MENDALAMI HADIS
Firman Allah yang bermasud:
“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka periksalah dengan teliti.”
Sunnah pula mengatakan:
“Semoga Allah menyinari seseorang yang mendengar sesuatu hadis daripada kami lalu dia menyampaikannya mengikut apa yang didengari. Maka betapa ramai orang disampaikan berita itu lebih menjaganya daripada orang yang mendengarnya” (Riwayat al-Tirmizi, Tuhfah al-Ahwazi 7/453).
Di dalam riwayat yang lain pula disebutkan:
“Alangkah banyaknya orang yang membawa fiqh kepada orang yang lebih memahami daripadanya. Dan betapa banyak orang yang membawa fiqh tetapi ia bukan seorang faqih.” (Abu Daud, Aun al-Ma’bul 10/54).
Di dalam potongan al-Quran dan hadis ini, terdapat prinsip kepastian dalam menukilkan cerita, cara-cara menjaganya dan berhalus serta teliti di dalam menyampaikannya, terutamanya apabila ragu-ragu tentang kebenaran penyampaiannya. Daripada sinilah jelas kepada kita tentang kepentingan dan nilai sanad dalam penerimaan dan penolakan riwayat.
Di dalam muqaddimah “Sahih” nya, Imam Muslim menukilkan kata-kata Ibn Sirin, “ Tidak pernah ulama bertanyakan tentang sanad. Tetapi apabila berlaku fitnah, mereka berkata: Sebutkan kepada kami tokoh-tokoh kamu. Lalu dilihat kepada ahli sunnah maka diambil riwayat mereka kemudian dilihat pula kepada ahli bid’ah lalu tidak diambil riwayat mereka”
BAHAGIAN-BAHAGIAN HADIS
1. Hadis Nabi:
Hadis Nabi ialah berita-berita sabda Nabi Muhammad SAW, perbuatannya dan taqrirnya (ketiadaan larangannya) terhadap sesuatu yang dilakukan orang setelah Baginda mengetahuinya, juga berita sifat tubuh badan dan keperibadiannya yang mulia.
2. Hadis Qudsi:
Hadis Qudsi ialah berita-berita dari firman Allah yang disampaikan erti maksudnya oleh Rasulullah SAW dengan susun kata Baginda sendiri. Dengan ta’rif ini nyatalah perbezaan di antara hadith Qudsi dengan al-Quran al-Karim, kerana al-Quran ialah Kalam Allah Ta’ala dan lafaznya dan susun-katanya diturunkan kepada Rasulullah SAW serta diperintahkan supaya menyampaikannya kepada umat manusia.
Hadis adalah perkataan atau sabda , perbuatan, ketetapan dan persetujuan dari Nabi Muhammad s.a.w yang dijadikan landasan dan pegangan di dalam syariat Islam. Hadis dijadikan sumber hukum Islam selain daripada al-Qur'an sebagai sumber hukum paling atas manakala hadis merupakan sumber hukum kedua . Sumber rujukan hukum islam adalah terdiri daripada:
1. Al-Qur'an,
2. Hadis,
3. Ijtihad (mengerahkan sepenuh usaha dan tenaga untuk mendapatkan hukum syara')
4. Ijma' (kesepakatan para ulama),
5. Qiyas (menetapkan suatu hukum atas perkara baru yang belum ada pada waktu Nabi Muhammad s.a.w hidup).
PENGERTIAN SECARA JELASNYA
Hadis secara lughohnya adalah bicara atau perkataan atau percakapan atau perlakuan atau perbuatan yang dilakukan telah Rasulullah s.a.w. Percakapan atau perbuayan ini dilaporkan, atau dicatat sebagai pernyataan oleh Rasulullah s.a.w.
Pengertian yang diberikan oleh ulama-ulama hadith bahawa hadith adalah apa sahaja yang dilakukan olehRasulullah s.a.w samada percakapan atau perbuatan yang berbentuk atau sifat:
-TAQRIR (keadaan Nabi Muhammad SAW yang mendiamkan, tidak mengadakan sanggahan atau menyetujui apa yang telah dilakukan atau diperkatakan oleh para sahabat di hadapan beliau.)
-ATSAR ( sesuatu yang disandarkan kepada para sahabat Nabi Muhammad s.a.w)
-Bersifat jasmani
- Akhlak
-Hukum samada berbentuk suruhan atau larangan
Takhrij bermaksud menyusun ataupun menyaring.
Hadis
Dalam kitab Manhatul al Mughis Fi ‘iImi Hadith menyatakan bahawa hadith bermaksud perkataan, perbuatan dan pengakuan (taqrir) Rasulullah S.A.W. Sesetengah ulama menambah sifat-sifat Rasulullah S.A.W sendiri sebagai termasuk di dalam pengertian hadith.
Aqidah
Mengikut Kamus Dewan aqidah bermaksud keyakinan dan kepercayaan sepenuh hati terhadap sesuatu perkara. Apabila dirujuk terhadap kaca mata Islam ianya menjuruskan kepada keyakinan terhadap Allah S.W.T sebagai Pencipta dan Pentadbir segala-galanya.
Keimanan
Maka hadith juga disinonimkan dengan sunnah. Yang mana hadith adalah merupakan sumber hukum yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w melalui perkataan, perbuatan, ketetapan hukum ataupun persetujuan Baginda dalam perkara-perkara yang dipersetujui oleh Baginda. Dan dijadikan sebagai hukum yang jelas selepas al-qur'an serta menjelaskan makna di dalam Al-qur'an.
PENGERTIAN-PENGERTIANNYA MENGIKUT RIWAYAT
Riwayat Al-Darimi dengan Sanad
Muhammad ibn al-Mubarak memberitakan kepada kami, diceritakan oleh Mu’awiyah ibn Yahya bahwa Safwan ibn ‘Amr menceritakan dari Abu al-Musanna al-Umluki dari ‘Utbah ibn ‘Abd al-Sulami, dia berkata: Rasulullah saw. telah bersabda, “Orang yang terbunuh ada tiga; orang mukmin yang berjuang dengan jiwa dan hartanya dijalan Allah kemudian terbunuh ketika menyerang musuh, itulah syahid yang telah teruji,dia berada dalam khaimah Allah di bawah ‘Arsy-Nya, kedudukannya berada setingkat di bawah kedudukan para nabi terpisah oleh status nubuwah. Orang mukmin yang mencampurkan amal salih dengan amal buruknya, dia berjuang dengan jiwa dan hartanya di jalan Allah kemudian terbunuh ketika menyerang musuh, dia ibarat alat pencuci yang bakal membersihkan semua dosa dan kesalahannya. Sesungguhnya pedangnya adalah penghapus dosa. Dia akan dimasukkan ke dalam syurga melalui
mana-mana pintu syurga yang disukainya. Terakhir orang munafiq yang berjuang dengan jiwa dan hartanya, mati ketika berhadapan dengan musuh, dia bertempat di neraka,kerana pedangnya tidak menghapus dosa kemunafikan”. ‘Abdullah menjelaskan kata musmisa dengan contoh kain yang telah dicuci.
Riwayat Ahmad dengan Sanad
Abdullah ibn Ahmad menceritakan kepada kami, diceritakan oleh ayah saya bahawa Mu’awiyah ibn ‘Amr menceritakan kepada kami, Abu Ishaq yakni al-Sadafi telah menceritakan dari Safwan ibn ‘Amr dari Abu al-Musanna dari ‘Utbah ibn ‘Abd al-
Sulami berkata, Rasulullah saw. telah bersabda “Orang yang terbunuh ada tiga
golongan. Pertama; orang mukmin yang berjuang dengan jiwa dan hartanya di jalan Allah kemudian terbunuh ketika menyerang musuh, itulah syahid yang dibanggakan,dia berada dalam khaimah Allah di bawah ‘Arsy-Nya, kedudukannya berada setingkat di bawah kedudukan para nabi kerana status nubuwah mereka. Kedua; orang mukminyang telah mengotori jiwanya dengan dosa dan kesalahan, dia berjuang dengan jiwa dan hartanya di jalan Allah kemudian terbunuh ketika menyerang musuh, semua dosadan kesalahannya telah terhapus kerananya. Sesungguhnya pedangnya adalah penghapus dosa. Dia akan dimasukkan ke dalam syurga melalui mana-mana pintu syurga
yang disukainya. Sesungguhnya syurga mempunyai delapan pintu dan neraka mempunyai tujuh pintu, sebahagian lebih baik daripada yang lainnya. Terakhir, orang munafiq yang berjuang dengan jiwa dan hartanya, mati ketika berhadapan dengan musuh, dia bertempat di neraka, kerana pedangnya tidak menghapus dosa kemunafikan”.
Abdullah ibn Ahmad menceritakan kepada kami, diceritakan oleh ayah saya bahawa Ya’mar ibn Busyr menceritakan, ‘Abdullah menceritakan kepada kami dari Sofwan ibn ‘Amr yang memberitakan dari Abu al-Musanna bahwa ia telah mendengar dari ‘Utbah ibn ‘Abd al-Sulami yakni seorang sahabat, dia menceritakan Rasulullah saw.
bersabda, “Orang yang terbunuh itu tiga…,” lalu dilanjutkan dengan penjelasan maknanya.
Untuk mengetahui status sahih tidaknya kedua riwayat hadis tersebut di atas perlu
diadakan kajian hadis baik tentang sanad mahupun matannya. Dengan menggunakan
metode takhrij hadis yang ada, penulis telah menemukan hadis yang ingin dibahas
itu melalui kitab al-Mu’jam al-Mufahras. Ternyata hadis tersebut telah diriwayatkan
oleh dua mukharrij atau sumber iaitu Al-Darimi dan Imam Ahmad. Walaupun terdapat
sedikit perbezaan pada redaksi tetapi tidak merubah maksud hadis.
JENIS-JENIS HADIS
1- Hadis Mutawatir
2- Hadis Sahih
3- Hadis Hasan
4- Hadis Dha'if
5- Hadis Maudhu'
6- Hadis Ahad
Hadith Mutawatir adalah daripada perkataan bahasa Arab yang bermaksud "diturunkan daripada seorang ke seorang"
Istilah ini digunakan dalam "Ulum al-Quran" dan "Mustalah Hadith". Hadis Mutawatir ialah nas hadis yang diketahui atau diriwayatkan oleh beberapa bilangan orang yang sampai menyampai perkhabaran (Al-Hadis) itu, dan telah pasti dan yakin bahawa mereka yang sampai menyampai tersebut tidak bermuafakat untuk berdusta tentangnya. Adalah mustahil terdapat sekumpulan periwayat dengan jumlah yang besar melakukan dusta.
1. HADIS MUTAWATIR
Hadis Mutawatir, iaitu hadis yang memiliki banyak sanad dan mustahil perawinya berdusta atas Nabi Muhammad s.a.w, kerana hadis itu diriwayatkan oleh ramai orang dan disampaikan kepada banyak orang.
Sepertimana sabda Baginda Rasulullah s.a.w:
"Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, maka tempatnya dalam neraka. " (H.R Bukhari, Muslim, Ad Darimi, Abu Daud, Ibnu Majah, Tirmizi,. Abu Ha'nifah, Tabrani, dan Hakim).
Menurut para ulama hadis (muhaddisin), hadis tersebut di atas diriwayatkan oleh lebih dari seratus orang sahabat Nabi dengan seratus sanad yang berlainan. Oleh sebab itu jumlah hadis Mutawatir tidak banyak. Keseluruhan daripada ayat-ayat al-Quran adalah mutawatir, manakala terdapat sebahagian hadis sahaja yang mutawatir. Hadis yang tidak mencukupi syarat-syarat mutawatir dikenali sebagai Hadis Ahad.
Hadis Mutawatir terbahagi kepada dua jenis iaitu:
1- Mutawatir Lafzi, ( perkataan Nabi )
2- Mutawatir Amali, ( perbuatan Nabi )
2. HADIS SAHIH
Hadis Sahih adalah hadis yang berhubung atau bersambungan sanadnya dari permulaan hingga akhir dan periwayat-periwayat tersebut mempunyai sifat-sifat:
- Adil
- Kuat Ingatannya
- Sejahtera dari keganjilan
- Sejahtera dari kecederaan yang memburukkan
- Hadis Sahih perlu cukup sanadnya dari awal sampai akhir dan oleh orang-orang yang sempurna hafazannya.
3. HADIS HASAN
Dari segi lughoh Hasan (حسن) merupakan Shifah Musyabbahah dari kata al-Husn (اْلحُسْنُ) yang bermakna al-Jamâl (الجمال): kecantikan, keindahan
Manakala dari segi istilah, terdapat perbezaan pendapat di kalangan para ulama hadis bahawa hadis hasan berada di tengah-tengah di anntara Sahîh dan Dha’îf.
Beberapa maksud daripada para ulama hadis:
1. Pengertian mengilkut al-Khaththâby :
“setiap hadis yang diketahui jalur keluarnya, dikenali para periwayatnya, ia merupakan pusingan kebanyakan hadis dan dipakai oleh kebanyakan para ulama dan para ulama fiqih.” (Ma’âlim as-Sunan:I/11)
2. Pengertian mengikut at-Turmudzy :
"setiap hadis yang diriwayatkan, pada sanadnya tidak ada periwayat sebagai pendusta, hadis tersebut tidak Syâdzdz (janggal atau bertentangan dengan riwayat yang kuat) dan diriwayatkan lebih dari satu jalur seperti itu, menurut kami dinamakan dengan Hadîts Hasan.” (Jâmi’ at-Turmudzy beserta Syarah-nya, [Tuhfah al-Ahwadzy], kitab al-‘Ilal di akhirnya: X/519)
3. Pengertian mengikut Ibn Hajar:
“Khabar al-Ahâd yang diriwayatkan oleh seorang yang adil, memiliki daya ingatan (hafazan), sanadnya bersambung, tidak terdapat ‘illat dan tidak Syâdzdz, maka inilah yang dinamakan Sahîh Li Dzâtih. Jika, daya ingatnya (hafazannya) kurang , maka ia disebut Hasan Li Dzâtih.” (an-Nukhbah dan Syarahnya: 29)
Secara mudahnya Hadis Hasan ialah hadis yang berhubung atau bersambungan sanad dari permulaan hingga akhir dan periwayat-periwayat tersebut bersifat seperti Hadis Sahih, tetapi mereka tidak mempunyai ingatan yang kuat.
Hadis Hasan, adalah hadis yang dari segi hafazannya kurang dari hadis sahih. Hadis Hasan dibahagi dua:
Hasan Lizatihi, adalah hadis yang dengan sendirinya dikatakan Hasan, Hadis ini ada yang sampai tingkat sahih lighairihi.
Hasan Lighairihi, adalah hadis yang Hasannya dibantu keterangan lain.
Contoh:
Sabda Rasulullah s.a.w: "Sembelihan bagi bayi haiwan yang ada dalam perut ibunya {janin} cukuplah dengan sembelihan ibunya saja."
(H.R beberapa Imam, antara lain Tirmizi, Hakim dan Darimi).
Hadis di atas jika kita ambil dari sanad Imam Darimi, ialah Darimi menerima
dari Ishak bin Ibrahim, dari Itab bin Basir, dari Ubaidillah bin Abu Ziyad, dari Abu Zubair, dari Jabir, dari Nabi Muhammad s.a.w.
Nama yang tercela dalam sanad di atas ialah Ubaidillah bin Abu Ziyad kerana beliaua bukan seorang yang kuat dan teguh menurut Abu Yatim.
4. HADIS DHA'IF
Dho’if ( ضعيف ) bererrti lemah ( lawan kepada kuat).
Hadis Dha'if ialah hadis yang tidak diketahui periwayat atau pun periwayatnya tidak bersifat seperti periwayat Hadis Sahih atau Hasan.
Hadis Dha'if adalah hadis yang tidak bersambung sanadnya, atau di antara sanadnya ada orang yang cacat. Cacat yang dimaksud, rawinya bukan orang Islam, atau belum baligh, atau tidak dikenal orang, atau pelupa/pendusta/fasik dan suka berbuat dosa.
Contoh,
Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang berkata kepada orang miskin, 'bergembiralah', maka wajib baginya syurga."
(H.R. Ibnu 'Adi).
Di antara perawi hadis tersebut ialah Abdu Mali bin Harun. Menurut Imam Yahya, ia pendusta, sedangkan Ibnu Hiban mengatakannya sebagai pemalsu hadis.
Mazhab Syafi’I:
Hadis dha’if tidak dipakai untuk dalil bagi penegak hukum, tetapi dipakai untuk dalil bagi “ fadhailul a’mal”. Fadhailul A’mal bermaksud amal ibadat yang sunat-sunat, yang tidak bersangkut dengan orang lain, seperti zikir, doa, tasbih, wirid dan lain- lain.Hadis Mursal tidak dipakai juga bagi penegak hukum dalam madzhab Syafi’e kerana Hadis Mursal juga Hadis dha’if. Tetapi dikecualikan mursalnya seorang Thabi’in bernama Said Ibnul Musayyab.
Mazhab Hambali:
Hadis dha’if bukan saja dipakai dalam Fadhailul A’mal, tetapi juga bagi penegak hukum, dengan syarat dha’ifnya itu tidak keterlaluan.
Imam Malik, Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad:
Memakai Hadis yang dha’if kerana Mursal, baik untuk Fadhailul A’mal mahupun bagi penegak hukum.
Imam-imam Mujtahid memakai hadis-hadis dha’if untuk dalil kerana hadis itu bukanlah hadis yang dibuat-buat, tetapi hanya lemah saja sifatnya. Kerana itu tidaklah tepat kalau amal-amal ibadat yang berdasarkan kepada hadis dha’if dikatakan bid’ah, apalagi kalau dikatakan bid’ah dhalalah..."
5. HADIS MAUDHU'
Hadis Maudhu' adalah hadis yang diriwayatkan oleh mereka dengan mendustakannya dari Nabi Muhammad s.a.w. padahal ianya tidak nyata. Dikenali juga sebagai Hadis Palsu (diriwayatkan berdasar kepentingan tertentu).
6. HADIS AHAD
Hadis Ahad (الحَدِيْث آحاد) adalah hadis yang diriwayatkan oleh seorang atau dua orang perawi sahaja, khasnya di tingkatan pertama, iaitu tingkatan para sahabat.
Berbeza dengan Hadis Mutawatir di mana ia adalah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang melebihi 4 sehingga tidak mungkin mereka berbuat silap dalam meriwayatkan hadis.
APAKAH SANAD HADIS?
Sanad atau as-sanad menurut lughoh adalah sanada, yasnudu (يسند سند) yang bermaksud mutamad (sandaran/tempat bersandar, tempat berpegang, yang dipercaya atau yang sah). Dikatakan demikian kerana hadis itu bersandar kepadanya dan dipegang atas kebenaranya.
Secara mudahnya sanad adalah ”silsilah orang-orang yang menghubungkan kepada matan hadis”.
Silsilah orang maksudnya, ialah susunan atau rangkaian orang-orang yang menyampaikan hadis tersebut, daripada penerima pertama sampai kepada Rasulullah s.a.w melalui perbuatan, perkataan, taqrir, dan lainya merupakan matan hadis. Syarat hadis sahih, iaitu:
Perawi yang ada dalam sanad itu haruslah adil dan hadis yang diriwayatkannya tidak bertentangan dengan hadis Mutawatir atau dengan ayat al-Quran.
Hadis Sahih terbagi menjadi dua:
1- Sahih Lizatihi :
Hadis yang sahih dengan sendirinya tanpa diperkuat dengan keterangan lain.
Contoh,
Sabda Rasulullah s.a.w:"Tangan di atas {memberi} lebih baik dari tangan di bawah {menerima}."
(H.R Bukhari dan Muslim).
2- Sahih Lighairihi:
Hadis yang sahihnya kerana diperkuat dengan keterangan lain.
Contohnya,
Sabda Rasulullah s.a.w:"Kalau sekiranya tidak terlalu menyusahkan umatku untuk mengerjakannya, maka aku perintahkan mereka bersugi {siwak} setiap akan solat. "
(H.R Hasan).
