you know that God commands you to pray? he says: surely the middle prayer and those who bow down}
- Did you know that prayer and commandment of the Prophet peace be upon him when he came out of the world? The Messenger of Allah, peace be upon him a last throes: (prayer, prayer. and proprietary.)
- Did you know that prayer is the key to all good? ... Ibn al-Qayyim nuts God's mercy: (prayer: brings livelihood. Portfolio of health. Driving force for harm, expelling the ills, tonic for the heart, bleached face, joyful for the same, gold for laziness, a stimulant to predators, lying powers, explaining the chest, nourishing for the soul, illuminating for the heart, for the grace of the portfolio, driving a curse, bringing the pool, away from the devil, close to Rahman.)
- Did you know that Almighty God who does not pray to be healed? The Messenger of Allah ... may Allah bless him: (do not stop praying deliberate, it was not praying deliberate acquitted him edema Allah and His Messenger) does not have any era nor safety.
- Did you know that the Prophet peace be upon him describe infidels who do not pray? The Messenger of Allah peace be upon him: (Between a man and disbelief leave the prayer)
- Did you know that who does not pray is not married and held a Muslim woman worshipers void
- Did you know that you do not pray if Matt does not buried in Muslim cemeteries
- Do you know how tortured who does not pray at his grave? The Messenger of Allah peace be upon him: (We came to a man lying down, and if another based upon a rock, and if it is airing the rock to the head Vithelg head - any Icdechh - Vidhdh stone - any roll - so they get it back to him until his head as it was, and then return it Let the tags as you did the first time, I said: Hallelujah! Mahman? said Jibreel (He is the man slept prayer written )
- Did you know that the first charge upon him? The Messenger of Allah peace be upon him: (the first to be held accountable by Day of Resurrection for prayer, Pray, Magistrate's other work, and spoiled, spoiled the rest of the work)
- Did you know that who does not pray cornered the Day of Resurrection with Pharaoh? The Messenger of Allah peace be upon him: (from maintained - that prayer - were his light and proof of the Day of Judgment, and did not keep it did not have light nor proof, nor escape, and it was the Day of Resurrection with Qarun and Pharaoh and Haman and Abi Bin Khalaf)
- Did you know that who does not pray with criminals in hell? he says: Every soul * hostage, but those on the right in the Gardens * wondering * criminals * What hath talkers * They did not nick of worshipers
and after all this .. Why do not you pray
while you are free to choose either Rahman or by way of the devil.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Aku bukan orang jahat. Aku tidak ada merompak atau bunuh orang. Aku tidak ada sebar fitnah buruk tentang orang lain. Aku tidak ada minum arak. Aku macam muslim biasa. Berpakaian mengikut kebanyakan orang. Tetapi kenapa tiba waktu solat, aku malas sangat nak dirikan solat? Malas sangat. Kadang-kadang tu ada la juga satu waktu dalam sehari, bila time iman naik sikit kan. Sikit aja la. Itu pun acuh tak acuh, macam juga tidak solat pun ya juga rasanya. Sebab tak rasa apa-apa. Lepas tu iman turun balik. Ada terus tak buat juga solat tu. Aku rasa berdosa tapi aku tak mampu berubah. Kenapa dengan aku ni sebenarnya?"
"Aku bukan orang jahat. Aku jenis manusia yang suka sangat bantu orang lain. Kadang-kadang hati aku tersentuh lihat pengemis tepi jalan. Aku tidak sanggup tengok jadi aku bersedekah. Aku pun macam muslimah lain. Berpakaian macam perempuan lain kebanyakan tetapi mungkin ada satu, dua, tiga yang tidak sempurna. Aku tahu tapi mungkin itu boleh diubah lagi. Tetapi yang paling aku risau, aku susah sangat mahu ubah diri yang malas solat. Aku tahu berdosa tapi senang sahaja aku membiarkan waktu solat berlalu tanpa mendirikannya. Kenapa aku jadi macam begini..?
Menurut Muaz bin Jabal r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Mahukah kamu aku khabarkan tentang kepala, tiang dan menara semua perkara? Aku menjawab: Sudah pasti wahai Rasulullah. Baginda berkata: Kepala semua perkara adalah Islam, tiangnya adalah solat dan menaranya adalah jihad."
( Riwayat Tarmizi )
masih ramai umat Islam yang tidak menunaikan sembahyang lima waktu. Masih ramai yang cuai menunaikan sembahyang. Yang cuai menunaikan sembahyang itu bukan sahaja orang muda tetapi juga orang tua. Bukan sahaja orang miskin tetapi juga orang kaya. Bukan sahaja di kalangan orang-orang bawahan tetapi juga orang-orang atasan. Bukan hanya dari kalangan orang-orang tidak berpelajaran tetapi juga yang berpelajaran tinggi. Bukan sahaja dari kaum pekerja atau buruh tetapi juga dari para eksekutif dan pengurusan. Bukan sahaja di kalangan rakyat tetapi juga pemimpin. Bukan sahaja lelaki, tetapi ramai juga perempuan yang cuai bersembahyang.
Menjadi kafir kerana tidak bersembahyang tidak dirasakan sebagai suatu ancaman. Meruntuhkan agama kerana cuai sembahyang juga tidak dirasakan besar. Malahan, ancaman seksa Neraka yang begitu perit, hebat dan dahsyat pun umat Islam tidak rasa gerun dan takut.
Rasulullah s.a.w bersabda: ” Awal-awal agama mengenal Allah. “
Setelah Allah dikenali, dicintai dan ditakuti, maka kita akan suka mengamalkan syariat. Kita akan suka bersembahyang. Kita akan suka membuat perkara yang Tuhan suka. Kita akan suka menggembirakan Tuhan. Kita akan khusyuk dengan Tuhan. Akan timbullah keinginan untuk menyembah dan membesarkan-Nya dan untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Barulah datang keinginan untuk bersembahyang kerana sembahyang itu ialah upacara untuk membesar dan mengagungkan Tuhan. Kalau Tuhan tidak dirasakan besar dan agung maka kita tidak akan terdorong untuk bersembahyang. Sembahyang tidak akan ada apa-apa makna.
Pada hakikatnya hati sebenarnya tidak wujud hubungan hati dengan Tuhan. Hati yang tidak terhubung dengan Tuhan tidak ada apa-apa rasa. Tidak ada keinsafan. Tidak ada kesedaran. Tidak ada rasa bahawa Tuhan itu diperlukan. Bahawa Tuhan itu Maha Hebat dan Maha Agung. Tidak ada rasa bahawa kita manusia begitu kerdil dan lemah di sisi Tuhan. Walhal hati itu adalah wakil Tuhan pada diri kita, tempat kita berzikir dan berhubung rasa dengan Tuhan. Dalam erti kata yang lain, kalau hati tidak terhubung dengan Tuhan, kita tidak akan khusyuk dengan Tuhan.
Bahawasanya kita tahu
A) Rukun Islam/ Tiang Agama
Solat adalah rukun Islam kedua. Jadi orang Islam tidak solat secara terang-terangan memusnahkan agama. Tiada Islam bagi orang yang meninggalkan solat (dengan sengaja).
B) Persaudaraan Islam
Imam Al-Gazali: Siapa yang mengambil orang yang tak solat buat menantunya maka dia telah berdosa besar kerana sama dengan hukum memutuskan silaturrahim kerana anak perempuan kita adalah amanah, haram beri (kahwinkan) anak kepada orang fasik.
C) Fasik
Orang yang tidak solat mahu adalah fasik, tidak mahu tunduk kepada Allah. Lebih jahat berbanding Iblis/syaitan kerana Iblis sujud kepada Allah, Iblis hanya tidak mahu tunduk/hormati Nabi Adam.
D) Hudud
1. Mazhab Hambali: Menjadi kafir/ Keluar Islam - Hudud: Bunuh (sebab murtad)
2. Mazhab Lain: Dosa besar - Hudud: Bunuh (sebab meninggalkan solat)
Hudud orang tidak solat adalah paling berat secara perbandingan; pencuri potong tangan, penzina rotan 100 pukulan, tinggal solat dengan sengaja dipancung mati (pendapat lebih ringan, penjara dahulu, tidak bertaubat juga, kemudian hudud pancung).
E) Tidak Bersama Rasulullah
Di masyar/ hari pengadilan umat Nabi Muhammad SAW akan dikumpulkan bersama di belakang bendera pujian Rasulullah SAW. Tetapi orang Islam yang meninggalkan solat semasa di dunia tidak akan berada dalam golongan ini. Nabi SAW kenal umatnya kerana pancaran cahaya putih di muka sebab wuduk orang yang mahu menunaikan solat. Jika tak solat? tiadalah cahaya dimuka, Nabi SAW tak kenal, tak dapat jumpa Nabi SAW.
F) Ibadah Tidak Diterima
Ibadah paling penting bagi individu selepas Shahadah, adalah solat. Semasa diadili Allah soalan mula-mula ditanya adalah solat, elok solat maka eloklah ibadah lain, jika tidak, ibadah lain tidak diterima/tergantung.
G) Neraka Saqr
Hinanya orang tidak solat, bahkan Allah adakan neraka khas disediakan khusus bagi mereka yang tidak mahu solat, Neraka Saqr . 6 ribu tahun di neraka untuk satu waktu solat.
Hukum meninggalkan solat fardu dengan sengaja tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh syarak adalah haram dan berdosa besar. Pelaku wajib segera memohon keampunan kepada Allah (istighfar) dan bertaubat. Jumhur ulamak mengatakan wajib qada' (ganti) solat tersebut.
Nabi bersabda, "Sesiapa yang lupa solat atau tertidur, maka dia mesti menggantikannya (qadha') apabila dia sedar." (HR Muslim) Imam Nawawi menerangkan dalam kitab Syarah Muslim: Seorang yang meninggalkan atau tertinggal atau terlupa solat fardu, WAJIB diqadha' atau diganti. Sekiranya ditinggalkan kerana uzur yang memaksa maka qadha' boleh dilambatkan. Sekiranya tanpa uzur, maka wajib diqadha' dengan segera. "Perjanjian di antara kita orang Islam dan orang kafir ialah solat dan sesiapa meninggalkan solat sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir. (HR al-Tirmidzi) Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sesungguhnya yang membezakan antara seseorang dengan kesyirikkan dan kekufuran adalah dengan meninggalkan solat". (HR Muslim) Diterangkan oleh An-Nawawi bahawasanya orang yang meninggalkan solat dengan menolak atau mengingkari kewajipan solat, dipandang telah menjadi kafir, telah terkeluar dari Islam. (ijma' ulamak Islam). Jika dia meninggalkan solat kerana malas atau lalai tetapi masih mengi'tikadkan kewajiban solat itu atas dirinya, maka Imam Malik dan Asy Syafi'i menetapkan bahawa orang itu tidak kafir, hanya dipandang fasik (melakukan dosa besar) dan disuruh bertaubat. Jika dia tidak mahu bertaubat, nescaya dibunuh, selaku suatu hukuman yang mesti dijalankan. Segolongan ulamak salaf, diantaranya Ahmad dan Ishaq menetapkan bahawa orang yang meninggalkan solat telah kafir dan dihukum bunuh selaku seorang kafir. Abu Hanifah dan al-Muzany menetapkan bahawa orang yang meninggalkan solat tidak dikafirkan dan tidak dibunuh, hanya dipenjarakan dan dita'zirkan sehingga dia kembali mengerjakan solat.
“Sesiapa yang memeliharanya solat, maka dia akan memperolehi cahaya, bukti keterangan dan kebebasan di hari kiamat. Dan bagi mereka yang tidak menjaga solat, maka dia tidak akan memperolehi cahaya, bukti keterangan dan kebebasan, sedang di hari kiamat dia akan bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalf.” (HR Imam Ahmad) "Allah berfirman, 'Hai Muhammad! Aku telah mewajibkan lima kali solat sehari semalam bagi umatmu. Aku telah berjanji dengan diriKu, sesiapa mengerjakan solatnya pada waktunya, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Umatmu yang tidak menjaga solatnya tidak termasuk dalam perjanjian ini". (HR Abi Daud dan Ibnu Majah)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Firman Allah swt: Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi syurga firdaus; mereka kekal di dalamnya. (Al-Mu'minun 9,10,11)
“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.” ( Surah Al-Baqarah ayat 43)
Dari Ali R.A meriwayatkan bahawa diakhir kalam Baginda Rasulullah S.A.W berwasiat : Sembahyang ! sembahyang ! Jagalah hamba- hamba sahaya kamu dan orang- orang di bawah kamu (Hadith riwayat Abu Daud)
1. Solat itu tiang Agama. Penghulu segala amal yang lain. Syarat sah untuk diterima yang lain. Yang pertama akan dihisab. Tidak ada alasan bagi sesiapapun untuk meninggalkannya. Jika sakit tak mampu menunaikan dengan berdiri, boleh ditunaikan dengan duduk. Tak dapat duduk boleh secara berbaring. Tak dapat juga dengan berbaring boleh dengan isyarat. Tak ada air boleh tayammum. Terlupa habis waktu, wajib ganti. Jika musafir, boleh dijama’ (dihimpunkan). Pendek kata ibadah solat mestilah ditunaikan dalam keadaan apapun juga dan dimanapun kita berada.
2. Sesungguhnya perbuatan meninggalkan solat ini merupakan kes jenayah yang paling berat, kerana ia tonggak segala urusan agama ini. Kerana ia hubungan dari seorang hamba dengan Tuan Penciptanya. Baik buruknya perlakuan seseorang itu sangat dipengaruhi oleh solatnya. Jika ibadah solatnya baik, dilakukan dengan penuh kesempurnaan yang merangkumi aspek rukun, syarat, kefahaman dan lalu penuh khusyuk ia akan dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji. Hal ini menjadi jawapan kepada pelbagai masalah yang timbul dalam tiap individu. Firman Allah swt:
Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya). (Al-'Ankabuut 45)
Sabda Nabi saw: Tonggak urusan (agama) adalah Islam, dan tiang utamanya adalah solat. (Sunan at-Tirmidzi no. 2559. Imam at-Tirmidzi berkata: Hadis Hasan Sahih)
3. Solat adalah ibadat yang sebelum kebangkitan Nabi Muhammad saw lagi. Dalam Al-Quran diceritakan yang Nabi Ibrahim as berdoa kepada Allah untuk dirinya dan zuriatnya agar mendirikan solat sebagaimana Firman Allah swt:
Wahai Tuhanku! jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (Ibrahim 40)
Begitu juga Nabi Ismail as:
Dan ia menyuruh ahlinya untuk bersolat dan menunaikan zakat. (Maryam 55)
Firman Allah swt sewaktu berkata-kata dengan Nabi Musa as:
Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Aku. Maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat-Ku. (Toha 14)
Allah swt berpesan kepada Nabi Isa as:
Dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) solat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup. (Maryam 31)
4. Demikianlah perintah solat merupakan suatu perkara yang telah diwajibkan telah berkurun lamanya. Merupakan syiar seorang hamba yang patuh dan tanggungjawab penting yang telah diwajibkan juga kepada seorang Rasul pilihan Allah. Hinggalah kepada kita sampai hari ini.
Sabda Nabi saw: Ajarkanlah anak kamu supaya menunaikan solat apabila sudah sampai umurnya tujuh tahun, dan pukullah jika sudah memasuki 10 tahun. (Hr Abu Daud dan at-Tirmidzi. Imam at-Tirmidzi berkata: Hadis Hasan). Disuruh dalam hadis ini ialah kepada walinya.
Daripada Imran bin al-Hushain ra, katanya: Aku ada penyakit bawasir, maka aku bertanya Nabi saw tentang bagaimana dengan solat. Lalu Nabi saw bersabda: Solatlah berdiri, jika tak mampu dalam keadaan duduk, jika tak mampu dalam keadaan berbaring. (Hr Bukhari)
Yang pertama dihisab dari hamba dihari kiamat dari amalnya ialah solat. Jika baik, maka dia telah berjaya, lulus. Dan jika rosak, maka dia telah gagal, rugi. Jika ada sesuatu yang kurang dari solatnya, lihatlah adakah ada padanya amal sunat, maka disempurnakan apa yang kurang dari solat tadi. (Hr at-Tirmidzi, Hasan)
(Pembatas) di antara seorang muslim dan syirik dan kafir adalah meninggalkan solat. (Hr Muslim)
5. Sama-sama kita melaksanakannya dengan penuh kesempurnaan, ingatkan diri, keluarga, sanak saudara, teman-teman akan betapa pentingnya solat. Sentiasa berdoa memohon hidayah dan rahmat-Nya. Sama-sama kita pelihara sebaiknya solat kita, hanya 5 kali sehari. Masukkan dan jadikan dalam rutin kerja yang memang wajib bagi diri kita. Ada waktu yang khusus untuk solat dengan sempurna. Usaha jangan biar jadi hal yang membebankan. Firman Allah swt: Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka. (At-Tahrim 6). Inilah kejayaan yang kita inginkan, dunia dan akhirat yang berkekalan kelak.
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. (Toha 132)
6. Dalam keadaan macam mana sekalipun, peliharalah sungguh-sungguh hal solat ini. Saat terlalu lemah dan malas sangatpun, tak mampu yang lain, jangan dibiar terabai solat kita. Jika solat sudah awal lagi tak ditunai, memang tiada guna hidup kita. Kita rasa malas dan berat kerana belum memahaminya dan dosa yang banyak masih diselangi dan dibiasai. Kita tak ingin bersedia untuk menjadi hamba yang taat. Berada dalam rahmat dan redha Allah. Janganlah diremehkan dan masih dianggap biasa dalam sering menangguh dan tidak bersedia itu.
BARANGSIAPA YANG MEMELIHARA SOLAT NESCAYA ALLAH MEMULIAKANNYA LIMA PERKARA
1. Allah menghilangkan baginya kesempitan hidup
2. Allah menghilangkan baginya seksa kubur
3. Allah memberikan kepadanya buku catatan amal dengan tangan kanannya.
4. Ia akan meniti Titian Sirath seperti kilat pantasnya.
5. Ia akan masuk syurga tanpa hisab.
.