الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    WAHAI AKHAWAT : PELIHARALAH DIRI

    Allah berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 59 :

    يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗوَكَانَ اللَّـهُ غَفُورًا رَّحِيمًا
       
    “Hai nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka menutup badan mereka dengan jilbab (bertudung). Demikian itu adalah supaya mereka lebih mudah dikenali (sebagai orang yang beriman) agar mereka tidak diganggu lelaki yang jahat. sesugguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

    Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah r.a bahawa Asma’ binti
    Abu Bakar pernah masuk ke rumah nabi dengan berpakaian nipis, kemudian Nabi memalingkan mukanya sambil bersabda:

    “Hai Asma’! sesungguhnya perempuan apabila sudah baligh tidak patut menampakkan badannya kecuali ini dan ini (Rasulullah menunjukkan tapak tangan dan mukanya).”

    Islam mengajar ummatnya memelihara kesucian bukan sahaja kesucian hati (iman) tetapi juga cara ummatnya berpakaian sebagai pencegahan kepada gejala yang lebih buruk seperti rogol, zina, hamil tanpa nikah dan membunuh.

    Wanita Islam yang sudah baligh diwajibkan memelihara aurat mereka sebagaimana. yang di jelaskan Al-Quran dan  Al Hadis..

    i.   Pakaian tersebut hendaklah longgar dan tidak sempit atau ketat sehingga menampakkan bentuk badan atau susuk tubuh.
    ii.   Pakaian tersebut tidak nipis hingga menampakkan bayangan tubuh dari luar.
    iii.   Pakaian tersebut tidak menarik perhatian lelaki sama ada terbelah atau
    terdedah.
    iv.   Pakaian tersebut tidak menyerupai pakaian lelaki.
    v.   Pakaian tersebut tidak menyerupai pakaian wanita musyrik dan kafir.

    Sebagai pemimpin Islam sama ada ketua keluarga, ketua masyarakat apalagi ketua negara kita wajiblah membimbing wanita kita agar menjadi ahli syurga dan membiasakan remaja menutup aurat mereka sejak kecil kerana seksaan Allah janjikan kepada mereka yang mendedahkan aurat mereka adalah sangat berat.

    Ketika Israk dan Mikraj Rasulullah saw melihat kaum perempuan diazab dalam neraka dengan berbagai azab diantaranya perempuan yang digantung dengan rambutnya hingga mengelegak otak mereka. Rasulullah menerangkan:
    “Adapun perempuan yang digantung debngan rambut mereka itu adalah
    kerana
    dahulu (di dunia) mereka tidak menutup rambut mereka dari pandangan lelaki bukan muhrim.”

    Sabda Rasulullah saw lagi:
    “Sesungguhnya termasuk ahli neraka, perempuan-perempuan yang berpakaian tapi terlanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain membuat maksiat…mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.”

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA