ketika aku hendak makan buah khuldi, hatiku merasa takut, tetapi aku tidak menghiraukannya, sehingga aku benar - benar menemui penyesalan. 

    (5) Bermusyawarahlah mengenai suatu perkara, kerana seandainya aku bermusyawarah dengan para malaikat, tentu aku tidak akan tertimpa musibah.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA