الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    BETAPA SEMAKIN PANTASNYA MASA

    MASA AKAN MENJADI SINGKAT 

    Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan
    seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api".
    (Riwayat Termizi)


    Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa.
    Menurut Imam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa ini ialah dicabut keberkatan daripadanya. Mcmang benar apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara
    yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya qiamat.


    Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;

    "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api".(Riwayat Tirmizi)

    Inilah hakikat kehidupan di akhir zaman, masa berlalu dengan begitu pantas. Tanggungjawab melebihi masa yang kita ada. Kalau tahun lepas kita terasa begitu sibuk tetapi tahun ini terasa lebih sibuk; masa terasa begitu pantas beredar, belum sempat menarik nafas, hari baru mula menjenguk tiba-tiba.

    Masa adalah kehidupan dan kehidupan itu tiada lain dari ujian. Ujian yang akan menguji keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Bagaimana kita memanfaatkan masa yang singkat dan bagaimana kita menghargai masa lapang yang kita masih miliki.

    Segalanya akan ditanya di Akhirat nanti.

    Yang terbaik dikalangan kita ialah orang yang menjaga Taqwanya pada Allah SWT, masa yang paling berharga ialah masa yang dimanfaatkan dengan kerja-kerja yang utama (awla) bukan 'banyak kerja'.

    Allah menguji kita untuk melihat bagaimana kita manfaatkan kehidupan yang singkat ini dengan amal-amal yang berkualiti.

    Kegagalan untuk mengukur masa dengan 'Nilai Taqwa' akan menyebabkan kita hilang keseimbangan (tawazun) dalam kehidupan. Tanpa disedari kita menyibukkan diri dalam perkara-perkara yang kurang penting.

    Bahkan, kadang-kadang kita korbankan tanggungjawab besar demi melaksanakan tanggungjawab yang kecil dan ringan. Kita bertungkus lumus mencari kekayaan untuk membangunkan rumahtangga dan keluarga tetapi
    akhirnya kita korbankan keluarga 'yang kita kasihi' demi kekayaan dunia dengan segala janji-janji palsunya.

    Kita 'cari makan' hingga tak sempat nak makan, kita membangun kehidupan hingga akhirnya jiwa kita mati terbiar.

    Kita membeli hati anak-anak dengan kemewahan tetapi kita menggadai kasih sayang yang sangat mereka inginkan.

    Sibukkanlah diri dengan amal soleh, dengan pjuangan utk memartabatkan Islam, dengan dakwah dan dengan kerja- kerja yang betmanfaat..
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA