WANITA YANG TIDAK MENCIUM BAU SYURGA..
Dari Syarh kitab Shahih Muslim,
1. Wanita yang berpakaian tetapi telanjang..
Ada beberapa tafsiran yang disampaikan oleh Imam Nawawi.
- Wanita yang mendapat nikmat Allah, namun enggan bersyukur kepada-Nya.
- Wanita yang menutup sebagian tubuhnya dan menyingkap sebagian lainnya.
- Wanita yang memakai pakaian yang tipis yang menampakkan bentuk tubuhnya.
2. Wanita yang maa-ilaat wa mumiilaat..
Ada beberapa tafsiran mengenai hal ini..
- Maa-ilaat yang dimaksud adalah tidak taat pada Allah dan tidak mau menjaga yang mesti dijaga. Mumiilaat yang dimaksud adalah mengajarkan yang lain untuk berbuat sesuatu yang tercela.
- Maa-ilaat adalah berjalan sambil memakai wangi-wangian dan mumilaat yaitu berjalan sambil menggoyangkan kedua pundaknya atau bahunya.
- Maa-ilaat yang dimaksud adalah wanita yang biasa menyisir rambutnya sehingga bergaya sambil berlenggak lenggok bagai wanita nakal. Mumiilaat yang dimaksud adalah wanita yang menyisir rambut wanita lain supaya bergaya seperti itu.
3. Wanita yang kepalanya seperti punuk unta yang miring, maksudnya adalah wanita yang sengaja memperbesar kepalanya dengan mengumpulkan rambut di atas kepalanya seakan-akan memakai serban..
EMPAT GOLONGAN WANITA AHLI NERAKA
Siapakah wanita yang termasuk wanita yang ahli neraka :
4 Wanita ahli neraka (kecuali telah bertaubat) :
1. Wanita yang mulutnya jelek pada suaminya dan jika suaminya pergi ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya datang ia memaki/ memarahinya.
2. Wanita yang memaksa suaminya membeli apa yang suaminya tidak mampu.
3. Wanita yang tidak menutupi dirinya dari laki-laki lain dan keluar rumah
dengan menampakkan perhiasan dan kecantikannya untuk menarik perhatian laki-laki lain.
4. Wanita yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur serta tidak berbakti pada Allah swt dan suaminya.
Pesan Rasulullah s.a.w
- Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.(Riwayat Muslim).
- Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)
- Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.
- Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).
- Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suami nya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)
- Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).
- Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginys selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya.
- Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka
- Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya(sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.
- Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.
- Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari.
- Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.
- Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).
- Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.
Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya,
“Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api”.
Saidatina Aisyah bertanya, mengapa wahai Rasullullah?
Jawab Rasulullah SAW:
1. Kerana kebanyakkan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayan suami dan melakukan kerja rumah.
2. Tiada memuji ataupun berterima kasih (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya (jarang org perempuan yg mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya)
3. Sering mengkufur (engkar) terhadap nikmat Allah, contohnya apabila berlaku suatu pertengkaran ada isteri yang berkata “Sudah 10 tahun berkahwin dengan awak tak ada apa-apa pun”.
4. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa, contohnya memperkecil-kecilkan suami dan mengumpat. Tidak diterima sembahyangnya sehingga ia kembali ia menghulurkan tangannya kepada suami (meminta ampun dan maaf)
5. Hadis Nabi SAW “Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan itu ialah wanita ataupun isteri yang solehah”
6. Sabda Rasulullah SAW “mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya, maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandangnya itu adalah zina.
7. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar rumah kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipersonakan oleh iblis. Sabda Nabi SAW ” perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongaklah syaitan memandang akan dia”
8. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita ( yg halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli ). Diriwayatkan bahawa satu hari, ketika Rasullullah SAW bersama isterinya, (Ummu Salamah dan Maimunah) datang sahabatnya yang buta (Ibnu Maktum). Rasulullah SAW menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami Ya Rasullullah?” Rasullullah SAW menjawab, “Bukankah kamu dapat melihat?”
9. Rasulullah SAW bersabda “Perempuan yang melabuhkan pakain dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpana gelap gelita pada hari kiamat, tiada Nur baginya.”
10.Sabda Rasulullah SAW “Dikahwini wanita kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka carilah yang kuat beragama, nescaya kamu bertuah.”
11.Hadis Nabi SAW “Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya”.
12.Sabda nabi SAW “Wanita yang taat akan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredhaiNya.”
13.Sabda nabi SAW:” wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu neraka dan akan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang disukainya, tanpa hisab”
14. Hadis Nabi, “Mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suami, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya”.
15. Sabda Nabi SAW, “Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta dengan tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak seizin suaminya.
16.Nabi SAW bersabda “Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
17.Dari Muaz, Sabda Nabi SAW “Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api maka diharamkan muka dan tangannya dari kebakaran api neraka”.
18.Dan mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulang lalu disapukan mukanya, dihamparkan tempat duduknya atau menyediakan makan-minumnya atau merenung ia pada suaminya, atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari kiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan keramat itu. Tidak seorang pun yang sampai ke martabat itu kecuali Nabi-nabi. Thabit Al-Bananiy berkata “seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegangnya pelita hingga suaminya selesai. Pada suatu malam, pelitanya kehabisan sumbu maka diambil rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada esoknya, matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan) pada perempuan itu kerana kemuliaan dan penghormatannya pada suaminya.
19.Dari Ibnu Mas’ud, katanya nabi SAW bersabda: “Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (500 tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan
bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadap Allah swt.
20.Nabi Saw bersabda: ” Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya ‘Tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun ‘, maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari.
21.Sabda Nabi SAW “Sebaik-baik wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya, ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah diturutnya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya”.
22. Sabda Nabi SAW “Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika dia terpaksa (kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu-lalang melainkan ditepinya”.
23. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat malaikat hingga ke pagi.
24. Sabda Nabi SAW ” Wanita yang mempergunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat dan laknat manusia sekalian “.
25. Ibnu Umar ra berkata, Sabda Nabi SAW ” Wanita yang tinggal di rumah bersama anak-anaknya akan tinggal bersama-sama aku dalam syurga.”
26. Dlm Kitab Muhimah “Hendaklah isteri mendahului suaminya atas hak dirinya dari seluruh kaum kerabatnya”.
27. Rasulullah SAW bersabda “syurga itu di bawah telapak kaki ibu”.
28. Sabda Nabi SAW “Apabila seseorang itu mengandungkan janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah akan malaikat untuknya. Allah mencatitkan baginya setiap hari seribu kebaikan dan menghapus baginya seribu kejahatan “.
29. Sabda Nabi SAW ” Apabila seorang wanita sakit untuk bersalin maka Allah mencatat baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah ”
30. Sabda Nabi SAW ” Ya Fatimah! Mana-mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kuku suaminya, Allah akan berikan dia minum dari sungai-sungai dalam syurga serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan
didapati kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan baginya kelepasan dari api neraka dan selamat ia melintas titian sirat “.
31. Dari Ali bin Abi Talib, Aku dengar Rasululullah SAW bersabda, Tiga golongan umatku akan mengisi neraka Jahanam selama 7 kali umur dunia mereka iaitu:
a. Orang yg gemuk tetapi kurus
b. Orang yg berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yg alim tetapi jahil
Adapun yang gemuk tetapi kurus itu ialah wanita yang gemuk (sihat) tubuh badannya tetapi kurang amal ibadatnya. Adapun orang yang berpakaian tetapi telanjang itu ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama. Dan adapun orang yang alim tetapi jahil itu ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
32. Sabda Nabi SAW ” Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka adalah wanita” Ditanya, “Mengapakah demikian Ya Rasululullah?” Dijawab baginda SAW ” Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup “.
33.Sabda Nabi SAW ” Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita” maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka “mengapa terjadi
demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab nabi, “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah nikmat suaminya”.
34. Sabda Nabi SAW ” Keadaan wanita sepuluh kali ganda seorang lelaki didalam neraka dan dua kali ganda seorang lelaki di dalam syurga”
35. Sabda Nabi SAW “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina tujuh parit di antara dirinya dengan api neraka, di antara parit-parit itu ialah sejauh langit dan bumi”.
36. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang-benang Allah akan mencatatkan utknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan
seratus perbuatan jahat”.
37. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang yang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di hari akhirat.”
38. Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada seribu orang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang tidak berpakaian.
39. Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian-pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan yang jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhati.