الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    KERANA KEKECEWAAN DAN INILAH ADUAN


    لَوْ أَنزَلْنَا هَـٰذَا الْقُرْآنَ عَلَىٰ جَبَلٍ لَّرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُّتَصَدِّعًا مِّنْ خَشْيَةِ اللَّـهِ ۚ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ ﴿٢١﴾ هُوَ اللَّـهُ الَّذِي لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ ۖ هُوَ الرَّحْمَـٰنُ الرَّحِيمُ ﴿٢٢﴾ هُوَ اللَّـهُ الَّذِي لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ ۚ سُبْحَانَ اللَّـهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ ﴿٢٣﴾ هُوَ اللَّـهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ ۖ لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ ۚ يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ ﴿٢٤﴾


    "Sekiranya Kami turunkan alquran ini ke atas gunung, nescaya engkau dapati gunung itu khusyuk serta berkecai kerana takut kepada Allah. Dan ( ingatlah ) contoh-contoh perbandingan ini kami kemukakan kepada umat manusia supaya mereka memikirkannya. Dialah Allah yang tiada tuhan selain Dia, yang
    mengetahui perkara yang ghaib dan nyata, Dia maha pemurah lagi maha mengasihani. Dialah Allah yang tiada tuhan selain Dia. Yang menguasai ( sekalian alam ) yang maha suci, yang maha selamat sejahtera ( daripada segala kekurangan ). Dia melimpahkan keamanan, yang maha melengkapi segala kebesaran-Nya. Maha suci Allah daripada segala yang mereka sekutukan dengannya. Dialah Allah yang mencipta sekalian makhluk, yang mengadakan ( daripada tiada kepada ada ) yang membentuk rupa ( makhluk-Nya menurut yang dikehendaki-Nya ) bagi-Nyalah nama-nama yang sebaik-baik dan semulia-mulianya. Bertasbih kepada-Nya segala yang dilangit dan dibumi. Dan Dialah yang tidak ada tolok bandingnya, lagi maha bijaksana."
    (Al-Hasyr : 21-24)

    Allah menyatakan sekiranya Al-Quran diturunkan ke atas gunung yang teguh, nescaya ia akan pecah.
    Ini disebabkan gunung tidak mampu melaksanakan tanggungjawab untuk menyebarkan ajaran al-Quran serta melaksanakannya.
    Allah mempunyai nama-nama yang indah dan sifat yang sempurna.
    Semua makhluk di langit dan di bumi tunduk dan bertasbih kepada Allah.

    Istimewanya Al-Quran

    1.Mukjizat agung kepada Rasulullah.
    2.Kandungan al-Quran lengkap merangkumi semua aspek kehidupan seperti akhlak, ekonomi, sosial, sains dan politik.
    3.Ajarannya sesuai dilaksanakan untuk semua bangsa, tempat dan masa.
    4.Terpelihara dari sebarang perubahan dan penyelewengan hingga kiamat.
    5.Tiada makhluk yang mampu menandingi keindahan bahasa al-Quran.
    6.Membimbing manusia menuju kebahagiaaan hidup di dunia dan akhirat.
    7.Setiap huruf yang dibaca dikira ibadat dan diberikan pahala.


    Makhluk lain tunduk dan patuh kepada Allah dalam kandungan Al-Quran tapi sebahagian manusia tidak langsung takut.
    Dalam ayat 24 surah al-Hasyr Allah menyatakan bahawa semua makhluk tunduk dan patuh kepada Allah.
    Antaranya dengan cara bertasbih dan mengikut semua ketentuan dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah.
    Matahari dan bulan sentiasa beredar mengikut paksinya.
    Sebagai manusia yang mempunyai akal, kita sepatutnya tidak menderhakai Allah yang telah mencipta kita.

    Keingkaran manusia yang meremehkan Al-Quran berbanding gunung

    Allah membandingkan keingkaran manusia menerima al-Quran dengan sifat gunung yang hancur berkecai apabila diturunkan al-Quran.
    Allah membuat perbandingan ini sebagai peringatan kepada orang kafir yang
    keras hati dan bersikap kasar.
    Allah juga mengingatkan orang yang tidak khusyuk membaca al-Quran.
    Sekiranya gunung mendengar ayat-ayat Allah nescaya akan hancur berkecai kerana takut kepada Allah.


    Daripada Anas bin Malik r.a  bahawa Rasulullah SAW bersabda :

    "Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri  daripada manusia." Kemudian Anas bertanya : "Siapakah mereka itu wahai Rasulullah.”
    Abdullah Bin Amr Bin Al Ash RA bahawa baginda Nabi SAW bersabda :
     “Di akhirat nanti para ahli Al Quran di perintahkan.” “Bacalah dan naiklah ke syurga. Dan bacalah Al Quran dengan tartil seperti engkau membacanya dengan tartil pada waktu di dunia. Tempat tinggal mu di syurga berdasarkan ayat paling akhir yang engkau baca."

    Kemuliaan al-Quran itu bukan hanya membolehkan seseorang pencinta al-Quran itu mendapat ganjaran yang hebat bahkan dapat membantu ahli keluarganya. Walaupun ibu dan bapanya telah tergolong sebagai ahli neraka, namun ahli al-Quran tetap boleh mensyafaatkan (menarik) mereka masuk ke syurga dengan sebab kemuliaan al-Quran. Ini seperti mana yang dijelaskan oleh Ali Bin Abi Thalib KW, Rasulullah SAW bersabda :

    "Barangsiapa membaca Al Quran dan menghafaznya, maka Allah akan memasukkannya kedalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk sepuluh anggota keluarganya di mana mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk neraka."

    Dari Abu Dzar ra berkata, Rasulullâh saw bersabda, “Sesungguhnya tidak ada yang lebih utama bagi kalian untuk kembali (mendekatkan diri) kepada Allâh
    melainkan dengan sesuatu yang keluar dari-Nya, yakni Al-Qur’an.” (HR. Hakim).

    Dari Abu Hurairah ra berkata, Rasulullâh saw bersabda, “Allâh Yang Maha Kuasa tidak pernah mendengarkan sesuatu dengan penuh perhatian sebagaimana Dia mendengarkan dengan penuh perhatian kepada suara lembut dan merdu dari seorag nabi ketika membaca al Qur’an.” (HR. Bukhari dan Muslim).

    Dari Fudhalah bin Ubaid ra meriwayatkan, Rasulullâh saw bersabda, “Allâh yang Maha Kuasa mendengar dengan penuh perhatian kepada suara pembaca al Qur’an lebih daripada seorang tuan yang mendengarkan hamba perempuannya menyanyi.” (Hr.Ibnu Majah, Ibnu Haban, dan Hakim).

    Dari Anas ra meriwayatkan, Rasulullâh saw bersabda, “Sesungguhnya bagi Allâh dari kalangan manusia ini, ada sebagian dari mereka sebagai ahli-Nya.” Para sahabat bertanya, “Siapakah mereka itu?” Rasulullâh saw menjawab, “Ahlul Qur’an (orang-orang al Qur’an), merekalah ahli-ahli Allâh dan orang-orang istimewa-Nya.” (HR. Hakim dan Ahmad).

    Dari Abu Dzar ra meriwayatkan, “Saya berkata, “Wahai Rasulullâh, berilah nasihat kepada saya! Rasulullâh saw bersabda, 'Hendaklah engkau bertakwa kepada Allâh swt kerana takwa adalah akar dari setiap urusan.' saya berkata lagi, 'Wahai Rasulullâh tambahkan lagi nasihat untuk saya!' Rasulullâh pun bersabda, 'Teruskanlah membaca al Qur’an kerana al Qur’an adalah nur untuk (kehidupan) kamu diatas muka bumi dan bekalan yang disimpan dilangit (untuk hari akhirat).'” (HR. Ibnu Hibban).

    Dari Umar ra berkata, Rasulullâh saw bersabda, “Allâh mengangkat darjat beberapa kaum melalui kitab ini (al Qur’an) dan dia merendahkan beberapa kaum lainnya melalui kitab ini juga.” (HR. Muslim).

    Dari abdulllah Ibnu Umar r.a meriwayatkan, “Sesungguhnya hati ini dapat berkarat sebagaimana berkaratnya besi bila terkena air.” Beliau ditanya, “Wahai Rasulullâh, bagaimana membersihkannya?” Rasulullâh saw bersabda, “Memperbanyak mengingat maut dan membaca al Qur’an.” (HR. Baihaqi).

    Dari Abu Hurairah ra berkata, Rasulullâh saw bersabda, “Tidaklah suatu kaum berkumpul disalah satu rumah-rumah Allâh, kemudian mereka membaca Al-Qur’an dan saling membacakannya satu sama lain, melainkan diturunkan sakinah ke atas mereka, rahmat meliputi mereka, para malaikat rahmat mengelilingi mereka, dan Allâh SWT menyebut-nyebut mereka di depan majlis malaikat.” (HR. Muslim dan Abu Dawud).

    Dari Abdullah bin Umar ra berkata, “Rasulullâh saw bersabda, “Pada hari kiamat kelak akan diseru kepada ahli al Qur’an, “Teruskanlah bacaan Qur’an mu dan teruskanlah menaiki surga tingkat demi tingkat dan bacalah dengan tartil seperti yang telah engkau baca di dunia, kerana sesungguhnya tempat terakhirmu adalah dimana engkau telah sampai pada ayat terakhir yang kamu baca.” (HR. Ahmad, Tirmidzi, Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah, dan Ibnu Hiban)

    Dari Jabir ra berkata, Rasulullâh saw bersabda, "Al-Qur’an adalah pemberi syafaat yang syafaatnya diterima dan sebagai penuntut yang tuntutannya dibenarkan. Barangsiapa menjadikan Al-Qur’an didepannya, maka ia akan membawanya ke Syurga dan barangsiapa meletakkannya dibelakang, ia akan mencampakkannya kedalam neraka." (HR. Ibnu Hibban
    dan Hakim).

    “Dari Abu Sa'id ra berkata, Rasulullâh saw bersabda, “Allâh berfirman 'Barang siapa yang disibukkan oleh al Qur’an hingga tidak ada waktu untuk berzikir
    kepada-Ku dan memohon kepada-Ku, maka Aku akan mengaruniakan kepadanya sesuatu yang lebih utama dari pada yang Aku berikan kepada orang-orang yang memohon kepada-Ku. Keutamaan kalam Allâh diatas seluruh perkataan adalah seumpama kemuliaan Allâh diatas seluruh makhluk-Nya.” (HR. Tirmidzi).

    Ali ra berkata, Rasulullâh saw bersabda, “Barangsiapa membaca al Qur’an dan menghafalnya, menganggap halal apa yang di halalkan di dalam al Qur’an, dan menganggap haram apa yang diharamkannya, maka Allâh SWT akan memasukkannya kedalam Syurga dan Allâh menjaminnya untuk memberi syafaat kepada sepuluh orang ahli keluarganya yang akan dicampakkan kedalam neraka.” (HR. Ahmad dan Tirmidzi).

    Rasulullâh saw bersabda, “Membaca al Qur’an didalam solat lebih utama dari pada di luar solat, membaca al Qur’an di luar solat lebih utama dari pada tasbih dan takbir, tasbih lebih utama dari pada sedekah, sedekah lebih utama dari pada puasa dan puasa adalah penghalang dari api neraka”. (HR. Baihaqi).

    Dari Abdullah bin Amr ra berkata, Rasululullâh saw bersabda, “Puasa dan Al-Qur’an akan meminta syafaat untuk seorang yang taat. Puasa akan memohon, “Ya Allâh, saya telah menghalanginya dari makan dan minum disiang hari, maka terimalah syafaatku ini untuknya”. Dan Al-Qur’an pun berkata, “Ya Allâh, Saya telah menghalanginya dari tidur pada malam hari, maka terimalah syafaatku ini untuknya”. Akhirnya kedua syafaat itu diterima.” (HR. Ahmad, Ibnu Abi Dunya, dan Thabrani).

    Dari sahabat Abu Umamah Al-Bahili radhiyallâhu ‘anhu: Saya mendengar Rasulullâh shalallâhu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Bacalah oleh kalian Al-Qur`an. Kerana ia (Al-Qur`an) akan datang pada Hari Kiamat kelak sebagai pemberi syafa’at bagi orang-orang yang rajin membacanya.” (HR. Muslim 804)

    Dari Sa'id bin Sulaim ra meriwayatkan, Rasulullâh saw bersabda, pada hari kiamat tidak ada pemberi syafaat dihadapan Allâh yang lebih utama daripada Al-Quran, bukan nabi, bukan malaikat, dan bukan pula yang lainnya.” (HR. Abdul Malik bin Habib).

    Dari Abu Dzar ra berkata, Rasulullâh saw bersabda, “Wahai Abu Dzar! Jika kamu pergi pada suatu pagi dan mempelajari satu ayat dari kitab Allâh (Al-Qur'an), maka lebih baik bagimu daripada mengerjakan shalat nafil seratus rakaat dan jika kamu mempelajari satu bab dari ilmu apakah dapat diamalkan atau tidak dapat diamalkan, maka lebih baikbagimu daripada mengerjakan seribu rakaat shalat nafil”. (Hr. Ibnu Majah).

    Dari Abu Hurairah ra berkata, Rasulullâh saw bersabda, “Barangsiapa membaca sepuluh ayat dalam satu malam, maka ia tidak akan dimasukkan kedalam golongan orang-orang yang lalai.” (HR. Hakim).

    Dari Abu Hurairah ra berkata, Rasulullâh saw bersabda, “Barangsiapa menjaga lima kali shalatnya, maka ia tidak akan dimasukkan kedalam golongan orang-orang lalai, dan barangsiapa membaca seratus ayat dalam satu malam, maka ia akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang taat.” (HR. Ibnu Khuzaimah).

    Dari Abu Sa’id Rafi’ Ibnul Mu’alla radhiyallâhu ‘anhu, beliau mengatakan: Rasulullâh shallallâhu ‘alaihi wa sallam berkata kepadaku, “Maukah kamu aku ajari sebuah surat paling agung dalam Al Quran sebelum kamu keluar dari masjid nanti?” Maka beliau pun berjalan sembari menggandeng tanganku.

    Tatkala kami sudah hampir keluar maka aku pun berkata; Wahai Rasulullah, Anda tadi telah bersabda, “Aku akan mengajarimu sebuah surat paling agung dalam Al Quran?” Maka beliau bersabda, “(surat itu adalah) Alhamdulillâhi Rabbil ‘âlamiin (surat Al Fatihah), itulah As Sab’ul Matsaani (tujuh ayat yang sering diulang-ulang dalam shalat) serta Al Qur'an Al ‘Azhim yang dikaruniakan kepadaku.” (HR. Bukhari)
    Sabda Rasulullâh saw, ”Sebaik-baik Al-Qur’an adalah surah al-Fatihah.
    (HR. Al Baihaqi)

    Hormatilah Al-Quran

    Pelbagai bentuk penghinaan terhadap Al-Quran, cuma bentuknya berlainan. Ia disebut oleh Allah swt :

    وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا


     Berkatalah Rasul: ""Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al Qur'an ini suatu yang tidak diacuhkan"".(Al-Furqan : 30)


    Imam Ibn Kathir di dalam tafsirnya (tafsir Al-‘Azim, 3/318)
    Satu lagi amaran yang disebut dalam sebuah hadis :

    الْقُرْآَنُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ وما حَلَّ مُصَدَّقٌ فَمَنْ جَعَلَهُ إِمَامَهُ قَادَهُ إلى الْجَنَّةِ وَمَنْ جَعَلَهُ خَلْفَهُ سَاقَهُ إلى النَّارِ
    Ertinya : Al-Quran itu memberi syafaat dan sesiapa yang menjadikannya di depannya ( sebagai panduan hidup, nescaya ia akan membawamu ke syurga, dan siapa yang meletakkannya di belakangnya, Al-Quran itu akan mengheretnya ke neraka) (Riwayat Ibn Hibban, 1/332 ; Syuaib : sanadnya sohih dengan syarat Muslim , Al-Qaradawi : Hasan)

    **Setiap "Perkataan" dalam Al-quran adalah "aayaat".

    Sebagai contoh dalam surah al-baqarah ayat 219,Allah SWT menjelaskan bahawa perkataan-perkataan seperti "al-khamr" (arak), "al-maisir" (judi), "nafaqa" (membelanjakan), dan "al-'afwa" (kelebihan dari perbelanjaan) adalah juga merupakan "aayat" (tanda-tanda). Maksudnya selain dari huruf , setiap patah perkataan dalam Al-Quran adalah juga "aayat". Oleh kerana Al-Quran mengandungi kira-kira 78,000 patah perkataan maka terdapat sekurang-kurangnya 78,000 "aayat" dalam kitab Al-Quran.

    Rasulullah s.a.w bersabda:
    “Sesungguhnya, Allah dengan kitab ini (al-Quran) meninggikan darjat suatu kaum dan menjatuhkan darjat kaum lain”.
    [HR Muslim]

    Sesungguhnya al-Qur’an itu kalamullah, ia wajib dihormati dan dimuliakan serta tidak terdedah kepada sebarang perkara yang boleh mendatangkan kehinaan. Menghina al-Qur’an bukan bukan hanya berdosa bahkan menjadikan seseorang Islam itu menjadi kafir, misalnya seorang Islam mencampakkan al-Qur’an ke tempat yang kotor.

    Antara cara menghormati al-Qur’an itu tidak boleh (bahkan haram) menyentuh, memegang atau memebawanya melainkan dalam keadaan suci yakni berwudhu. Haram menyentuh al-Qur’an tanpa wudhu berdasarkan dalil al-Qur’an :

    لا يمسه الا المطهرون

    (سورة الواقعة : 79)



    Tafsirnya : “ Tidak boleh menyentuhnya (al-Qur’an) kecuali orang-orang yang suci.”

    (Surah al-Waqi’ah : 79)

    Sementara dalil daripada hadis Rasulullah Shallallahu ‘aalihi wasallam pula ialah :

    لا يمس المصحف الا طاهر

    Maksudnya : “ Tidak boleh menyentuh al-Qur’an kecuali orang yang suci.”

    (Hadis riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

    Ketika hendak membaca al-Qur’an adalah sangat elok terlebih dahulu membersihkan mulut dan menghias diri.

    Al-Qur’an yang wajib disentuh dengan berwudhu itu ialah sama ada Mushhaf yang lengkap sepenuhnya atau hanya beberapa ayat yang ditulis di atas kertas, papan, besi, kain dan sebagainya.

    Oleh kerana cara menghormati al-Qur’an atau Mushhaf itu sangat penting diketahui, maka elok sangat kita perturunkan beberapa perkara yang menyentuh tentang cara menghormati dan memuliakan al-Qur’an (Mushhaf) itu. Ini kerana kalau orang Islam tidak faham atau kurang faham cara menghormati dan memuliakan al-Qur’an, bagaimanakah mungkin orang bukan Islam dapat berbuat demikian? Berikut ini dicatatkan sebahagian daripada cara menghormati dan memuliakan al-Qur’an itu :

    1. Tidak diletakkan Mushhaf pada tempat yang mudah terdedah kepada pencemaran, seperti terkena najis, kotoran, atau jika ditiup angin ia akan berselerak, bertaburan dan sebagainya.

    2. Tidak diletakkan sesuatu di atas Mushhaf, sama ada buku atau yang lainnya. Mushhaf mestilah berada di tempat yang lebih terhormat dan di atas segala buku.


    3. Ketika membaca Mushhaf, ia dipangku atau diletakkan di atas sesuatu di hadapan dan tidak meletakkannya secara langsung di atas lantai.

    4. Jika dituliskan ia pada sesuatu, jangan dihapus dengan memakai air liur, tetapi boleh memakai air bersih.

    Apabila dihapus dengan memakai air, hendaklah bekas larutan basuhannya itu tidak jatuh ke tempat yang bernajis, atau tempat yang selalu dipijak-pijak, kerana larutan basuhan itu juga perlu dihormati.

    5. Setiap hari elok memandang Mushhaf, paling sedikit sekali setiap hari.

    Abu Musa al-Asy’ari berkata : “ Aku merasa malu jika tidak memandang Kitab Tuhanku sekali dalam setiap hari….”

    Diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri Radhiallahu ‘anhu, katanya : “Rasulullah Shallallahu ‘aalihi wasallam bersabda :

    أعطوا أعيانكم حظها من العبادة، فقالوا : يا رسول الله وما حظها من العبادة؟ قال : النظر إلى المصحف والتفكر فيه والإعتبار عند عجائبه
    (رواه الحاكم والبيهقي)


    Maksudnya : “Kamu berikanlah bahagian ibadat untuk mata kamu.” Lalu sahabat bertanya : “ Wahai Rasulullah apa dia bahagian ibadat mata?” Baginda menjawab : “ (Bahagian ibadat mata) ialah memandang Mushhaf, memikirkan
    kandungannya dan mengambil I’tibar daripada keajaiban-keajaibannya.”
    (Hadis riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

    6. Mencantikkan tulisan Mushaf.

    7. Jangan menjadikan Mushaf sebagai bantal dan tempat bersandar, dan jangan melemparkannya kepada kawan apabila kawan itu hendak mengambilnya atau melakukan perbuatan-perbuatan seperti:
    *Membelakangi mushaf
    *Duduk di atas mushaf
    *Menunjukkan atau menghadap salah satu dari dua lubang iaitu qubul atau dubur
    *Memijak atau menendang mushaf atau ayat-ayatnya.

    8. Jangan dikecilkan ukuran Mushaf. Diriwayatkan bahawa Ali Radhiallahu ‘anhu pernah berkata: “Jangan engkau mengecilkan Mushaf.”

    9. Jangan mencampurkan-adukkannya dengan benda-benda lain yang bukan daripada Mushaf samada Mushaf itu sendiri atau ayat-ayat dari Mushaf.

    10. Jangan dihiasi dengan emas dan jangan ditulis dengan emas supaya tidak bercampur dengan perhiasan dunia.

    11. Apabila tulisannya dijadikan bahan mandian kerana berubat daripada penyakit yang sedang dideritai, ianya janganlah jatuh ke lantai kotor atau tempat yang bernajis, atau tempat pijak-pijakan, akan tetapi hendaklah jatuh ke tanah yang tidak menjadi pijakan orang ramai, atau ke lubang yang digali pada tempat yang bersih, sehinggalah kesemua airnya jatuh ke dalam lubang itu, kemudian barulah lubang itu ditutup, atau ke sungai yang akhirnya akan bercampur dengan air mandian itu, lalu ia mengalir bersama.

    12. Jangan menulis ayat pelindung yang dibawa masuk ke dalam tandas, kecuali ianya dimasukkan dalam kulit atau perak atau di dalam selain keduanya. Dengan meletakkannya begitu, maka ianya seperti berada di dalam dada.

    13. Apabila ianya ditulis, kemudian airnya diminum, hendaklah membaca basmalah setiap kali meneguknya dan hendaklah meluruskan niat, kerana Allah hanya akan memberi mengikut kadar niatnya.


    Beberapa Hukum Berkaitan Dengan Mushhaf Bagi Orang Yang Tidak Berwudhu

    Mengenai hukum orang yang berhadas dengan Mushhaf telah disebutkan oleh ulama seperti yang telah disebutkan sebelum ini. Di bawah ini disebutkan kagi sebahagian yang disebutkan oleh Syeikh al-Malibari dan as-Sayyid al-Bakri:

    i. Tidak haram membawa Mushhaf bersama barang lain sekiranya tujuan sebenarnya bukan membawa Mushhaf sahaja. Mengikut kitab Tuhfah, sekiranya maksudnya hanya:

    a) Membawa Mushhaf atau;
    b) Membawa Mushhaf bersama barang,atau;
    c) Membawa secara mutlak,

    Maka ketiga-tiga cara ini adalah haram, dan yang tidak haram hnyalah satu cara, iaitu jika niatnya hanya membawa barang.

    Ulama lain ada yang berpendapat bahawa cara yang diharamkan itu hanya satu, iaitu sekiranya niatnya membawa Mushhaf sahaja. Adapun sekiranya niatnya membawa bersama-samanya dengan barang atau membawa barang sahaja atau membawanya secara mutlak, adalah tidak haram.

    ii. Haram menyentuh kertasnya, sama ada di tepi atau di tengah, sama ada masih bersambung, sudah putus atau sudah hapus tulisannya.

    iii. Haram menyentuh sampulnya, sarungnya atau petinya, tetapi dengan syarat bahwa sampul, sarung dan petinya itu disediakan khas hanya untuk Mushhaf saja dan ketika itu Mushhaf memang ada di dalamnya. Jika tidak demikian, adalah halal membawanya.

    Tersebut dalam Tuhfah: “Zahir pendapat ulama, adalah tidak ada perbezaan di antara sampul, sarung dan peti yang memang disediakan khas untuk Mushhaf sahaja sama ada ukrannya sama dengan Mushhaf atau tidak, dan jika sekiranya pada kebiasaannya tempat itu memang tidak disediakan untuk Mushhaf.”

    Berkata al-Halabi dalam Hawasyi al-Manhaj: “ Adalah haram menyentuh almari yang disediakan untuk meletakkan Mushhaf, walaupun almari itu dalam ukuran yang sangat besar. Inilah pendapat al-‘Alqami dan ar-Ramli.”

    Dalam Tuhfah disebutkan juga bahawa yang sama kedudukannya dengan peti ini termasuklah kerusi (rehal) yang diletakkan Mushhaf di atasnya.

    Dalam al-Bujairami disebutkan: “Yang muktamadnya, bahawa adalah haram menyetuh semua kerusi (rehal) kecil itu, dan tidak haram menyentuh rehal besar, kecuali tempat Mushhaf.”

    Adapun kulit Mushhaf adalah haram menyentuhnya sekiranya masih bersambung dengannya. Demikian pendapat Ibnu Hajar dan ar-Ramli. Pendapat lain mengatakan, sama ada bersambung dengannya atau ianya sudah terpisah, adalah tetap haram menyentuhnya, tetai dengan syarat sekiranya kulitnya itu masih tetap dibangsakan kepada Mushhaf. Pendapat lain menyebutkan lagi bahawa sekiranya kulitnya diganti dengan yang baru, maka kulit lama itu tetap juga haram disentuh sekiranya kertas Mushhaf hilang atau terbakar, yang tinggal hanya kulit, maka kulit itu tidak haram menyentuhnya.

    (iv) Tidak haram membawa Mushaf bersama tafsirnya, iaitu sekiranya tafsirnya lebih banyak. Sekiranya sama banyaknya, tafsirnya sedikit atau diragukan mana lebih banyak, maka tidak boleh menyentuhnya.

    Yang menjadi panduan dalam ukuran banyak sedikitnya antaranya Mushhaf dan tafsir ialah tulisan ‘Utsmani dalam Mushhaf dan kaedah tulisan dalam tafsir. Jadi ketika membawanya yang diambil kira ialah jumlah al-Qur’an dan tafsir. Manakala dalam perkara menyentuh, yang diambil kira ialah tempat di mana dia meletakkan tangannya, jika pada lembaran itu tafsir lebih banyak, maka hukumnya boleh, tetapi jika ayay al-Qura’n lebih banyak, maka hukumnya haram.

    vi) Guru atau penjaga, tidak mengapa membiarkan kanak-kanak mumayyiz, walaupun dia berjunub membawa dan menyentuh Mushhaf kerana keperluan
    mempelajarinya, seperti membawanya ke sekolah dan membawanya ke tempat guru untuk mempelajarinya. Selain Mushhaf lengkap, termasuklah sepeti papan dan buku tulis yang mengandungi ayat-ayat al-Qur’an.

    Dibenarkan perkara ini adalah kerana ia akan membebani kanak-kanak itu supaya terus berwudhu, ini suatu perkara yang amat berat bagi mereka, kerana pada lazimnya masa mempelajari al-Qur’an itu memekan masa yang lama.

    Walaupun kanak-kanak berkenaan dibenarkan menyentuh dana membawa Mushhaf , mengikut fatwa Ibnu Hajar, adalah dimaafkan bagi guru kanak-kanak yang tidak berupaya terus menerus dalam keadaan suci (berwudhu) untuk menyentuh papan tulis yang ada padanya ayat-ayat al-Qura’n, kerana berwdhu itu mungkin susak dilakukan, akan tetapi hendaklah ia bertayammum kerana tayammum itu lebih mudah.

    vii) Haram ke atas penjaga atau guru membiarkan kanak-kanak yang belum mumayyiz dengan Mushhaf, walaupun setengah ayat kerana ditakuti ianya tercemar. (Al-Malibari, Fath al-Mu’ȋn: 10, dan as-Sayyid al-Bakri: I‘Ânah ath-Thâlibîn: 1/65-69)

    Kita huraikan perkara: Cara menghormati dan memuliakan al-Qur’an dan hukum menyentuj Mushhaf , bagi ornag berwudhu dan tidak berwudhu itu, supaya memberikan ingatan kepada orang-orang Islam tentang kepentingan al-Qur’an itu sendiri, akan tetapi ini tidak kena mengena dengan orang bukan Islam, bahkan kita tidak banyak mengharapkan orang bukan Islam akan menghormati dan memuliakan sebagaimana yang dikehendaki oleh syara’ lebih-lebih lagi di antara syarat-syarat wudhu itu hendaklah dia orang Islam, yakni tidak sah wudhu orang kafir. Ini beerti jika orang bukan Islam, walaupun dia berwudhu, namun wudhunya itu tidaklah sah.

    Di samping itu antara perkara-perkara yang diharamkan ke atas orang haidh pula ialah, selain menyentuh al-Qur’an ialah membacanya.

    Mengajar Atau Memperdengarkan Bacaan Al-Qur’an Kepada Orang Bukan Islam

    Persoalan yang ditimbulakan oleh ulama ialah mengenai orang bukan Islam sebelum membaca dan menyentuh al Qur’an. Adakah boleh diajar membaca atu didengarkan bacaan al Qur’an kepada mereka?

    Menurut al-Imam an-Nawawi dalam kitabnya at-Tibyân (halaman 137), bahawa tidaklah ditegah orang kafir mendengar al-Qura’n berdasarkan firman Allah:

    وَاَن اَحَد مِّنَ اُلمُشرِكِينَ اَستَجَارَكَ فَاَجِرهُ حَتَى يَسمَع كَلَمَ ألله

    (سورة التوبة : 6)


    Tafsirnya : “ Dan jika seseorang daripada kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar kalamullah.”

    (Surah at-Taubat :6)

    Ahli tafsir ada yang mentafsirkan ‘mendengar kalamullah’ itu, antaranya ialah supaya orang musyrikin mendengar keterangan-keterangan atau dalil kebenaran islam. Ada pula yang mentafsirkan kalamullah itu al-Qur’an dan membacakanya kepada orang mustrikin.

    Adapun mengajar al-Qur’an kepada orang kafir, berkata ulama-ulama asy-Syafi’e : “ Jika sekiranya tidak diharapkan dia masuk Islam, maka tidaklah harus diajarkan kepadanya. Akan tetapi jika diharapkan dia masuk Islam menurut wajh yang lebih ashah, haruslah diajarkan kepadanya.(At-Tibyan Li an-Nawawi 137)

    Ditanya kepada Ahmad bin Hanbal (mengenai mengajar al-Qur’an kepada kanak-kanak):

    هَل تَرَى لِلرَّجُلِ المُسلِمِ اَن يُعَلِّمَ غُلاَمَا مَجُوسِيًا مِنَ القُرآنِ ؟ قَالَ : إِن أَسلَمَ فَنَعَم وَإِلاَّ فأَكرخ أن يَضَعَ القُرآن فَى غَيرِ مَوضِعِه

    Ertinya : “ Apa pendapat tuan bagi seorang lelaki Muslim mengajar kanak-kanak Majusi sesuatu daripada al-Qur’an?” Jawapanya : “ Jika dia masuk ‘ya”, jika tidak, maka makruh meletakkan al-Qur’an bukan pada tempatnya.”

    (Al-Jami ‘ Li al-Khallal :1/120-121)


    Bagaimana Mahu Beradab dengan Al-Quran?

    Dari kitab At-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran oleh al-Imam an-Nawawi yang saya dapat senaraikan kepada 22 perkara, iaitu:
    Berniat ikhlas kerana Allah SWT.
    Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al-Quran.
    Membaca dalam keadaan berwuduk.
    Mengadap ke arah kiblat.
    Memulakan dengan at-Ta’awwuz.
    Membaca al-Quran dari Mushaf lebih utama dari membaca tanpa melihat. Walaupun begitu bagi yang ingin menghafaznya, diharuskan membaca dari hafazan tanpa melihat.
    Membaca dengan suara yang merdu dan kuat agar dapat dihayati oleh diri sendiri dan orang lain. Al-Imam al-Ghazali ada menyatakan, jika kita bimbang akan timbul riak iaitu ingin menunjuk-nunjuk, maka membaca secara perlahan itu lebih utama. Sebaliknya jika dapat menjaga daripada timbulnya penyakit berkenaan, maka digalakkan membaca dengan suara yang nyaring – Ihya’ Ulumiddin.
    Membaca dengan perhatian dan memahami ayat-ayat yang dibacakan.
    Membaca dengan tadabbur dan menangis. Antara adab-adab tadabbur itu ialah memperlahankan suara apabila sampai pada ayat yang menyentuh mengenai sifat Allah SWT menurut tafsiran orang kafir. Sebagai contoh orang Yahudi mengatakan Nabi Uzair anak Allah SWT seperti yang disebutkan Allah dalam surah at-Taubah ayat 30. Contoh yang lain ialah persepsi mereka bahawa Allah SWT tidak berkuasa mengurniakan rezeki kepada hamba-Nya seperti yang difirmankan dalam ayat 64 surah al-Maidah.
    Memuliakan al-Quran. Kita dilarang membaca al-Quran sambil ketawa ataupun sambil berbual melainkan mengenai sesuatu yang amat penting.
    Membaca ayat dan surah mengikut susunannya dalam tertib al-Quran, yang dulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan.
    Beramal dengan ajaran al-Quran itu.
    Sentiasa membaca al-Quran terutama pada waktu pagi kerana Nabi SAW mendoakan keberkatan waktu itu. Diriwayatkan dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca 10 ayat, maka dia tidak akan tergolong dari kalangan orang yang lalai.” – (2085, hadis sahih mengikut syarat Muslim)
    Berusaha menghafaz ayat al-Quran dan mengulang-ulang ayat itu supaya sentiasa mengingatinya.
    Meletakkan sasaran untuk mengkhatamkan al-Quran itu.
    Memanjatkan doa sebaik tamat membaca al-Quran kerana waktu itu adalah antara waktu mustajab doa.
    Dilarang membaca al-Quran di tempat yang tidak sewajarnya seperti di dalam tandas.
    Mengucup al-Quran kerana dikiaskan dengan mengucup Hajar al-Aswad kerana ia juga hadiah kepada Allah SWT.
    Mewangikan al-Quran sebagaimana meletakkan wangian pada Hajar al-Aswad.
    Meletakkan al-Quran di tempat yang tinggi.
    Berusaha untuk menghayati isi kandungan al-Quran hingga membawa ke peringkat menangis atau menitiskan air mata.
    Tidak memberi salam kepada seseorang yang sedang membaca al-Quran.

    Ramai yang mahir membaca Al-Quran, tapi berapa ramai yang memahami dan mengaplikasi adab-adab terhadap Al-Quran. Maka wajib bagi kita untuk beradab dengannya. Di sini dibahagikan kepada tiga bahagian adab membaca Al-Quran iaitu sebelum, semasa dan selepas.

    "....Dan bacalah Al Quran itu dengan tartil".
    [Al-Muzzammil : 4]

    1. Sebelum membaca Al-Quran- Berwudhu- Bersih dari segala kekotoran- Menutup aurat- Membawa Al-Quran dengan mendakapnya di dada

    2. Semasa membaca Al-Quran- Memulakan dengan lafaz a’uzubillah dan lafaz basmalah- Mengadab kiblat- Faham dan menghayati apa yang dibaca- Membaca dengan tartil atau tajwid yang betul.- Melahirkan keinsafan ke atas bacaan

    3. Selepas membaca Al-Quran- Mengucup dan mencium Al-Quran 3 kali- Menyimpan dan meletakkan Al-Quran di tempat yang tinggi dan bersih.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA