DOA KETIKA TERBIT MENTARI
Berkata Al - Imam AnNawawi di dalam Al - Azkar:
Kami meriwayatkan di dlm kitab Ibni Sunni, dari Abdullah bin Masud r.a secara mauquf bahawa dia memerintahkan seseorang untuk menunggu terbitnya matahari. Ketika orang tersebut memberi tahu kepadanya bahawa matahari telah terbit dia mengucapkan:
الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي وَهَبَ لَنَا هَذَا اليَوْمَ وأقالَنا فِيهِ من عَثَرَاتِنَا.
- انتهى.
"Segala Puji Bagi Allah yang telah menganugerahkan kepada kami hari ini dan membebaskan kami dari kesalahan-kesalahan kami"