الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
TAZKIYATUNNAFS : LEMAH
Sabda Rasulullah s.a.w :
"Orang yang lemah (bodoh) ialah sesiapa yang mengikut hawa nafsu dan bercita-cita atas Allah dengan berangan-angan."
(riwayat at-Tirmidzi)
Abu Hazim, Salamah bin Dinar pernah ditanya oleh Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik beberapa persoalan. Antaranya, "Siapakah yang paling bodoh dalam kalangan manusia?" Jawabnya, "Lelaki yang mengikut hawa nafsu sahabatnya sedangkan sahabatnya zalim. Maka beliau menjual akhiratnya dengan dunia yang lainnya."
Pujangga berkata, "Orang yang bodoh adalah orang yang memerlukan orang untuk mencelanya, orang yang fakir adalah yang menganggap sedikit terhadap sesuatu yang banyak dan orang yang buta adalah orang yang tidak boleh melihat cela dirinya."
Masruq berkata, "Cukuplah seseorang menjadi bodoh, yang sombong dengan amalnya."
Pujangga pula berkata, "Tanda kebodohan itu ialah membuang waktu,
menangguhkan taubat, bergantung kepada oranglain, derhaka kepada ibu bapa dan menyebarkan rahsia oranglain."
Pujangga berkata, "Terlalu banyak bergaul adalah kebodohan, percaya kepada sesiapa sahaja adalah kebodohan dan meminta tolong kepada mereka pula adalah kesialan."
Ahli Hikmah berkata, terdapat enam perkara yang menunjukkan kebodohan :-
1- Marah yang bukan pada tempatnya. Seperti marah pada seseorang, binatang atau lain-lainnya
2- Bicara yang tidak berguna. Seharusnya seseorang yang berakal tidak berkata kecuali jika penting dan berguna
3- Pemberian yang tidak pada tempatnya seperti boros harta atau memberi kepada orang yang tidak akan berguna baginya.
4- Membuka rahsia kepada oranglain
5- Percaya kepada semua orang
6- Tidak membezakan kawan dengan lawan. Oleh itu, haruslah mengetahui siapa musuh dan siapa kawan. Kawan untuk ditaati, musuh untuk diawasi. Musuh utama yang benar-benar harus dijauhi ialah syaitan.