الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    Tentera Allah


    LALAT

    Sebuah cerita yang diterima dari Hussain yang didengarnya dari Abdullah, dari Suaid bin Sa’id, dari Abu Al-Muhayyah, beliau berkata : “seorang lelaki telah bercerita kepadaku :“Kami ada satu rombongan pergi mengembara, di antara kami ada seorang yang memaki Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Kami sudah menghalangnya tetapi dia tidak menghentikan perbuatannya.
    “Di tengah perjalanan kami berhenti kerana terasa terlalu penat. Ada di antara kami yang memanfaatkan masa untuk berehat, minum air dsb. Kawan kami yang memaki Saidina Abu Bakar As-Siddiq tadi pergi agak jauh mungkin pergi membuang air besar”.
    “Tiba-tiba kami dikejutkan dengan teriakannya yang kuat meminta tolong. Kami fikir dia digigit ular atau disengat lebah. Kami berkejar ke arahnya. Rupanya dia diserang oleh segerombolan lalat yang ganas seperti bangkai yang dikerumuni lalat.”
    “Kami sedaya upaya menolongnya tetapi sengatan lalat itu lebih bisa drp sengatan lebah. Kami terpaksa lari dari tempat itu. Setelah lalat itu pergi meninggalkan kawan kami itu, kami dapati anggota tubuhnya ada yang terputus”.
    Ini adalah balasan daripada Allah terhadap orang yang memaki sahabat.

    IKAN

    Seorang nelayan bersusah payah mengail ikan bagi makanan seisi keluarga. Ketika dia mendapat seekor ikan yang masih mengelapar di mata kail, tiba-tiba datang orang lain merampasnya. Setelah puas berusaha tetapi si perampas tetap tidak mengembalikan ikan tersebut. Akhirnya beliau menadah tangan berdoa mengadu kepada Yang Maha Esa yang berbunyi:

    “Ya Allah, mengapa Engkau ciptakan aku sebagai orang yang lemah dan Engkau ciptakan orang lain lebih kuat dan gagah sehingga dia sesuka hatinya merampas hak milikku ? Maka ciptakanlah Ya Allah makhluk yang lebih kuat dari dia. Kalahkan dia agar menjadi iktibar bagi”

    Keluahan dan doa tadi tidak menakutkan perampas tadi malah dia terus membawanya pulang ke rumah dan dimasak mengikut citarasanya. Ketika beliau mencubit isi ikan, tiba-tiba dia tercucuk duri ikan tersebut. Tangan yang tersusuk duri itu semakin sehari semakin parah dan tidak sembuh-sembuh walaupun telah banyak berikhtiar. Akhirnya beliau berputus asa.

    Pada satu malam beliau bermimpi seolah-olah mendengar kata-kata pemancing ikan. “Kembalikan ikan itu kepada pemiliknya ! kembalikan ! Itu bukan hakmu....!

    Dia lantas terbangun dan menyedari kesalahan dirinya. Dia telah merampas ikan tersebut daripada seorang pemancing tempohari. Dia mesti mengembalikannya semula dan memahon kemaafan daripadanya.

    Setelah penat berusaha, akhirnya beliau berjumpa juga dengan pemancing tersebut. Lantas dia menyerahkan wang10,000 dirham sebagai gantirugi dan barulah hatinya lega.

    Dengan kehendak Allah luka di tangannya beransur pulih dan semua penderitaannya selama pun berakhir.



    NYAMUK

    Raja Namrud mempunyai tentera sebanyak 700,000 penunggang kuda dengan senjata yang lengkap. Dia dengan megah dan sombongnya berkata kepada nabi Ibrahim : “Hai Ibrahim, jika tuhanmu mempunyai malaikat, kirimlah kepadaku untuk berperang denganku. Jika sanggup (kuat) rampaslah kerajaanku ini”

    Nabi Ibrahim pun bermunajat kepada Allah dan berkata : “Ya Illahi, sesungguhnya Namrud dan tenteranya menunggu kedatangan tenteramu, maka kirimlah kepada mereka selemah-lemah makhlukmu iaitu nyamuk”

    Ketika tentera Namrud berkumpul di padang yang luas, Allah memerintahkan nyamuk keluar dari lautan. Maka keluarlah nyamuk hingga menutupi permukaan bumi dan langit. Kemudian nyamuk berkata : “Wahai Tuhan kami, apakah yang harus kami laksanakan ?” Allah SWT berfirman : “Aku telah menjadikan rezeki kamu semua pada hari ini berbentuk daging tentera Namruz”

    Allah telah memberi kekuatan kepada nyamuk, lalu ia menyerang dan menghisap darah-darah mereka. Allah memerintahkan menunda penyiksaan ke atas Namruz supaya ia dapat melihat kemusnahan tenteranya oleh tentera Allah. Maka nyamuk-nyamuk itu membiarkan Namruz sehingga ia dapat pulang ke istananya.

    Nabi Ibrahim AS merasa hairan dan takjub melihat peristiwa tersebut. Kemudian Allah berfirman : “Wahai Ibrahim, demi kemuliaan dan keagunganKu, sekiranya engkau tidak meminta kepadaKu mengutus tentera nyamuk, tentu Aku akan mengirim yang lebih halus daripada nyamuk, jika 1000 jumlahnya berkumpul menjadi satu, tidak mencapai sebesar nyamuk, tentu aku musnahkan juga mereka itu dengannya”

    Kemudian Allah memerintahkan seekor nyamuk untuk menyiksa Namruz. Nyamuk tersebut telah mengelilingi sepohon pokok selama 3 hari dan setelah itu diapun masuk ke dalam kepada Namruz melalui hidungnya lalu memakan otaknya selama 40 hari. Akhirnya Namruzpun mati kerana seekor nyamuk, 


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA