الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    ILMU + EHSAN = TAQWA

    Penghulu kepada ketaqwaan dan kepada orang berbuat ehsan ialah Nabi Muhammad ﷺ.

    Mencari ilmu dan menghayatinya, hati akan tersinari dengan ilmu, akal akan terpandu dengan ilmu, dan bilamana hati dan akal terpandu dengan ilmu,
    tentunya kita akan berjalan di belakang Nabi Muhammad ﷺ, yang membawa ilmu dan cahaya ilmu.

    Tanda seseorang yang mendapat sinaran daripada ilmu ialah semangatnya dan kecenderungannya untuk lebih memperbanyak dan mengabdikan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

    Ini dapat dibuktikan bahwasanya dengan tidak membiarakan ilmu itu hanya yg tertulis dan ada dalam kitab sahaja – tidak boleh kita membiarkan seperti itu. Melainkan apa yang kita dapat melalui ilmu yang tertulis ini tercermin melalui perbuatan kita, perkataan kita dan juga akal fikiran kita yang mana dengan demikian akan nampak kesan ilmu yang kita dapat.

    Dan daripada kesan ilmu yang kita dapat, kalau kita hayati dan kita amalkan, kita akan di beri tambahan ilmu yang lain oleh Allah SWT yang dinamakan ilmu ‘dzaur’ – ilmu yang kita boleh rasa khasiatnya, seperti yang dikatakan oleh Al Imam Al-Shakarwarni, “Ilmu yang kita dapat, bilamana diamalkan, Allah akan berikan kita ilmu untuk kita merasakan ilmu tersebut yang dinamakan ilmu
    Dzaur**.”

    Ilmu Dzaur** yang dimaksudkan adalah bilamana kita mengamalkan ilmu yang kita dapat, akan diberi ilmu yang kita rasa, yakni dapat mengesan perkara yang kita tidak nampak.

    Maka, bilamana kita mengkaji dan menghayati keadaan-keadaaan yang dilalui pada zaman Rasulullah ﷺ, kita akan dapat mengimpementasikan apa yang berlaku di zaman itu dalam kehidupan kita zaman sekarang.

    Salah satu contoh ialah keadaan yang dialami Rasulullah ﷺ ketika peristiwa Israk wa Mikraj, yang mana keadaan itu berlaku kepada Rasulullah ﷺ, akan tetapi rahsia pengajaran daripada peristiwa itu adalah berterusan sehingga hari
    ini kita pun dapat mengambilnya sehingga kita dapat berhubung langsung dengan Rasulullah ﷺ melalui peristiwa itu.

    Apa yang disaksikan Rasulullah ﷺ melalui gambaran-gambaran daripada peristiwa itu mencerminkan keadaan yang dilalui pelbagai manusia yang mana kita mesti ambil iktibar dan pengajaran daripada apa yang disaksikan oleh Nabi ﷺ.

    Orang yang mengambil pengajaran daripada peristiwa itu akan bermujahadah, yakni melatih, memaksa, berusaha untuk beramal sehingga dengan mujahadah itu dia akan di angkat di sisi Allah dalam golongan orang-orang yang berbuat ehsan ataupun seorang yang ‘muhsin’.

    Dalam Al-Quran nul Kareem - Allah SWT berfirman menjanjikan kepada orang yang bermujahadah untuk diberikan hidayah oleh Allah SWT. Allah berfirman
    yang bermaksud:

    “Dan orang-orang yang bermujahadah di jalan Aku, Kami(Allah) kami pasti akan memberi hidayah kepada orang itu dan Allah akan bersama orang-orang yang berbuat ehsan.”











    اللهم أمين






    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA