Maksudnya : Dia bertanya (secara mengejek): “Bilakah datangnya hari kiamat itu?” Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi berpinar-pinar (kerana gerun takut), Dan bulan hilang cahayanya, Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama, (Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat):
عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ أَسِيدٍ الْغِفَارِيِّ رضي الله عنه قَالَ : اطَّلَعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْنَا وَنَحْنُ نَتَذَاكَرُ فَقَالَ : مَا تَذَاكَرُونَ ؟ قَالُوا : نَذْكُرُ السَّاعَةَ ، قَالَ : إِنَّهَا لَنْ تَقُومَ حَتَّى تَرَوْنَ قَبْلَهَا عَشْرَ آيَاتٍ فَذَكَرَ الدُّخَانَ وَالدَّجَّالَ وَالدَّابَّةَ وَطُلُوعَ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا وَنُزُولَ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَيَأَجُوجَ وَمَأْجُوجَ وَثَلاثَةَ خُسُوفٍ خَسْفٌ بِالْمَشْرِقِ وَخَسْفٌ بِالْمَغْرِبِ وَخَسْفٌ بِجَزِيرَةِ الْعَرَبِ ، وَآخِرُ ذَلِكَ نَارٌ تَخْرُجُ مِنْ الْيَمَنِ تَطْرُدُ النَّاسَ إِلَى مَحْشَرِهِمْ
Maksudnya : Nabi s.a.w muncul ketika kami sedang berbincang, lalu baginda bertanya: Apa yang kalian bicarakan? Mereka berkata: “Kita berbicara berkaitan Qiamat, baginda bersabda: Qiamat tidak akan berlaku sehingga kamu lihat sepuluh tanda iaitu
[1] keluar asap,
[2]muncul Dajjal,
[3] keluar binatang Dabbah,
[4]matahari terbit dari barat
[5]turunnya nabi Isa Ibni Mariam,
[6]muncul Ya’juj Makjuj
berlaku tiga gerhana iaitu
[7]satu gerhana di timur,
[8] satu di barat
[9]dan satu lagi di Semenanjung Arab
[10] dan lain yang adalah api keluar dari Yaman lalu menghalau manusia ke tempat berkumpul.