( 501 ) – وَعَنْ أَبِي سَعِيدٍ ،
وَأَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَا : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : { لَقِّنُوا مَوْتَاكُمْ لَا إلَهَ إلَّا
اللَّهُ } رَوَاهُ مُسْلِمٌ وَالْأَرْبَعَةُ
Dari Abu Sa’id dan Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam
bersabda,
“Ajarilah orang-orang yang hendak meninggal dunia di antara kalian ucapan
laa ilah illallah” (Ibnu Hajar dalam Bulughul Maram no 501 mengatakan,
“Hadits tersebut diriwayatkan oleh Muslim dan kitab hadits yang empat [Nasai,
Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah]
Ibnu Utsaimin pernah ditanya,
“Apa yang perlu dilakukan oleh orang yang duduk di dekat orang yang hendak
meninggal dunia? Apakah membaca surah Yasin di dekat orang yang hendak
meninggal dunia adalah amal yang berdasar hadits yang shahih atau tidak?”.
Jawapan :
“Menziarah orang yang sakit adalah salah satu hak sesama muslim, satu dengan
yang lainnya. Orang yang
Jika si sakit dalam keadaan sekarat dan orang-orang di sekelilingnya merasa
yakin bahwa si pesakit hendak meninggal dunia maka sepatutnya orang tersebut
ditalqin laa ilaha illallah sebagaimana perintah Nabi.
menjenguk orang yang sakit hendaknya mengingatkan si
sakit untuk bertaubat dan menulis wasiat serta memenuhi waktunya dengan berzikir
kerana orang yang sedang sakit membutuhkan untuk diingatkan dengan hal-hal ini.
Orang yang berada di dekat orang yang sedang sakaratul maut hendaknya
menyebut nama Allah (baca: laa ilaha illallah) di dekatnya dengan
suara yang bisa didengar oleh orang yang sedang sekarat sehingga dia menjadi
ingat. Para ulama mengatakan dia sepatutnya menggunakan kalimat perintah untuk
keperluan tersebut kerana boleh jadi disebabkan sedang susah dan sempit dada
orang yang sekarat tadi malah tidak mau mengucapkan laa ilaha illallah sehingga
yang terjadi malah suul khatimah. Jadi orang yang sedang sekarat tersebut
diingatkan dengan perbuatan dengan adanya orang yang membaca laa ilaha illallah
di dekatnya.
Para
ulama mengatakan bahwa jika setelah diingatkan untuk mengucapkan laa
ilaha illallah orang tersebut mengucapkannya maka hendaknya orang
yang mentalqin itu diam dan tidak mengajaknya berbicara supaya kalimat terakhir
yang dia ucapkan adalah laa ilaha illallah. Jika
orang yang sedang sekarat tersebut mengucapkan sesuatu maka talqin hendaknya
diulangi sehingga kalimat terakhir yang dia ucapkan adalah laa
ilaha illallah.
Sedangkan membaca surah Yasin di dekat
orang yang hendak meninggal dunia adalah amalan yang dianjurkan oleh banyak
ulama mengingat sabda Nabi, “Bacakanlah surat Yasin untuk
orang-orang yang hendak meninggal dunia di antara kalian”.
Akan tetapi darjat hadis ini diperbincangkan oleh sebahagian ulama. Kesimpulannya,
menurut ulama yang menshahihkan hadits tersebut maka membaca surah Yasin di
dekat orang yang meninggal dunia adalah amalan yang dianjurkan. Sedangkan
menurut ulama yang menilainya sebagai hadis yang lemah maka perbuatan tersebut
tidaklah dianjurkan” (Kutub wa Rasail Ibnu Utsaimin 215/40,
Asy Syamilah).
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam,
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,
Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji
siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar
pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai,
dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah!
Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,
melainkan zat Allah Taala.
Ialah Tuhan yang Maha besar kuasa menghukum, manakala kita
sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA
Bin IBU SAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu
ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan
sebenar-benarnya melainkan Allah,
dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa
dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir,
maka janganlah berasa gentar dan takut,
janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu
susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala,
sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.
Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal
kamu.
Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka
dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah
bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku,
malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “Laa
ilaa ha illallah Muhammadur rasulullah”.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu,
inilah dia suatu dugaan yang paling besar.
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam
Barzakh,
sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan
semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini
adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah
benar,
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah
benar,
berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,
dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar,
minum di kolam air nabi adalah benar,
ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya,
begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan
semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal
kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua
yang menetapkan hati kamu.
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan
hati kamu yang liar,
dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang
seorang diri di dalam kubur ini.
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan
kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu
supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu
kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassalamu
alalmursalin, walhamdulillahi rabbil alamin
Talqin
TALQIN : Menurut Kamus Al Muhith, juz IV
hal 268, dalam bahasa Arab yakni “Tafhim”, ertinya, memamahamkan atau memberti
faham.
Kamus Al-Marbawi memperluas erti talqin sebagai mengajar atau memberi ingat.
(Al-Marbawi, halaman
225). Kamus Al-Munjid lebih memperluas lagi, yakni memberi
peringatan dengan mulut secara berhadap-hadapan. (Al-Munjid, halaman 780).
Menurut istilah talqin ini memiliki dua pengertian iaitu ; Mengajarkan kepada
orang yang akan wafat kalimah tauhid yakni Laa ilaaha illallah yang kedua ialah:
Mengingatkan orang yang sudah wafat yang baru saja dikuburkan beberapa hal yang
penting baginya untuk menghadapi dua malaikat yang akan datang padanya.
HUKUM TALQIN
التلقين المشروع هو تلقين المحتضر عند خروج روحه بأن يلقن: لا إله إلا الله، لقوله صلى الله عليه وسلم:"لقنوا موتاكم لا إله إلا الله" [رواه الإمام مسلم في "صحيحه" من حديث أبي سعيد الخدري رضي الله عنه] يعني عند الاحتضار لتكون هذه الكلمة العظيمة آخر كلامه من الدنيا حتى يلقى الله تعالى بها، ويختم له بها، فيلقن هذه الكلمة وهو في الاحتضار برفق ولين، وإذا تلفظ بها فإنها لا تعاد عليه مرة أخرى إلا إذا تكلم بكلام آخر، فإن تكلم بكلام آخر فإنها تعاد عليه برفق ولين ليتلفظ بها، وتكون آخر كلامه، هذا هو التلقين المشروع.
أما بعد خروج الروح فإن الميت لا يلقن لا قبل الدفن ولا بعد الدفن، ولم يرد بذلك سنة صحيحة عن النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ فيما نعلم، وإنما استحب تلقين الميت بعد دفنه جماعة من العلماء، وليس لهم دليل ثابت عن النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ لأن الحديث الوارد في ذلك مطعون في سنده، فعلى هذا يكون التلقين بعد الدفن لا أصل له من سنة الرسول صلى الله عليه وسلم، وإنما قال به بعض العلماء اعتمادًا على حديث غير ثابت.
فالتلقين بعد الدفن لا أصل له في السنة، وإنما التلقين المشروع هو عند الاحتضار، لأنه هو الذي ينفع المحتضر ويعقله المحتضر لأنه مازال على قيد الحياة ويستطيع النطق بهذه الكلمة وهو لا يزال في دار العمل، أما بعد الموت فقد انتهى العمل.
Nabi Mengharuskan Talqin
Mari kita singkap hadits Nabi Muhammad sendiri menyuruh amalan talqin yang
diriwayatkan oleh Imam At-Tabarani dalam Mu’jam Soghir dan Mu’jam Kabir
daripada Abi Umamah Al-Bahily berkata :
إذا أنا مت
فاصنعوا بي كما أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم أن نصنع بموتانا، أمرنا رسول
الله صلى الله عليه وسلم فقال: إذا مات أحد من إخوانكم فسويتم التراب على قبره
فليقم أحدكم على رأس قبره ثم ليقل: يا فلان ابن فلانة فإنه يسمعه ولا يجيب، ثم
يقول: يا فلان ابن فلانة فإنه يستوي قاعداً، ثم يقول: يا فلان ابن فلانة فإنه يقول
أرشدنا يرحمك الله ولكن لا تشعرون، فليقل: اذكر ما خرجت عليه من الدنيا شهادة أن
لا إله إلا الله وأن محمداً عبده ورسوله وأنك رضيت بالله رباً وبالإسلام ديناً
وبمحمد نبياً وبالقرءان إماماً فإن منكراً ونكيراً يأخذ كل واحد منهما بيد صاحبه
ويقول: انطلق بنا ما يقعدنا عند من لُقّن حجته، قال [أي أبو أمامة]: فقال رجل: يا
رسول الله فإن لم يُعرف أمه، قال: ينسبه إلى أمه حواء، يا فلان ابن حواء" .
Yang bermaksud : "Apabila aku mati nanti, lakukan padaku sepertimana yang
disuruh oleh Rasulullah agar dilakukan kepada mayat, Rasulullah telah
memerintah kita dengan sabda baginda: “ Apabila matinya seorang daripada
kalanganmu, maka tanamlah dan berdirilah seorang di kalangan kamu semua pada
bahagian kepala dikuburnya kemudian katakan Wahai si fulan anak si fulanah
(binti ibunya), orang itu mendengarnya tetapi dia tidak akan menjawab, kemudian
katakan Wahai fulan anak fulanah maka dia duduk, kemudian katakan Wahai fulan
anak fulanah maka dia berkata semoga Allah merahmati kamu tetapi kamu semua
tidak merasai (apa yang telah berlaku pada si mayat), maka hendaklah dikatakan
: Ingatlah apa yang telah menyebabkan kamu dilahirkan ke dunia iaitu syahadah
tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu hambaNya dan rasulNya dan
engkau telah meredhai dengan Allah sebagai tuhanmu dan islam itu agamamu dan
Muhammad itu nabimu dan al-quran itu petunjukmu maka malaikat mungkar dan nakir
akan mengambil tangannya lantas berkata Ayuh bersama kami bawakan kepada siapa
yang telah ditalqinkan hujahnya”
Abu Umamah bertanya kepada Rasulullah Wahai Rasulullah! “bagaimana sekiranya
tidak diketahui nama ibunya? Rasulullah menjawab “Maka hendaklah dinasabkan
kepada ibu manusia iaitu Hawa dengan mengatakan Wahai si fulan anak Hawwa.”
(Hadith riwayat Imam Al-Hafiz Tabarani Dalam kitabnya Mu'jam Soghir Wal Kabir.
Hadith yang mengharuskan talqin diatas telah disolehkan sanadnya (ulama hadith
menyatakan hadith itu boleh digunakan) oleh Imam Muhaddith dari kalangan ulama
hadith iaitu Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqolany dalam kitab beliau berjudul
At-Talkhis Al-Habir sepertimana yang juga dibawah Kitab Al-Majmuk oleh Imam
Nawawi pada jilid 5 muksurat 243 :
وإسناده صالح وقد قواه الضياء في أحكامه
Yang bermaksud : “ Sanad hadith ini adalah boleh digunakan dan hadith ini telah
dikuatkan oleh Imam Al-Hafiz Ad-Dhiya’ dalam kitabnya Ahkam”.
Maka hadith Nabi Muhammad ini jelas mengharuskan amalan talqin sepertimana juga
para ulama salafus soleh berpegang dengan hukum mengenainya.
Tiada seorangpun ulama islam yang mu’tabar mengingkari amalan talqin ini
kecuali sebilangan kecil ajaran sesat di zaman kini (Wahabi) yang suka sangat
memecah belahkan umat islam dengan mendakwa amalan talqin adalah satu bid’ah
yang teramat buruk dan siapa melakukan talqin maka dia sesat dan akan masuk
neraka jahannam.
Disini dibawa kata-kata ulama islam ahli sunnah Wal Jamaah mengharuskan amalan
talqin dari mazhab Hanafi, mazhab Maliki, mazhab Syafie dan juga tidak lupa
dari mazhab Hambali yang didokongi golongan Wahhabi yang sering mendakwa mereka
dari golongan Hambali.
Mazhab Islam Mengharuskan Talqin
Kenyataan Mazhab Al-Hanafi Mengharuskan Talqin
1-Berkata As-Syeikh Al-Alim Abdul Al-Ghony Al-Ghonimy Ad-Dimasyqy Al-Hanafi
dalam kitab beliau berjudul Al-Lubab Fi Syarhil Kitab pada jilid 1 mukasurat
125 menyatakan :
: "وأما تلقينه (أي الميت) في القبر فمشروع عند أهل السنة لأن الله تعالى
يحييه في قبره".
“Manakala hukum mentalqin mayat pada kubur adalah merupakan syariat islam
disisi Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana Allah ta’ala menghidupkannya dalam
kuburnya”.
Telah jelas bahawa dalam mazhab Hanafi amalan talqin adalah diharuskan bahkan
disyariatkan.
Mazhab Maliki Mengharuskan Amalan Talqin
1- Imam Al-Qurtuby Al-Maliky pengarang kitab tafsir terkenal telah menulis satu
bab yang khusus mengenai amalan talqin disisi mazhab Maliki dalam kitab beliau
berjudul At-Tazkirah Bil Ahwal Al-Mauta Wal Akhiroh pada mukasurat 138-139 :
باب ما جاء
في تلقين الإنسان بعد موته شهادة الإخلاص في لحده
Di dalam bab itu juga Imam Qurtuby telah menjelaskan amalan talqin dilakukan
oleh para ulama islam di Qurtubah dan mereka mengharuskannya.
Dalam mazhab Maliki juga bercanggah dengan mereka yang mengharamkan amalan
talqin.
Mazhab Syafi’e Mengharuskan Dan Mengalakkan Amalan Talqin
1- Imam An-Nawawi As-Syafi’e menyatakan dalam kitab beliau berjudul Al-Majmuk
pada jilid 5 mukasurat 303-304 :
قال جماعات
من أصحابنا يستحب تلقين الميت عقب دفنه" ثم قال:
"ممن نص على استحبابه: القاضي حسين والمتولي والشيخ نصر المقدسي"
Yang bermaksud : “ Telah menyatakan oleh ramai para ulama dari mazhab Syafi’e
bahawa disunatkan talqin pada mayat ketika mengebumikannya”.
Kenyataan mazhab Syafi’e dari kitab yang sama :
"وسئل الشيخ
أبو عمرو بن الصلاح رحمه الله عنه فقال: التلقين هو الذي نختاره ونعمل به"
Imam Nawawi menyatakan : “ Telah ditanya kepada As-Syeikh Abu Amru Bin As-Solah
mengenai talqin maka beliau menjawab Amalan talqin merupakan pilihan kita
(mazhab Syafi’e) dan kami beramal dengannya”
.
2- Imam Abu Qosim Ar-Rofi’e As-Syafi’e menyatakan dalam kitab beliau berjudul
Fathul ‘Aziz Bi Syarhi Al-Wajiz tertera juga pada bawah kita Al-Majmuk oleh
Imam Nawawi pada jilid 5 mukasurat 242 :
"ويستحب
أن يُلقن الميت بعد الدفن فيقال: يا عبد الله بن أمة الله ..." إلى اخره .
Yang bermaksud : Digalakkan dan disunatkan mentalqin mayat selepas
mengebumikannya dan dibaca : Wahai hamba Allah binti hamba Allah…(bacaan
talqin).
Di malaysia kita umat islam kebanyakannya berpegang dengan mazhab Syafi’e.
Lantaran itu hukum talqin adalah harus berdalilkan dari hadith Nabawi.
Mazhab Hambali Mengharuskan Talqin
1- Imam Mansur Bin Yusuf Al-Buhuty Al-Hambaly menyatakan hukum pengharusan
talqin dalam kitab beliau berjudul Ar-Raudul Mari’ mukasurat 104.
2- Imam Al-Mardawy Al-Hambaly dalam kitabnya Al-Insaaf Fi Ma’rifatil Rajih
Minal Khilaf pada jilid 2 mukasurat 548-549 menyatakan :
"فائدة يستحب تلقين الميت بعد دفنه عند أكثر الأصحاب"
Yang bermaksud : “ Kenyataan yang penting : Disunatkan hukum talqin mayat
selepas mengkebumikannya di sisi kebanyakan ulama ( selainnya hanya mengaruskan
sahaja).
الحافظ الفقيه النووي الشافعي في كتابه روضة الطالبين وعمدة المفتين، كتاب الجنائز، باب الدفن، قال ما نصه: هذا التلقين استحبه جماعات من أصحابنا منهم القاضي حسين وصاحب التتمة والشيخ نصر المقدسي في كتابه التهذيب وغيرهم ونقله القاضي حسين عن أصحابنا مطلقا، والحديث الوارد فيه ضعيف لكن أحاديث الفضائل يتسامح فيها عند أهل العلم من المحدثين وغيرهم، وقد اعتضد هذا الحديث بشواهد من الأحاديث الصحيحة كحديث:" اسألوا له التثبيت"، ووصية عمرو بن العاص: أقيموا عند قبري قدر ما تنحر جزور ويقسم لحمها حتى أستأنس بكم وأعلم ماذا أراجع به رسل ربي. رواه مسلم في صحيحه، ولم يزل أهل الشام على العمل بهذا التلقين من العصر الأول وفي زمن من يقتدى به. اهـ
وقال الحافظ النووي في فتاويه (1): وأما التلقين المعتاد في الشام بعد الدفن فالمختار استحبابه، وممن نص على استحبابه من أصحابنا القاضي حسين وأبو سعيد المتولي والشيخ أبو الفتح نصر المقدسي الزاهد وأبو القاسم الرافعي وغيرهم.اهـ
الفقيه علاء الدين المرداوي الحنبلي في كتابه الإنصاف في معرفة الراجح من الخلاف، كتاب الجنائز، باب تلقين الميت بعد دفنه وتطييبه، قال ما نصه: فائدة: يستحب تلقين الميت بعد دفنه عند أكثر الأصحاب.(2) اهـ
الفقيه الحنفي أبو بكر بن علي بن محمد الحدادي العبادي اليمني الزبيدي في الجوهرة النيرة شرح مختصر القدوري في فروع الحنفية، باب الجنائز، قال ما نصه: وأما تلقين الميت في القبر فمشروع عند أهل السنة. اهـ
الفقيه المالكي أبو عبد الله محمد بن يوسف العبدري الشهير بالـمواق في كتابه التاج والإكليل لمختصر خليل، كتاب الجنائز، باب زيارة القبور، قال ما نصه: قال أبو حامد: ويستحب تلقين الميت بعد الدفن .وقال ابن العربي في مسالكه: إذا أدخل الميت قبره فإنه يستحب تلقينه في تلك الساعة وهو فعل أهل المدينة الصالحين من الأخيار. اهـ
فقد روى الطبراني في المعجم الكبير عن سعيد بن عبد الله الأودي قال: شهدت أبا أمامة الباهلي وهو في النزع فقال: إذا أنا مت فاصنعوا بي كما أمر رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال: "إذا مات أحد من إخوانكم فسويتم التراب عليه فليقم أحدكم على رأسه قبره ثم ليقل: يا فلان ابن فلانة فإنه يسمعه ولا يجيب ثم يقول: يا فلان ابن فلانة، فإنه يستوي قاعدا. ثم يقول: يا فلان ابن فلانة، فإنه يقول: أرشدنا رحمك الله، ولكن لا تشعرون فليقل: اذكر ما خرجت عليه من الدنيا شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدا عبده ورسوله وأنك رضيت بالله ربا وبالإسلام دينا وبمحمد نبيا وبالقرءان إماما، فإن منكرا ونكيرا يأخذ كل واحد منهما بيد صاحبه يقول: انطلق بنا ما نقعد عند من لقن حجته فيكون الله حجيجه دونهما". قال رجل: يا رسول الله فإن لم يعرف أمه؟ قال: "فينسبه إلى حواء يا فلان بن حواء".
قال الحافظ النووي في الأذكار(3): وسئل الشيخ الإمام أبو عمر بن الصلاح رحمه الله عن هذا التلقين فقال في فتاويه: التلقين هو الذي نختاره ونعمل به، وذكره جماعة من أصحابنا الخراسانيين قال: وقد روينا فيه حديثا من حديث أبي أمامة ليس بالقائم إسناده، ولكن اعتضد بشواهد وبعمل أهل الشام به قديما. اهـ
وقال الحافظ النووي في شرح المهذب(4): فهذا الحديث وإن كان ضعيفا فيستأنس به، وقد اتفق علماء المحدثين وغيرهم على المسامحة في أحاديث الفضائل والترغيب والترهيب، وقد اعتضد بشواهد من الأحاديث كحديث: واسألوا له التثبيت، ووصية عمرو بن العاص، وهما صحيحان، سبق بيانهما قريبا، ولم يزل أهل الشام على العمل بهذا في زمن من يقتدى به وإلى الآن. انتهى
وقال الحافظ ابن حجر في تلخيص الحبير(5): وإسناده صالح وقد قواه الضياء في أحكامه وأخرجه عبد العزيز في الشافي والراوي عن أبي أمامة سعيد الآزدي بيض له بن أبي حاتم ولكن له شواهد منها ما رواه سعيد بن منصور من طريق راشد بن سعد وضمرة بن حبيب وغيرهما قالوا: إذا سوي على الميت قبره وانصرف الناس عنه كانوا يستحبون أن يقال للميت عند قبره يا فلان قل لا إله إلا الله قل أشهد أن لا إله إلا الله ثلاث مرات قل ربي الله وديني الإسلام ونبيي محمد ثم ينصرف.اهـ
قال المحدث إسماعيل العجلوني في كتابه كشف الخفاء(6): قال في اللآلئ حديث تلقين الميت بعد الدفن قد جاء في حديث أخرجه الطبراني في معجمه، وإسناده ضعيف، لكن عمل به رجال من أهل الشام الأولين مع روايتهم له، ولهذا استحبه أكثر أصحاب أحمد انتهى، وأقول: كذا أكثر أصحابنا كما يأتي. اهـ ثم قال: قواه الضياء في أحكامه، ثم الحافظ ابن حجر أيضا بـما له من الشواهد، ونسب الإمام أحمد(7) العمل به لأهل الشام. وابن العربي لأهل المدينة، وغيرهما لقرطبة، قال في المقاصد وأفردت للكلام عليه جزءا
Talqin
mayat yang sudah baligh kemudian daripada tanamnya disunatkan disisi kebanyakan
Ulama kerana firman Allah taala: berilah peringatan maka sesungguhnya
peringatan itu member manfaat akan orang2 yang beriman. Dimana telah
menghukumkan dengan sunat oleh Shafeiyah dan kebanyakan daripada Hanabilah dan
Muhaqqiqun daripada Hanafiyah dan Malikiyah.
Dan
bersangatan hajat barang yang adalah sesaorang hamba itu kepada peringatan pada
kelakuan ini. Dan sesungguhnya menyebut oleh Ibnu Taimiyah dalam fatawanya
bahawa Talqinyang disebutkan itu sesungguhnya telah sabit datangnya daripada
satu thoifah(jemaah) daripada sahabat bahawa mereka itu menyuruh dengan
dia.
Dan
berkata imam Ahmad tak mengapa dengan dia dan menghukumkan dengan sunat oleh
satu jemaah daripada ashab shafei dan Ahmad. Dan berkata ia dan sesungguhnya
telah thabit bahawa yang dikuburkan itu ditanyai dan di suruh berdoa baginya.
Maka kerana inilah dikatakan bahawa Talqin member manfaat akan simati, maka
bahawa mayat mendengar ia akan seruan seperti mana dalam sahih bahawa Nabi saw
berkata bahawa mayat mendengar ia akan hentakkan kasut mereka itu dan berkata
ia tidak ada sekelian kamu mendengar bagi barang yang aku katakan daripada
mereka itu
SUARA YANG DIDENGAR OLEH MAYAT
Yang Akan Mengikut Mayat Ada Tiga Perkara iaitu:
1. Keluarga
2.. Hartanya
3. Amalnya
Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya iaitu:
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.
MAKA KETIKA ROH MENINGGALKAN JASAD
Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, ‘Wahai Fulan Anak Si Fulan..
• – Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang
Meninggalkanmu?
• – Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah
Mengumpulmu?
• – Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu?
• – Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu?
KETIKA MAYAT TERGELETAK AKAN DIMANDIKAN
Terdengar Dari Langit Suara Memekik, ‘Wahai Fulan Anak Si Fulan…
• – Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah?
• – Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara?
• – Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu
Bahasa?
• – Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Ghaib Tak
Bersuara?
KETIKA MAYAT SIAP DIKAFANKAN
Suara Dari Langit Terdengar Memekik,’Wahai Fulan Anak Si Fulan
• – Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan RedhaMU
• – Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
• – Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
• – Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
• – Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.’
KETIKA JENAZAH DI USUNG
Terdengar Dari Langit Suara Memekik, ‘Wahai Fulan Anak Si Fulan..
• – Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
• – Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat
• – Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.’
KETIKA MAYAT SIAP DISEMBAHYANGKAN
Terdengar dari Langit Suara Memekik, ‘Wahai Fulan Anak Si Fulan..
• – Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
• – Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
• – Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.’
KETIKA MAYAT DIBARINGKAN DI LIANG LAHAD
terdengar Suara Memekik Dari Langit,’Wahai Fulan Anak Si Fulan…
• Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan
Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini
Wahai Fulan Anak Si Fulan…
• – Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
• – Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
• – Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa.’
KETIKA SEMUA MANUSIA MENINGGALKANNYA SENDIRIAN
Allah Berkata Kepadanya, ‘Wahai Hamba-Ku…. .
• Kini Kau Tinggal Seorang Diri
• Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
• Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
• Mereka Pergi Meninggalkanmu. … Seorang Diri
• Padahal, Kerana Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku
• Hari Ini,…. Akan Kutunjukan Kepadamu
• Kasih Sayang-Ku
• Yang Akan Takjub Seisi Alam
• Aku Akan Menyayangimu
• Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya’.
Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman , ‘Wahai Jiwa Yang Tenang
• Kembalilah Kepada Tuhanmu
• Dengan Hati Yang Puas Lagi Diredhai-Nya
• Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku
• Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku’
Husnul Khatimah
1.. Sempat mengucap dua kalimah syahadah.
2.. Berpeluh didahi.
Sabda Rasulullah:”Bahawa matinya seseorang mukmin itu dengan keluarnya peluh
didahi”,
Riwayat oleh Ahmad dan Termidzi.
3.. Mati pada malam atau hari Jumaat.
Sabda Rasulullah “Tidak seorang muslim pun yang mati pada hari atau malam
Jumaat melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.”
4.. Mati di medan perang kerana membela agama Allah.
5.. Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan:
i) Akan diampuni dengan serta merta dosanya serta diperlihatkan tempat duduknya
disyurga (kecuali m! ereka yang masih ada urusan hutang).
ii) Diselamatkan dari seksa kubur.
iii) Aman dari ketakutan yang teramat besar dan dahsyat.
iv) Diperhiasi dengan iman.
v) Dikahwinkan dengan bidadari (semiskin – miskin ialah 49 bidadari).
vi) Dapat memberi syafaat kepada 70 orang keluarganya. Riwayat oleh Termizi,
Ahamd dan Ibnu Majah.
6.. Mati kerana melahirkan anak.
7.. Mati kerana taun,
Sabda Rasulullah, “taun itu satu kematian syahid bagi setiap mukmin”.
(Hendaklah ia sabar dan redha menganggungnya). Riwayat oleh Muslim.
8.. Mati akibat sakit perut maka ia mati syahid,
sabda Rasulullah. Dan barang siapa mati kerana sakit perut maka ia mati
syahid”.
Riwayat oleh Muslim.
9.. Mati tengelam dan tertimbus oleh bangunan.
10.. Mati terbakar. Riwayat Tabrani.
11.. Mati dalam nifas. Riwayat At Tabrani.
12.. Mati kerana sakit TB.
Sabda Rasulullullah, “orang yang mati kerana menanggung penyakit kurus kering
ia mati syahid.”
Riwayat Tabrani.
13.. Mati akibat luka perang di jalan Allah.
Sabda Rasulullah :”Barangsiapa yang luka kerana perang di jalan Allah itu mati,
maka beerti ia syahid, atau kena pijak oleh unta atau kudanya atau ia mati
ditempat tidurnya (setelah berperang itu) denga! n sebab apa – apa pun yang
dikehendaki oleh Allah, maka sesungguhnya ia adalah mati syahid dan akan masuk
syurga”. Riwayat Daud.
14.. Mati mempertahankan harta. Riwayat Bokhari.
15.. Mati kerana mempertahankan diri. Sabda Rasulullah “Barangsiapa terbunuh
kerana mempertahankan darahnya (dirinya) maka ianya mati syahid.” Riwayat Abu
Daud.
16.. Mati dalam bersiap – siap untuk berperang dijalan Allah.
17.. Mati ketika sedang beramal soleh seperti sedang menuntut ilmu(ilmu yang
dibolehkan oleh Islam) dimasjid atau sedang berdakwah..
Berkata Abu Laith,
“Barangsiapa yang ingin selamat dari seksa kubur maka haruslah ia
melazimi 4 perkara dan meninggalkan 4 perkara:
1.. Menjaga sembahyang 5 waktu.
2.. Banyak bersedekah.
3.. Banyak membaca Al Quran.
4.. Banyak bertasbih.
Dan hendaklah ia meninggalkan:
1.. Meninggalkan dusta.
2.. Meninggalkan sifat khianat.
3.. Meninggalkan sifat mengadu – domba.
4.. Mejaga Kencing.