الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    FITNAH DUNIA

    Dalam kehidupan di dunia yang Allah pinjamkan buat makhluk bernama manusia yang sementara berbagai fitnah diperolehi dalam kehidupan.Dalam  sebuah hadis yang terkenal disebut dengan hadis  Wahn, 

    "Hampir saja bangsa-bangsa mengepung kamu, sebagaimana orang lapar mengepung tempat makanan. Berkata seorang sahabat, "Apakah kerana kita
    sedikit pada masa itu? Rasul saw. bersabda, "Bahkan kalian pada saat itu banyak, tetapi kalian seperti buih, seperti buih lautan. Allah akan mencabut dari hati musuh kamu rasa takut pada kalian. Dan Allah memasukkan ke dalam hati kamu Wahn. Berkata seorang sahabat, "Apakah Wahn itu wahai Rasulullah saw? Rasul saw, bersabda, "Cinta dunia dan takut mati" (HR Abu Daud)


    Dunia dengan segala isinya adalah fitnah yang banyak menipu manusia. Dan Rasulullah saw., Telah memberikan peringatan kepada umatnya dalam berbagai kesempatan, beliau bersabda dalam haditsnya: Dari Abu Said Al-Khudri ra dari Nabi saw bersabda: "Sesungguhnya dunia itu manis dan lazat, dan sesungguhnya Allah menitipkannya padamu, kemudian melihat bagaimana kamu menggunakannya . Maka hati-hatilah terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita, kerana fitnah pertama yang menimpa bani Israel disebabkan wanita "(HR Muslim) (At-Taghaabun 14-15). 


    Fitnah Wanita 

    Dahsyatnya fitnah wanita telah disebutkan dalam Al-Quran dan Hadis. Bahkan surat 'Ali Imran 14 menempatkan wanita sebagai urutan pertama yang banyak dicintai oleh manusia dan pada masa yang sama menjadi fitnah yang paling berbahaya untuk manusia. Rasulullah saw. bersabda, "Tidaklah aku tinggalkan
    fitnah yang lebih besar bagi kaum lelaki melebihi fitnah wanita"
     (HR Bukhari dan Muslim). 

    Banyak sekali bentuk fitnah wanita, jika wanita itu isteri maka banyak para isteri dapat memalingkan suaminya dari ibadah, dakwah dan amal shalih yang keutamaan lain. Jika wanita itu wanita selain isterinya, maka fitnah boleh berbentuk perselingkuhan dan perzinahan. Fitnah inilah yang sangat dahsyat yang menimpa banyak umat Islam. 


    Fitnah Harta 

    Fitnah dunia termasuk bentuk fitnah yang sangat dahsyat yang dikhuatiri Rasulullah saw, "Dari Amru bin Auf al-Anshari ra bahawa Rasulullah saw. mengutus Abu Ubaidah bin al-Jarrah ke al-Bahrain untuk memuat jizyahnya. Kemudian Abu Ubaidah datang dari bahrain dengan membawa harta benda dan orang-orang Ansar mendengar kedatangan Abu Ubaidah. Mereka berkumpul untuk solat Subuh dengan Nabi saw. tatkala selesai dan hendak
    pergi mereka mendatangi Rasul saw., dan beliau tersenyum ketika melihat mereka kemudian bersabda, "Saya yakin kamu mendengar bahawa Abu Ubaidah datang dari Bahrain dengan membawa sesuatu?" Mereka menjawab, "Betul wahai Rasulullah". Rasul saw. bersabda, "Berikanlah khabar gembira dan harapan apa yang menyenangkan kamu, demi Allah bukanlah kefakiran yang paling aku takutkan padamu tetapi aku takut dibukanya dunia anda sebagaimana telah dibuka bagi orang-orang sebelummu dan kamu akan berlumba-lumba mendapatkannya sebagaimana mereka berlumba-lumba, dan akan menghancurkanmu sebagaimana telah menghancurkan mereka. "
    (HR Bukhari dan Muslim). 


    Fitnah Kekuasaan 

    Fitnah kekuasaan biasanya menimpa kalangan elit dan level tertentu dalam tubuh umat. Fitnah inilah yang menjadi pencetus fitnah kubra di masa sahabat, antara Ali ra dengan siti Aisyah r.a. dalam perang Jamal, antara Ali r.a. dengan Muawiyah r.a. dalam perang Siffin, antara Ali r.a. dengan kaum Khawarij. 

    Fitnah kekuasaan ini juga boleh menimpa gerakan dakwah dan memang telah banyak menimpa gerakan dakwah. Para aktivis gerakan dakwah termasuk para
    pemimpin gerakan dakwah adalah manusia biasa yang tidak ma'sum dan tidak terbebas dari dosa dan fitnah. Yang bebas dari fitnah dan kesalahan adalah manhaj Islam. Sehingga fitnah kuasa boleh menimpa mereka kecuali yang dirahmati Allah. Kecintaan untuk terus memimpin dan berkuasa baik dalam kawasan awam mahupun struktur suatu organisasi adalah sebahagian dari fitnah kuasa.


    1. Hakikat Harta dan Dunia 

    · Kesenangan yang menipu. [QS. Ali Imran (3): 185] 

    · Kegembiraan yang terhad dan sementara. [QS. Ali Imran (3): 196-197] 

    · Jalan atau jambatan menuju akhirat, Rasulullah saw bersabda, "Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau musafir." (HR Bukhari dari Ibnu Umar) 

    Manusia diciptakan Allah sebagai pemimpin yang harus memakmurkan bumi. Maka mereka harus menguasai dunia atau harta bukan dikuasai oleh harta. Sebagaimana doa yang diungkapkan oleh Abu Bakar ra, "Ya Allah jadikanlah
    dunia di tanganku, bukan masuk ke dalam hatiku." Seperti itulah seharusnya seorang pemimpin. Memberi teladan tentang pengorbanan total dengan segala harta yang dimiliki, bukan malah mencontohkan kepada pengikutnya mengelus-elus kereta mewah dengan hati penuh berharap bisa memiliki.

    2. Meyakini hari Hisab dan Pembalasan. 

    Manusia harus mengetahui dan sedar bahawa kekayaan yang mereka miliki akan dihisab dan dibalas di akhirat kelak. Bahkan semua yang dimiliki dan dinikmati manusia baik kecil maupun besar akan direkodkan dan dipertanggungjawabkannya. Oleh itu mereka harus berhati-hati dalam mencari harta kekayaan dan dalam membelanjakannya. 

    3. Sedar dan menyakini bahawa kenikmatan di akhirat jauh lebih nikmat dan abadi. 

    Rasulullah saw bersabda: "Allah menjadikan rahmat 100 bahagian, 99 bahagian Allah tahan dan Allah turunkan ke bumi satu bahagian. Satu bahagian itulah yang menyebabkan sesama makhluk saling menyayangi sampai kuda mengangkat telapak kakinya dari anaknya bimbang mengenainya. "(Muttafaqun 'alaihi) 

    Begitulah, kenikmatan paling nikmat yang Allah berikan di dunia hanyalah satu bahagian sahaja dari rahmat Allah swt sedangkan sisanya Allah tahan dan hanya akan diberikan kepada orang-orang yang beriman di syurga. 

    Dan kesimpulannya agar kita terbebas dari fitnah dunia, maka kita harus membentuk diri kita menjadi karaktersitik rabbaniyah bukan madiyah dan juga bukan rahbaniyah. Jiwa inilah yang selalu mendapat bimbingan Allah kerana sentiasa berintraksi dengan Al-Qur'an baik dengan cara mempelajarinya mahupun dengan cara mengajarkannya. 
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA