الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
صالح الموري : سواتو ڤسانن
Saleh Al-Muri bercerita, bahawa dia pernah melihat seorang perempuan tua memakai baju kasar di Mihrab Daud Alaihissalam. Perempuan yang telah buta matanya itu sedang mengerjakan solat sambil menangis teresak-esak.
Setelah selesai solat dia mengangkat wajahnya ke langit dan berdoa:"Wahai Tuhan Engkaulah tempatku memohon dan Pelindungku dalam hidup.
Engkaulah penjamin dan pembimbingku dalam mati. Wahai Yang Maha Mengetahui perkara yang tersembunyi dan rahsia, serta setiap getaran batin tidak ada Rabb bagiku selain Engkau yang kuharap dapat terhindar bencana yang dahsyat."
Saleh Al-Muri memberi salam kepada perempuan tersebut dan bertanya:
"Wahai Ukhti! Apa yang menyebabkan hilangnya penglihatanmu?"
"Tangisku yang disebabkan sedihnya hatiku kerana terlalu banyak maksiatku kepadaNya, dan terlalu sedikitnya ingatan dan pengabdianku kepadaNya. Jika Dia mengampunkan aku dan menggantinya di akhirat nanti, adalah lebih baik dari kedua-dua mataku ini. Jika Dia tidak mengampunkan aku, buat apa mata di dunia tetapi akan dibakar di neraka nanti." Kata perempuan tua itu.
Saleh pun ikut menangis kerana terharu mendengar hujjah wanita yang mengharukan itu."Wahai Saleh! Sudikah kiranya engkau membacakan sesuatu dari ayat Al-Quran untukku. Kerana aku sudah sangat rindu kepadanya." Pinta perempuan itu.
Lalu Saleh membacakan ptotongan ayat dari surah Al-An'am ayat yang bermaksud:"Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang sepatutnya." (Al-An'am: 91)"Wahai Saleh, siapakah yang berkhidmat kepadaNya dengan sebenarnya?" Kata perempuan itu lalu menjerit kuat-kuat dengan jeritan yang boleh menggoncangkan hati orang yang mendengarnya. Dia jatuh ke bumi dan meninggal dunia ketika itu juga.
Pada suatu malam Saleh Al-Muri bermimpi berjumpa dengan perempuan tua itu dalam keadaan memakai baju yang sangat indah. Dalam mimpi tersebut Saleh bertanya: "Bagaimana keadaanmu sekarang?"Perempuan itu menjawab: "Alhamdulillah sangat baik, sebaik ketika rohku dicabut, aku didudukkan di hadapanNya dan berkata: "Selamat datang wahai orang yang meninggal akibat terlalu sedih kerana merasa sedikitnya khidmatnya kepadaKu."
Maka ketahuilah. . . . . . .
*Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakinbening dan jernih.
* Sapukan "lipstik berwirid" pada bibir anda, nescayaakan semakin manis dan ayu.* Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang dibuat dari rasa malu yang lahir dari keikhlasan Iman.
* Pakailah "sabun taubat dan istighfar" yang menghilangkansemua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
* Rawatlah rambut anda dengan "Tudung Islami" yangakan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yangmerbahayakan.
* Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu'dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.
* Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".* Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.