Imam An Nawawi seorang mujtahid fatwa dalam Mazhab Syafie menerangkan dalam kitab Syarah Muslim Juzu' V, halaman 181 ertinya :
Seorang
 yang meninggalkan solat fardhu, wajib diqadha'. Sekiranya ditinggalkan 
kerana uzur yang memaksa maka qadha' boleh dilambatkan tetapi sunat 
menyegerakan. Sekiranya ketinggalan itu tanpa uzur contohnya 
disengajakan, maka wajib diqadha' segera.
Membayar solat yang 
banyak tertinggal harus dibayar mengikut tertib cara ditinggalkannya. 
Yang dahulu hendaklah didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. 
Tertib ini hukumnya sunat.Jika yang ditinggal itu solat sunat ^rawatib 
iaitu solat sunta biasa yang dikerjakan sebelum dan sesusah solat, harus
 juga diqadha'. Tetapi solat sunat yang dikerjakan kerana sebab khusus 
seperti solat khusuf matahari (gerhana matahari), solat khusuf bulan 
(gerhana bulan),  solat sunat istisqa' (solat sunat meminta hujan) maka 
tidaklah  disyari'atkan mengqadha'nya, jika sudah terlepas dari 
waktunya.
Dalil
Hadith :
Dari
 Abu Hurairah radiyaLLahu 'anhu bahawasanya Nabi Muhammad sallaLLahu 
'alaihi wasallam ketika kembali dari Peperangan Khaibar, beliau berjalan
 malam hari, sampai beliau mengantuk dan lalu berhenti untuk tidur.
Nabi
 memerintahkan kepada sahabat beliau bernama Bilal supaya berjaga-jaga 
jangan tidur, dihuatirkan jangan tertidur semuanya. Nabi terus tidur dan
 Bilal terus sembahyang pada malamitu.
Tetapi setelah dekat 
fajar, Bilal pun mengantuk tidak tahan matanya dan bersandar pada 
kenderaannya dan lalu tertidur dengan nyenyak.
Maka RasuluLlah 
dan sahabat-sahabat, begitu juga Bilal yang disuruh berjaga-jaga 
dibangunkan oleh matahari yang sudah tingg, dan waktu subuh luput. 
Rasulullah 
sallaLLahu 'alaihi wasallam mula-mula terbangun dan beliau 
sangat susah, lalu bersabda kepada Bilal : Wahai Bilal bagaimana ni?
Bilal
 menjawab : Saya juga tertidur ya RasuluLLah, saya tidak kuat menahan 
mata saya. Lalu RasuluLLah memerintahkan supaya seluruh sahabatnya 
berangkat, naik unta semuanya.
Tidak jauh dari tempat itu, beliau
 berhenti lagi dan langsung berwudhuk memerintahkan kepada Bilal supaya 
qamat. Maka Nabi sembahyang subuh bersama-sama mereka, mengqadha' 
sembahyang yang luput.
Setelah selesai mengqadha' sembahyang, 
Nabi bersabda : Barangsiapa kelupaan sembahyang, maka hendaklah ia bayar
 (qadha') sembahyang itu bila dia teringat, kerana ALLah berfirman; 
"Tegakkanlah sembahyang untuk mengingatiKu." (Hadith riwayat Muslim dan 
lain-lain - Lihat syarh Muslim juzu' V halaman 18-184)
Di dalam Sahih Muslim :
Hadith RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam yang bererti :
Ketahuilah
 bahawasanya dalam keadaan tertidur tidak ada sia-sia; yang sia-sia 
(yang akan mendapat hukuman) adalah orang yang tidak mengerjakan solat 
sehingga sampai waktu solat yang lain. Maka barangsiapa yang memperbuat 
demikian hendaklah ia bayar ketika ia ingat akan solat itu."
 (Hadith riwayat Muslim)
Hadith Riwayat Muslim
RasuluLlah bersabda yang bererti :
Barangsiapa
 yang lupa solat atau tertidur, maka ia harus menggantikannya apabila ia
 teringat. Tiada kaffarah bagi mereka selain itu." 
(Hadith Riwayat Muslim, Syarah Juzu' V halaman 193)
Dari Jabir bin 'AbdiLLah beliau berkata : 
Bahawasanya
 Saidina Umar radiyaLlahu 'anhu datang kepada RasuluLlah sallaLlahu 
'alaihi wasallam pada ketika Peperangan Khandaq, sesudah 
terbenam 
matahari. Saidina Umar ketika itu memaki-maki kafir Quraisy dan berkata 
kepada RasuluLlah: Wahai RasuluLlah, saya hampir tidak solat 'asar 
sampai matahari terbenam, maka Nabi menjawab : Demi ALlah, saya juga 
belum solat 'Asar.
 
Berkata Jabir : "Maka kami semuanya berangkat 
ke Buthan maka berwudhuklah Nabi dan kami berwudhuk pula, lalu Nabi 
solat 'Asar sesudah terbenam matahari dan sesudah itu baru Nabi solat 
Maghrib
 (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadith ini diletakkan oleh Imam Bukhari dalam kitabnya pada 3 tempat dengan judul yang berlainan iaitu :
1. Bab menyatakan solat Jemaah sesudah habis waktu (Fathul Bari, juzu' II halaman 208)
2. Bab mengqadha' solat (Fathul Bari juzu' II halaman 212)
3. Bab Perang Khandaq (Fathul Bari, juzu' VIII halaman 409).