الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    SESUATU DARI MINDA YANG BELUM TENTU BETUL:TAMBAHKANLAH

    Kenapa kita sombong dengan Tuhan yang mencipta kita? Kenapa untuk solat, bersujud kepada Allah pun kita susah? Kenapa kita ego dengan Tuhan yang memberi kita kesenangan? Sanggup untuk melengah-lengahkan tanggungjawab kita sebagai Muslim. Ada yang sanggup melafazkan, nanti saja bertaubat. Adakah Allah pernah melengah-lengahkan pemberiannya kepada kita? Kenapa kita sanggup berbuat syirik kepada Tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Pengampun? Apa yang kita mahukan lagi dari dunia ini? Tidakkah pernah puas
    dengan pemberian Allah di dunia ini sehingga sanggup menidakkan kebesaran Allah dengan menduakannya? Ingat, terlaknatnya Iblis kerana kesombongannya. Sanggupkah mengikut jejak mereka?
    Hadis Qudsi Nabi s.a.w yang bermaksud : "Perkasa adalah kain sarung-Ku (Allah) dan sombong ialah pakaian-Ku, barangsiapa menandingi Aku daripada salah satu dari keduanya, nescaya Aku akan menyiksanya." (Hadis Riwayat Muslim)

    Sering kita dengar....malah mungkin kita sendiri yang memperdengarkan....samada di rumah saudara kita....sahabat kita....ibubapa kita...adik beradik kita....atau keluarga kita....
    Atau di mana saja.....

    "Sudah makan?"
    "Makan dulu ya?

    Tapi berapa ramaikah kita yang bertanya atau ditanya...
    "Sudah solat?"
    "Solat dulu"

    Berapa ramaikah di antara kita yang bertanya kepada suami atau isteri atau anak-anak ketika pulang ke rumah dari bekerja atau sekolah....
    "Sudahkah melakukan solatnya?"

    Berapa ramaikah yang menghantar pesanan teks kepada suami atau isteri atau anak-anak ke talipon bimbit bertanyakan....
    "Sudahkah solat?"

    Berapa ramaikah di antara kita apabila menghubungi atau dihubungi oleh anak-anak yang berada jauh dengan kita dengan bertanya....
    "Sudahkah melakukan solat?"

    Berapa ramaikah di antara kita yang bertanya anak-anak....
    "Sudahkah mengqada'kan solatnya yang terlepas dan puasanya yang tertinggal?"

    Berapa ramaikah di antara kita yang sanggup memerhati dan menunggu anaknya selesai solat?.

    Berapa ramaikah di antara kita yang menegur suami atau isteri yang melambat-lambatkan solat.?

    Berapa ramaikah di antara kita yang bimbangkan suami atau isteri atau anak-anak tidak membaca atau tidak tahu membaca al-quran?

    Berapa ramaikah di antara kita yang sanggup mengherdik suami atau isteri atau anak-anak atau bakal suami atau bakal isteri untuk melakukan solat?

    Berapa ramaikah di antara kita yang bertanya suami atau isteri atau anak-anak atau bakal suami atau bakal isteri berapa lembarkah ayat-ayat al-quran di baca.?

    Berapa ramaikah di antara kita yang bakal menjadi bapa dan ibu mertua sanggup bertanya bakal menantu tentang solat...hukum...al-quran dan kandungan termasuk menghafaznya?

    Berapa ramaikah di antara kita bertanya anak-anak kita yang sekolah rendah atau menengah tentang keputusan agamanya?

    Berapa ramaikah di antara kita yang bertanyakan anak-anak yang berada di peringkat pengajian tinggi kenapa tidak mengambil subjek agama dan bahasa
    arab?

    Berapa ramai di antara kita yang mahu belajar dan membawa ahli keluarga mempelajari bahasa al-quran walaupun sedikit?

    Malah ada waktunya samada kita dipaksa atau kita yang memaksa samada ahli keluarga kita...atau anak-anak kita....untuk makan dulu...yang akan dijadikan alasan adalah "kempunan".....

    Apakah kempunan?....dari mana ia datang?....adakah dalam al-quran?....pernahkah Nabi menyebutnya?...ini sekadar muhasabah....jika salah maka itu waksam....jika benar maka itu adalah kepunyaan Allah....kerana buruk sangka itu sebahagian kesombongan...dan kesombongan itu adalah syaitan....yang mengatakan Hebat tapi sebenarnya pengecut ketika mahu diambil nyawanya.....



    * kita tidak mahu rezeki kita Allah lambatkan..kalau boleh minta terus dapat...
    * kita selalu sebut "belum ada rezeki lagi"...padahal bila mata terbuka saja Allah sudahpun memberi rezeki kepada kita walaupun tidur sekalipun adalah rezeki.....

    Lalu pertanyaannya....
    * benarkah Allah melambat-lambatkan rezeki kita?
    .........sedangkan yang kita tidak mintapun Allah berikan

    * jadi kenapa kita pula yang melambat-lambatkan apa yang Allah perintah? 
    ........sedangkan ianya perintah tapi kita lambat-lambatkan malah ada yang langsung tidak mentaatinya.

    * jadi layakkah kita mengatakan Allah melambatkan rezeki yang kita minta
    * jadi layakkah kita mengatakan "belum ada rezeki lagi"?

    ***maka persoalan besar yang timbul....
    * siapakah sebenarnya yang memberi rezeki?....adakah makhluk juga?....
    * lalu setiap detik hidup kita Allah kurniakan rezeki, apakah balasan kita kepada Allah...

    Malah kita yang sering berbuat dosa dan maksiat Allah tetap memberikan rezekinya kepada kita kerana Kasih Sayang Nya kepada makhluk....jadi apakah balasan kita terhadap KASIH SAYANG ALLAH ITU?

    ayuh kita sama-sama bermuhasabah.


    Betapa pentingnya solat..dalam penting Allah mudahkan sehingga berjamaah pun Allah permudahkan agar yg wajib itu dapat ditunaikan.....
    Aisyah RA berkata:
    "Rasulullah s.a.w solat di rumah ketika sakit, baginda solat dengan duduk, sedangkan orang-orang yang berada di belakangnya (makmum) dengan berdiri. Maka Baginda memberi isyarat kepada mereka supaya duduk. Setelah selesai solat, Baginda bersabda: "Imam itu dijadikan untuk diikuti. Jika imam melakukan ruku' maka ruku'lah kamu semua, jika imam bangun (mengangkat kepala dan badannya), maka bangunlah kamu semua. Dan apabila dia solat dengan duduk, maka solatlah kamu dengan duduk (mengikut imam)"
    (Riwayat Bukhari)

    Senangkan?...padahal imam yg sakit....tapi makmum juga disuruh duduk..jadi apa lagi yang kita inginkan?



    Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda " Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain.Mereka telah mensia- siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".
    Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas" Iaitu orang yang melengah-lengahkan solat mereka sehingga sampai kepada waktu mereka neraka jahanam tempat kembalinya". Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w bersabda " Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)

    Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda " Iaitu mengakhirkan waktu
    sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain.Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".

    Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas" Iaitu orang yang melengah-lengahkansembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu mereka neraka jahanam tempat kembalinya". Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w bersabda " Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasukipintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA