الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
KEIMANAN : PELIHARALAH
Kita sering membicarakan hal iman. Kita juga sering menasihatkan ikhwah wal akhawat kita supaya sentiasa memelihara iman. Sesuatu perkara itu hanya
Apa itu iman?
Kita selalu menyebut atau mendefinisikan iman itu sebagai pengakuan dengan hati, ikrar dengan lisan dan melakukan amal dengan anggota tubuh badan. Ertinya iman yang benar memerlukan kepada ketiga-tiga unsur tersebut. Andai kurang salah satu unsur, maka pincanglah iman. Orang yang tidak menterjemahkan iman melalui amal adalah fasiq, dan yang tidak pernah menancapkan iman dalam hati digolong munafiq.
Malah dalam al-Quran turut memuatkan banyak ayat yang menunjukkan hal berkenaan. ketika ALLAH berbicara tentang iman, maka tak akan lepas dari turut menyebutkan tentang amal. Antaranya;
Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar. (surah al-Hujurat; 49:15)
Mengapa mereka tidak ragu-ragu dengan keimanan yang dipupuk dalam hati?
Kerana iman itu difahami isi kandungannya dan ditancap kukuh sehingga melahirkan rasa kepuasan yang menafikan sebarang bentuk keraguan - lalu menatijahkan kepada amalan sehingga sanggup mengorbankan harta dan jiwa pada jalan ALLAH.
Sesungguhnya banyak perkara yang boleh membatalkan Iman atau Syahadah. Rosak iman maka sia-sialah amalan kita. Untuk menjaga iman, wajiblah kita mengetahui serta menghindari perkara yang boleh merosakkan akidah. Antaranya:
Pertama. Mempersekutukan Allah (syirik). Meminta doa atau pertolongan dari orang yang telah mati atau bernazar dan menyembelih korban demi mereka adalah perbuatan syirik. Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang yang mempersekutukan Allah, nescaya Allah akan mengharamkan syurga baginya. Tempat tinggal mereka (kelak) adalah neraka dan tiada penolong bagi mereka yang zalim.”
Kedua. Menjadikan sesuatu sebagai perantaraan antara diri kita dengan Allah dengan meminta doa atau syafaat serta berserah diri (tawakkal) kepada benda
tersebut. Para ulama (ijma) sepakat mengatakan sapa yang melakukannya adalah kafir.
Ketiga. Tidak mengkafirkan orang musyrik (kafir) atau ragu dengan kekafiran mereka ataupun membenarkan fahaman mereka. Menganggap agama-agama lain sama seperti agama Islam. Firman Allah yang bermaksud:
“Barang siapa yang menghendaki selain dari Islam sebagai agama (cara hidup) maka tidak akan diterima agama darinya dan akhirat kelak dia tergolong dalam golongan yang rugi.”
Keempat. Tidak yakin bahawa tuntutan Nabi Muhammad saw dan hukum Islam (hudud) itu lebih sempurna. Mereka mengutamakan hukum ciptaan manusia dan meninggalkan hukum Allah. Antara contohnya ialah:
a. Berkeyakinan bahawa perundangan yang diciptakan manusia itu lebih sesuai dan adil dari hukum Allah untuk dunia moden ini. Berkeyakinan bahawa syariat Islamlah yang membuatkan orang Islam itu mundur.
b. Berpendapat bahawa melaksanakan hukum Allah seperti memotong tangan pencuri atau merotan penzina, merejam penzina (berkahwin) itu kejam dan tidak sesuai lagi.
c. Menghalalkan apa yang haram oleh Allah dan mengharamkan apa yang halal oleh Allah. Menghalalkan zina, arak, judi serta penggunaan perundangan lain selain syariat Allah. Ulama (ijma) bersepakat perbuatan itu kufar.
Kelima. Membenci sesuatu yang ditetapkan oleh Allah dan Rasulullah saw walaupun diamalkan. Firman Allah yang bermaksud:
“Demikian itu adalah kerana mereka membenci terhadap apa yang diturunkan oleh Allah, maka Allah menghapuskan segala amalan (pahala) mereka.
Keenam. Memperolok-olok terhadap sesuatu dari Allah dan ajaran Rasulullah saw atau terhadap pahala dan seksaan yang telah menjadi ketetapan agama. Firman Allah yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad) terhadap Allahkah dan ayat-ayatNya serta rasulNya kamu memperolok-olok? Tiada erti kamu meminta maaf, kerana kamu kafir setelah beriman.”
Ketujuh. Sihir, ilmu hitam atau ilmu guna-guna untuk kebencian dan kecintaan seseorang atau merosakkan hidua seseorang. Allah berfirman yang bermaksud:
“Sedang kedua malaikat itu tidak mengajarkan (sihir) kepada seseorang pun sebelum mengatakan, sesungguhnya kami hanya cubaan bagimu, sebab itu janganlah kamu kafir.”
Kelapan. Membantu orang kafir yang memusuhi kaum muslimin atau memilih orang kafir sebagai pemimpin. Firman Allah yang bermaksud:
“Barang siapa diantara kamu mengambil mereka (yahudi, nasrani atau kafir) menjadi pemimpin kamu makansesungguhnya dia tergolong dalam golongan mereka (kafir). Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang zalim.”
Kesembilan. Berpaling dari Islam keseluruhannya, tanpa mempelajari dan melaksanakannya. Firman Allah yang bermaksud:
“Tiada yang lebih zalim daripada orang yang mendapat peringatan melalui ayat-ayat Tuhannya kemudian ia berpaling darinya. Sesungguhnya kami akan menimpa balasan kepada orang yang berdosa.”