الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
TILAWATILQURA'AN : BAGAIMANA RASULULLAH S.A.W MENTADABBURKANNYA
Hadis-hadis dari Syama’il Muhammadiyyah susunan Imam at-Tarmidzi dan
Riyadhus Solihin susunan Imam Nawawi.
1) Membaca dengan jelas, perkataan demi perkataan.
Ya`la bin Mamlak ra bertanya kepada Ummu Salamah ra mengenai cara Rasulullah s.a.w membaca Al-Quran. Lalu Ummu Salamah menjelaskan bahawa Rasulullah membaca Al-Quran dengan jelas, perkataan demi perkataan.
(Riwayat Abu Daud, at-Tarmidzi dan Nasa’i)
2) Memanjangkan bacaan sesuai dengan hukum tajwid
Qatadah ra berkata, aku bertanya kepada Anas bin Malik radhiAllahu `anhu:
“Bagaimanakah cara Rasulullah sa.w membaca Al-Quran?”
Anas menjawab: “Baginda memanjangkan bacaan (sesuai dengan hukum tajwid).”
(Riwayat Bukhari, Abu Daud, at-Tarmidzi, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)
3) Memotong bacaan pada setiap ayat.
Ummu Salamah ra berkata:
“Adalah Rasulullah s.a.w memotong bacaan Baginda (pada setiap ayat).
Baginda membaca ‘ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ‘ lalu berhenti.
Kemudian Baginda membaca ‘ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ ‘ lalu berhenti.
Kemudian Baginda membaca ‘ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ‘.”
(Riwayat Abu Daud, at-Tarmidzi, Ahmad dan Ibnu Khuzaimah)
4) Kadang-kala dengan suara yang perlahan, kadang-kala dengan suara yang
`Abdullah bin Abi Qais ra berkata:
Aku bertanya kepada`A’ishah ra mengenai bacaan Nabi s.a.w: “Adakah Baginda membaca secara perlahan atau pun kuat?”
Beliau menjawab: “Baginda pernah membaca dengan kedua-dua cara. Kadang-kala Baginda membaca dengan perlahan. Dan kadang-kala Baginda membaca dengan kuat.”
Aku membalas: “Seluruh pujian kepada ALLAH yang memberikan kemudahan dan kesenangan dalam perkara ini.”
(Riwayat Muslim, Abu Daud, at-Tarmidzi, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)
5) Membaca dengan suara yang indah
`Abdullah bin Mughaffal ra berkata:
Aku melihat Nabi s.a.w duduk di atas tunggangannya pada Hari Pembebasan Makkah sambil membaca:
إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا. لِّيَغْفِرَ لَكَ اللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ
(Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata. Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian…)
`Abdullah bin Mugahffal berkata: “Baginda membaca ayat ini dengan suara yang indah.”
Mu`awiyyah bin Qurrah (seorang daripada yang merekodkan hadith ini) berkata: “Seandainya orang tidak berkumpul di sekelilingku, pasti akan kubaca seperti itu” atau “sama indah bacaannya dengan Rasulullah.”
(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, at-Tarmidzi, Nasa’i dan Ahmad.)
Dari al-Bara’ bin`Azib ra berkata:
“Aku mendengar Rasulullah s.a.w membaca pada waktu`Isya’ surah وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ. Aku belum pernah mendengar seorang pun yang suaranya lebih merdu dari suara Baginda.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
6) Kadang-kala mendengar orang lain membaca Al-Quran
Dari Ibnu Mas`ud ra berkata:
Bahawa Nabi sa.w berkata kepadaku: “Bacakanlah Al-Quran untukku.”
Aku berkata: “Wahai Rasulullah, saya membacakan Al-Quran untuk tuan? Padahal kepada tuan lah Al-Quran diturunkan.”
Baginda bersabda: “Sesungguhnya aku ingin mendengar Al-Quran dibaca oleh orang lain.”
Maka aku pun membacakan untuk Baginda surah an-Nisa’ sehingga sampai ayat:
فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِن كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَىٰ هَٰؤُلَاءِ شَهِيدًا
(Maka bagaimanakah (keadaan orang-orang kafir pada Hari Akhirat kelak), apabila KAMI datangkan dari tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri menjadi saksi terhadap perbuatan mereka), dan KAMI juga datangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini?).
Kemudian Baginda bersabda: “Cukuplah sampai di sini.”
Saya menoleh kepada Baginda, tiba-tiba kedua matanya mencucurkan air mata.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)