الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
FIKROH : DERHAKA
Kita selalu mendengar yang zaman sekarang anak-anak makin
ramai yang derhaka kepada ibubapa. Disebalik apa berlaku ini adakah kita
(Ibubapa) mengkaji dan merenung kenapa anak-anak pada hari ini
semakin
nakal,jahat dan menderhakai kepada ibubapa mereka? Jika ibubapa mendidik anak-anak
dengan betul mengikut gaya hidup islam perkara sebegini dapat dikurangkan.
Apabila anak derhaka kepada ibubapa kita bising tetapi adakah kita telah
mendidik anak-anak kita dengan betul?
Adakah kita memberikan didikan agama yang cukup atau sekadar menghantar anak-anak kita ke sekolah-sekolah agama atau pengajian Al-quran? sedangkan kita pula tidak ambil tahu dan mahu belajar?
Suatu kisah....
Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar
al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak
lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada
hak-hak bapanya. Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak
mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah
ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang
baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).” Anak itu berkata: “Wahai Amirul
Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut.
Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya
seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu
sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku
walau satu huruf pun dari al-Quran. Umar lantas berkata kepada lelaki
itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang
telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan
jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.” Begitulah, Saidina Umar
meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik
anaknya sendiri.
Jadi apakah pengajaran dari kisah ini?...Marilah kita bersama-sama bermuhasabah...