Dilihat dari sanadnya, semata-mata hadis Hasan Lizatihi, namun kerana dikuatkan oleh riwayat Bukhari, maka jadilah ia sahih Lighairihi.
APAKAH MATAN HADIS?
Matan atau al-matan menurut lughoh bermaksud ma shaluba wa irtafa’amin al-ardhi(tanah yang meninggi).
Manakala dari sudut istilah matan memiliki beberapa pengertian, yang mana maknanya sama iaitu lafaz hadis itu sendiri. Pada salah satu maksud yang sangat sederhana misalnya, disebutkan bahawa matan ialah tujuan sanad . Daripada pengertian di atas memberi maksud bahawa apa yang tertulis setelah (penulisan) silsilah sanad adalah matan hadis.
Pada maksud yang lain seperti yang dikatakan ath-thibi mentafsirkannya dengan :”lafaz-lafaz hadia yang di dalamnya mengandungi makna-makna tertentu”.
Jadi dari pengertian di atas dapat disimpulkan bahawa matan adalah lafaz hadis itu sendiri, yang penulisannya ditempatkan setelah sanad dan sebelum rawi.
APAKAH RAWI HADIS?
Rawi atau arawi, bermaksud orang yang meriwayatkan atau yang memberitakan hadis, rawi ialah orang yang merawikan atau meriwayatkan, dan memindahkan hadis.
Sanad dan rawi merupakan dua istilah yang hampir sama. Sanad-sanad hadis pada tiap-tiap thabaqah atau tingkatannya juga disebut para rawi. Begitu juga setiap perawi pada tiap-tiap thabaqah-nya merupakan sanad bagi yabaqah berikutnya.
Akan tetapi yang membezakan kedua istilah di atas ialah, jika dilihat dari dalam dua hal iaitu:
1- Pembukuan hadis
Orang-orang yang menerima hadis dan mengumpulkanya dalam suatu kitab tadwin disebut dengan rawi. Dengan demikian perawi dapat disebutkan dengan mudawwin, kemudian orang-orang yang menerima hadis dan hanya menyampaikan kepada orang lain, tanpa membukukannya disebut sanad hadis. Berkaitan dengan ini dapat disebutkan bahawa setiap sanad adalah perawi pada setiap tabaqanya, tetapi tidak setiap perawi disebut sanad hadis kerana ada perawi yang terus membukukanya.
2- Penyebutan silsilah hadis, untuk susunan sanad, berbeza dengan penyebutan silsilah susunan rawi. Pada silsilah sanad, yang disebut sanad pertama adalah orang yang menyampaikan hadis tersebut kepada penerimanya. Sedangkan pada rawi yang disebut rawi pertama ialah para sahabat Rasulullah s.a.w. Maka dengan demikian penyebutan silsilah antara kedua istilah ini merupakan sebaliknya. Ertinya rawi pertama sanad terakhir dan sanad pertama adalah rawi terakhir.
Bagi memperjelaskan huraian sanad, matan dan rawi di atas diberikan contoh hadis untuk rujukan:
Abubakar bin Abi Syaibah dan Abukarib telah menceritakan (hadis)kepada kami yang diterimanya dari al-A’masy dari umara bin umair. Dari Abd ar-rahman bin yazi, dari Abdullah bin mas’ud katanya :”Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada kami : wahai sekelian pemuda barangsiapa yang sudah mampu untuk melakukan pernikahan, maka menikahlah, kerana dengan menikah itu( lebih dapat) menjaga kehormatan . Akan tetapi barang siapa yang belum mampu melakukannya, baginya hendaklah berpuasa. Kerana dengan berpuasa itu dapat menahan hasrat seksual”
(H.Ral-Bukhari dan muslim). Disini dapat kita jelaskan bahwa:
Abu Bakar bin abi syaibah sampai dengan Abdullah bin mas’ud merupakan silsilah atau rangkaian /susunan orang-orang yang meyampaikan hadis. Maka mereka adalah sanad hadis tersebut, yang juga sebagai jalan matan.
Dan kata “wahai sekalian pemuda sampai degan berpuasa dapat menahan hasrat seksual” adalah matan, lafaz hadis tersebut yang mengandung makna makna.
RAJAH TINGKATAN HADIS