الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
AL-QURAN : YAKINLAH
Yakinlah bahawa al-Quran merupakan sumber rujukan utama umat Islam dan ianya tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan seorang muslim. Sejak dari kecil umat Islam diajar dan diasuh untuk membaca al-Quran ini kerana ianya
sebahagian ibadah dan diberi pahala yang besar sebagaimana saranan Baginda Rasulullah SAW di dalam Hadithnya:
“Sesiapa yang membaca satu huruf dari al-Quran, maka baginya diberi sepuluh pahala dan ditambah sepuluh lagi kebajikan seumpamanya, tidak aku katakan ( alif, lam, mim ) itu satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.”
(Riwayat Tirmizi)
Dan Sabda Rasulullah SAW: “Kamu bacalah al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada pembaca-pembacanya.” (Riwayat Muslim)
Bagi memartabat kesucian al-Quran maka sebagai seorang Islam, amatlah wajar al-Quran itu dibaca dan dipelihara dengan sebaik mungkin, lebih-lebih lagi al-Quran sebagai mukjizat dari Allah SWT. Justeru, umat Islam disaran agar sentiasa membaca al-Quran dan mendalami dari segi bacaannya. Abu Zar RA pernah berkata bahawa beliau meminta Rasulullah SAW memberi pesanan yang berpanjangan.
Rasulullah SAW bersabda: “Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber kepada amalan-amalan baik.” Aku meminta supaya Baginda menambah lagi, “Tetapkanlah membaca al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk akhirat.”
Para sahabat Rasulullah s.a.w seperti Uthman, Zaid bin Tsabit, Ibnu Mas’ud, Ubay bin Ka’ab dan lain-lain lagi, mereka ini sentiasa membaca al-Quran dan mengkhatamkannya setiap hari Jumaat. Begitu juga amalan tradisi orang-orang tua kita dahulu yang mengambil berat terhadap pendidikan al-Quran kepada anak-anak. Anak-anak dididik untuk senantiasa membaca al-Quran setiap hari. Amalan ini membuktikan mereka sangat mengambil berat tentang pembacaan dan pendidikan al-Quran.
Selain meyakini bahawa al-Quran merupakan kitab pedoman umat Islam yang perlu diterjemahkan melalui penghayatan dalam diri, dengan nilai-nilai yang terkandung di dalamnya bagi melahirkan umat cemerlang dan bertaqwa, kita sebagai umat Islam juga dituntut untuk meyakini bahawa al-Quran sebagai penawar segala penyakit samada bersifat dalaman mahupun luaran di samping menjadi tempat rujukan segala masalah yang dihadapi.
Sayangnya tidak semua yang mahu dan bersedia mengikut ajaran al-Quran atau terdapat segelintir umat Islam yang masih tidak mahu beramal dengan al-Quran, mereka hanya membaca al-Quran tetapi tingkahlaku kehidupan
seharian mereka bertentangan dengan ajaran al-Quran, mereka mendengar al-Quran tetapi tidak menghayati tuntutannya, mereka memahami isi kandungannya, tetapi tidak mahu melaksanakan ajarannya, mereka mengetahui kebenaran al-Quran, tetapi mereka masih tidak takut untuk melanggar kebenaran tersebut bahkan sanggup memperkecilkan janji dan azab Allah SWT.
Prof. Dr. Mahmoud Hamdi Zaqzuq dari Mesir menyifatkan umat Islam hari ini sebagai umat dilema dalam dunia yang penuh misteri dan beliau melontarkan pertanyaan: “Bagaimana perkara ini boleh terjadi kepada satu umat di mana kitab suci mereka sejak awal-awal lagi menekankan arahan membaca, menggesa mencari ilmu, dan penggunaan wahana ilmu qalam, malah menyentuh tentang manusia pendukung dan penyebar ilmu?”
Firman Allah SWT dalam surah al-Hijr ayat 9:
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ ﴿٩
Maksudnya: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur’an, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.”
Hayatilah ayat-ayat yang dibaca serta memahami pengertiannya. Budayakanlah al-Quran dalam kehidupan, didiklah ahli keluarga dan anak-anak agar menjadi orang yang mencintai al-Quran. Memprogramkan penghayatan al-Quran dalam
keluarga terutama kepada anak-anak dengan membaca, mempelajari dan mentadabbur al-Quran.
Renungilah firman Allah SWT dalam surah al-Naml ayat 92:
وَأَنْ أَتْلُوَ الْقُرْآنَۖ فَمَنِ اهْتَدَىٰ فَإِنَّمَا يَهْتَدِي لِنَفْسِهِۖ وَمَن ضَلَّ فَقُلْ إِنَّمَا أَنَا مِنَ الْمُنذِرِينَ ﴿٩٢
Maksudnya: “Dan supaya aku sentiasa membaca Al-Qur’an. Oleh itu, sesiapa yang menurut petunjuk (Al-Qur’an dan beramal dengannya) maka faedah perbuatannya itu akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat, maka katakanlah kepadanya: Sesungguhnya aku hanyalah seorang pemberi amaran”.