Hukum berpuasa tetapi mengabaikan solat : Syeikh Ibnu Uthaymeen
* Soalan: Syeikh, apakah hukum berpuasa tetapi meninggalkan solat?
Jawapan:
Orang yang tidak melakukan solat, puasanya tidak terima, kerana mereka yang
tidak mendirikan solat adalah murtad kafir,
Firman Allah:
"Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seugama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui."
(Surah At-Taubah : 11)
Sabda Nabi saw:
"perjanjian antara kita dan mereka adalah solat, barangsiapa meninggalkannya maka sesungguhnha dia telah menjadi kafir (159)"
Dan sabda Nabi saw lagi:
"Di antara seorang lelaki dan syirik dan kufur adalah meninggalkan solat" (160), dan kerana ini pandangan am para sahabat dan sebulat suara daripada mereka.
Berkata Abdullah bin Syaqiq:
Ini adalah merupakan pendapa para ulama Tabi'in yang masyhur bahawa para sahabat Nabi saw bahawa mereka tidak memandang sesuatu menjadi Kafir selain daripada meninggalkan solat. Oleh itu, jika seorang berpuasa dan dia tidak melakukan solat, maka puasanya tidak boleh diterima dan tidak memberi manfaat kepadanya pada hari kiamat, dan kami katakan kepadanya: Dirikan solat kemudian berpuasa, berpuasa tetapi tidak mendirikan solat maka puasa akan menjadi sia-sia, kerana Allah tidak menerima ibadah orang-orang kafir.
---------------
Allah telah petunjuk kepada kita semua.