“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.”
(Surah Al-Baqarah, Ayat 42)
“….Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan".
(Surah Al-Baqarah, Ayat 283)
“Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: “Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau – sebenar-benarnya Rasul Allah”. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.”
(Surah Al-Munafiqun, Ayat 1)
"…. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang yang melampaui batas, lagi pendusta". (Surah Ghaffir, Ayat 28)
2. Sebahagian dalil yang jelas daripada sabda Rasulullah s.a.w
"Jujur itu menimbulkan ketenangan, sedangkan dusta mengakibatkan kebimbangan."
(HR Tirmidzi)
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka dia adalah munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka dia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. Iaitu apabila diberi amanah dia khianat, apabila bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia mungkir dan apabila bertengkar dia mengenepikan kebenaran.”
(HR. Ahmad)
Dari Ibnu Mas'ud ra. Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya benar/jujur itu membawa kepada kebaikan dan kebaikan akan membawa ke syurga, seseorang yang membiasakan benar/jujur sehingga dia ditulis di sisi Allah sebagai orang yang benar/jujur. Dan berhati-hatilah kalian dari dusta, sesungguhnya dusta itu membawa kepada kejahatan dan kejahatan itu membawa ke neraka, seseorang akan selalu atau membiasakan berdusta akan ditulis di sisi Allah sebagai seorang pendusta."
(HR Bukhari dan Muslim)