Dari Anas bin Malik r.a bahawas Rasulullah s.aw bersabda:
(Riwayat. Muslim)
Ibnu Hajar rahimahullah dalam Fathul Baari berkata:
“Yang dimaksud dengan al-makarih (perkara-perkara yang dibenci jiwa) adalah perkara-perkara yang dibebankan kepada seorang hamba sama ada berupa perintah ataupun larangan dimana ia dituntut bersungguh-sungguh mengerjakan perintah dan meninggalkan larangan tersebut. Seperti bersungguh sungguh mengerjakan ibadah serta berusaha menjaganya dan menjauhi perbuatan dan perkataan yang dilarang Allah Ta’ala. Penggunaan kata al-makarih disini disebabkan kerana kesulitan dan kesukaran yang ditemui seorang hamba dalam menjalankan perintah dan meninggalkan larangan. Adapun yang dimaksud syahwat disini adalah perkara-perkara yang dilakukan untuk menikmati lazatnya dunia sedangkan syariat melarangnya. Sama ada kerana perbuatan tersebut haram dikerjakan mahupun perbuatan yang membuat pelakunya meninggalkan hal yang dianjurkan. Seakan-akan akan Nabishallallahu ’alaihi wa sallam mengatakan seseorang tidaklah sampai ke syurga kecuali setelah melakukan amalan yang dirasakan begitu sulit dan berat. Dan sebaliknya seseorang tidak akan sampai ke neraka kecuali setelah menuruti keinginan nafsunya. Syurga dan nereka dihijab oleh dua perkara tersebut, barangsiapa membukanya maka ia sampai kedalamnya. Meskipun dalam hadis tersebut menggunakan kalimat khabar (berita) akan tetapi maksudnya adalah larangan.”
(Fathul Baari 18/317, Asy-Syamilah)