الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    SUATU RINTIHAN : MALU YANG SEMEMANGNYA SUDAH MALU

    Aku ingin bercerita walaupun aku telah mengadu kepada KHALIQ ku yang Maha Mendengar, Maha
    Melihat, Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha di atas segalanya. Semoga Dia mengasihi aku dan sentiasa menolongku dalam segala usaha kebaikan yang aku lakukan yang di lihatNya.

    Sesungguhnya demiNya aku beriman kepada KITAB.

    Iaitu kitab yang diwahyukan kepada Rasulku Muhammad s.a.w dan kemudiannya Baginda meninggalkannya kepadaku dan kepada semua ummatnya sebagai panduan dan pegangan. Terkandung di dalamnya segala keperluan hidup.
    Maka dengan itu :
    Al-quran itu jejak perjalanan kehidupan keimanan dan keinsanan.
    Al-quran itu jejak hukum Allah.
    Al-quran itu jejak Syifa' Allah.
    Al-quran itu jejak mengenal Allah, para Anbiya' dan diri sendiri.
    Al-quran itu segalanya yang di atas segala dalam kehidupan.
    Al-quran itu teman kita yang paling akrab.
    Al-quran itu Syafaat buat kita.
    Al-quran itu lembayung kita.
    Al-quran itu mahkota kita. Dan bermacam lagi yang semua orang tahu.
    Al-Berupa anugerah Allah kepada manusia yang datangnya bukan atas tulisan tetapi melalui wahyu yang di bawa dari Arasy bertempat di Luh Mahfuzh.

    Seringkali bahkan setiap hari aku menceritakannya samada lisan atau tulisan kepada orang yang terdekat denganku dan orang yang mengenaliku, Bercerita tentang:
    Kehebatannya,
    Kelebihannya,
    Hududullah di dalamnya,
    Kandungannya,
    Sirah di dalamnya, 
    Peringatan yang ada di dalamnya,
    Pengajaran yang terdapat di dalamnya,
    Tajwidnya,
    Hukumnya,
    Mahkrajnya,
    Sifatnya, dan
    Segala macam yang terkandung di dalamnya yang aku tahu yang aku faham dan yang aku pelajari.

    Aku mengimpikan agar ianya menjadi bacaan kesukaan.
    Aku menginginkan agar ianya sentiasa menjadi amalan dalam kehidupan dan menimbulkan kerinduan padanya.
    Aku menginginkan agar ianya sentiasa di muliakan kerana ianya sememangnya mulia.
    Aku menginginkan agar ianya sentiasa menjadi panduan dalam kehidupan.
    Aku menginginkan agar ianya diwarisi segala ilmu dan kandungannya.
    Aku menginginkan agar ianya sentiasa di atas segala keperluan.
    Dan segala macam lagi keinginanku.

    Kerana....
    Aku tidak tahu bila ianya akan kedengaran seperti bunyinya lebah yang berterbangan dan ketika itu satu dari 114 surahnya tidak ada lagi dan diikuti oleh yang lain, lalu yang tinggal hanyalah helaian kertas.
    Walaupun aku sedar, bila aku menceritakannya samada di khalayak umum atau melalui tulisan secara umum, tidak semua akan menerimanya. Di mana ianya dikembalikan kepada yang HAQ di mana ia bermula dan di mana ianya sepatutnya dikembalikan. Itu biasa bagiku. Kerana itulah dakwah kepada orang lain.

    Namun aku malu yang amat sangat. Malu kepada Allah yang mewahyukannya. Malu kepada Nabiku yang bersusah payah menyampaikan dan mengajarkannya. Malu kepada Para Malaikat yang telah lama membacanya terutama terhadap Jibril AS kerana bersusah payah membawanya ke bumi untuk disampaikan melalui wahyu. Malu kepada para pengumpul dan penulisnya yang bersusah payah dan berjuang agar ianya kekal sehingga sekarang. Malu kepada diri sendiri. Malu kepada orang lain.

    Aku gagal yang sebenar-benarnya gagal membawa orang yang terdekat denganku untuk mencintainya, menghayatinya, mengikutinya dan segala macam kebaikan yang ada padanya. Airmataku mengalir, jiwaku meronta, kecewa dan takut. Aku takutkan hati akan menjadi hitam dan kotor kerana menolaknya. Dan barulah aku tahu selama mana aku mentarbiyah, mengajak, menunjukkan, menceritakan, rupanya terdapat orang yang terdekat denganku tidak punya minat malah memenatkan mulut, bibir dan lidah ketika membacanya malah membelakangkannya, melangkahnya sehinga serendah-renda martabat . Ya Allah! bahawa sesungguhnya aku malu. Sesungguhnya aku takut. Sehingga mana bila pengakuan itu dibuat rupanya tidak seorangpun orang dekat denganku merasakan sepertimana yang aku rasakan. Kosong...seolah perkara biasa...sememangnya KOSONG...Jadi bagiku jika membacanya sudah cukup memenatkan bermakna solat itu juga memenatkan. Kerana membacanya hanya sekali sehari dengan beberapa lembar muka surat dengan hanya duduk tetapi solat lima kali sehari dengan 17 rakaat dengan perbuatan dan bacaan.

    Aku tidak pernah berjanji untuk membawa mereka menjadi ahli neraka. Malah aku berjanji akan cuba sedaya upaya kemampuanku untuk membawa mereka menghindarinya. Itulah yang aku cuba lakukan tanpa disedari. Ya Allah! Bantulah hamba.

    Kerana sayanglah aku sering mentarbiyah, mantazkiyah, mengajak, menasihati, menegur, membawa dengan segala macam cara untuk kebaikan diri sendiri di waktu ini dan akan datang. Sememangnya benar dosa itu adalah di bawah tanggungan diri sendiri tanpa urusan orang lain. Tapi tanggungjawab yang diamanahkan
    kepada ku akan dipersoalkan di sana kelak tanpa kompromi, tanpa bantuan, tanpa pengaduan walau sebanyak mana alasan sekalipun ianya tetap dipertanggungjawabkan. Siapakah yang akan membantuku?.

    Maka kerana kasih sayanglah aku berjuang demi menjauhkan diri sambil mengajak mencuba lari sejauhnya dari azab yang bermula di dunia, barzakh dan di sana kelak. Maka itu juga aku akui bahawa aku imam yang gagal, aku imam yang tidak berguna langsung malah aku adalah imam yang tidak dapat mengajak kepada kebaikan iaitu amar ma'ruf dan nahi munkar. 
    Adakah kerana zaman?. Adakah kerana kemajuan?. Adakah kerana Sikap dan Sifat?
    Cuma aku masih mempunyai senjata yang amat ampuh yang Allah anugerahkan buat makhluknya, iaitulah doa. Mudah-mudahan senjata ini akan terus ampuh dan dapat diterima Allah supaya di suatu ketika nanti tidak akan ada penyesalan dalam perjalanan hidup di dunia yang cuma pinjaman malah apapun yang ada pada diri zahir dan batin atau yang kelihatan atau zat adalah Haq Allah. Kerana aku tidak menjanjikan diriku selepas daripada ini aku masih punya peluang untuk hidup dan menyeru kepada mencintai Al-quran. Kerana Al-quran itu adalah untuk manusia dan manusia itu adalah kita. Maka kalau bukan kita yang mengagungkannya siapakah lagi yang sepatutnya?
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA