الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    حب الله

    Bercinta dengan Allah bukanlah sepayah bercinta dengan makhluk. Malah Allah SWT memerintahkan semua makhluk manusia mencintaiNya dan mencintai RasulNya lebih dari segala-galanya dalam hidup ini. Orang yang tidak berbuat demikian dikira tidak beriman.  Al-Quran dengan jelas menerangkan sesiapa yang cintakan Allah hendaklah mengikut semua ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAWT.

    Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmidhi menjelaskan apabila Allah SWt itu cinta kepada hamba-hambanya, Ia akan menguji hamba-hambaNya itu. Ini bermakna seseorang yang bercinta dengan Allah hendaklah mematuhi segala titah perintahnya dan menjauhi segala larangannya yang diturunkan kepada rasulNya. Ia juga harus tabah menghadapi ujian Allah samada berbentuk ujian nikmat mahupun ujian berbentuk kesusahan dan pemderitaan.

    Ia juga mesti tidak takut kepada seseorang dalam memperkatakan kebenaran kecuali kepada Allah  semata-mata. Dalam sebuah hadis riwayat Al-Bukhari menjelaskan seseorang yang bercinta dengan Allah hendaklah melaksanakan segala yang difardukan oleh Allah. Ia akan semakin hampir dan dekat dengan Allah apabila ia melaksanakan segala ibadat sunat.

    Di kala itu Allah SWT akan mengawasi pendengarannya dari mendengar sesuatu yang haram,  memelihara penglihatannya dari melihat sesuatu yang haram dan tangannya dari memegang sesuatu yang bukan miliknya dan haram pula. Allah SWT akan memperkenankan segala permintaannya dan akan memberi pertolongan kepadanya.

    Kesimpulannya bercinta dengan Allah ialah kewajipan semua makhluk dan ia dilakukan dengan cara melakukan segala perkara yang diredai oleh Allah baik yang fardu mahupun yang sunat sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah SAW di samping  meredai qadak dan qadarNya.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA