الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
TARBIYATUN NAFS:QOLBU
"Nabi
SAW telah bersabda: Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging,
jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu
maka rosaklah seluruh tubuhnya dan ketahuilah bahawa itu adalah hati."[Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim]
Jika hati kita hidup, maka amat senang bagi kita untuk
menerima kebaikan. Namun sebaliknya akan berlaku jika hati kita tidak hidup,
maka amat sulit untuk kita menerima kebaikan.
doa yang
Nabi Ibrahim
رَبَّنَا وَابْعَثْ فِيهِمْ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِكَ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُزَكِّيهِمْ ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ ﴿١٢٩﴾
"Ya
Tuhan kami, utuslah di tengah mereka seorang rasul dari kalangan mereka
sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat-MU dan mengajarkan kitab
dan hikmah kepada mereka dan menyucikan mereka. Sungguh, ENGKAUlah Yang Maha
Perkasa Maha Bijaksana."
[Al-Baqarah,
2:129]
Nabi Ibrahim
berdoa kepada ALLAH memohon untuk diutuskan para rasul kepada setiap umat untuk
melaksanakan 3 perkara:
1. Tazkir
(Membacakan dan mengingatkan ayat-ayat ALLAH)
2. Ta'alim
(Mengajarkan)
3. Tazkiyah
(Menyucikan)
Bagaimana untuk kita menyucikan hati kita?
1. Solat
- Solat
merupakan amalan pertama yang akan dihisab oleh ALLAH di akhirat kelak. Untuk
itu kita perlu menjaga solat kita agar ia diterima oleh ALLAH.
- Solat itu
bukanlah dilaksanakan tetapi didirikan.
- Kita perlu
menghayati setiap perbuatan kita sewaktu mendirikan solat demi untuk
mendapatkan kekhusyukan hati.
- "Al
awwal 'ilm yarfu' minal ardh al khusyuk." (Ilmu yang pertama yang diambil
dari dunia itu ialah khusyuk.)
- Bersamalah
kita berusaha memperbaiki mutu solat kita supaya kita mendapat khusyuk di dalam
solat.
2. Saum (Puasa)
- Kita boleh
membelenggu hawa nafsu kita dengan berpuasa.
- Hati kita
akan terjaga, kemaluan kita akan terpelihara dan mulut kita juga akan kita
hindarkan dari mengucapkan perkara yang sia-sia saat berpuasa.
- Semoga
dengan mengamalkan puasa sunat Isnin-Khamis, puasa sunat pada hari putih
(13,14,15) pada setiap bulan, kita dapat menyucikan jiwa dan mendidik hati kita
ke arah kebaikan.
3. Zakat dan Infak
- Kita perlu
ingat dan perlu tahu bahawa setiap harta milik kita ini bukanlah milik kita
sebenarnya melainkan milik ALLAH yang hanya dipinjamkan buat kita.
- Untuk itu,
tempat untuk kita menyimpan harta kita ini ialah kepada ALLAH. Bagaimana?
Dengan mengeluarkan zakat dan berinfak serta bersedekah.
- Hati-hati
kita akan dapat disucikan apabila kita berzakat dan berinfak.
- Amalan
zakat dan infak ini juga akan menjauhkan kita daripada sifat kikir dan kedekut.
4. Haji dan Umrah
- Saya yakin
dan percaya, setiap dari kita mempunyai impian dan keinginan untuk menjejakkan
kaki ke Tanah Suci Mekah.
-
Persiapkanlah diri kita sebaiknya untuk menunaikan haji dan umrah ini.
- Saat di
sana nanti, jagalah solat awal waktu kita dan amalkanlah setiap doa yang telah
dihafal.
5. Bermuhasabah
- Memetik
kata-kata Saidina Umar Al-Khattab, "Hisablah dirimu sebelum kamu
dihisabkan. Timbanglah amalanmu sebelum amalan kamu ditimbangkan."
- Muhasabah
ini penting untuk kita menilai balik baik buruk setiap apa yang akan dan telah
kita lakukan.
- Muhasabah
itu perlu dibuat sebelum dan sesudah kita melakukan sesuatu perkara.
- Jangan
pula dilupa untuk sentiasa memperbaharui niat kita agar setiap kebaikan yang
kita lakukan itu tidak terpesong tujuannya. Niatlah di awal, di pertengahan dan
di akhir perbuatan kita. Semoga kebaikan yang kita buat itu diterima ALLAH.
Insyaa-ALLAH.
- Muhasabah
ini luar biasa sekali kesannya kepada kita. Cuba dan amalkanlah, anda pasti
akan merasainya. Insyaa-ALLAH.
6. Zikir dan Fikir
-
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian siang dan
malam terdapat tanda-tanda (kebesaran ALLAH) bagi orang-orang yang berakal,
(iaitu) orang-orang yang mengingat ALLAH sambil berdiri, duduk atau dalam
keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi
(seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah ENGKAU menciptakan semua ini
sia-sia; Maha Suci ENGKAU, lindungilah kami dari azab neraka."[Ali
Imran, 3:190-191]
- Berfikir
dan bertafakur ini mampu menyucikan hati-hati kita.
- Kita boleh
telusuri kisah Nabi Ibrahim yang merenungkan keindahan dan kejadian alam ini
untuk mencari siapakah penciptanya. Betapa sikap kritis Nabi Ibrahim yang
memikirkan kejadian alam ini perlu kita contohi.
- Berfikir
tentang sakaratul maut dan kehidupan selepas mati juga boleh menyucikan hati
kita.
7. Membaca Al-Quran
- Kita boleh
membersihkan dan menyucikan hati dengan membaca ayat-ayat cinta ALLAH
ini.
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّـهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ ﴿٢﴾
-
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut
nama ALLAH gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayat-NYA kepada mereka,
bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal,"[Al-Anfal,
8:2]
- Bacalah
al-Quran dengan hati.
- Bacalah
maksudnya sekali untuk lebih memahami dan menghayati setiap maknanya.
8. Zikrul Maut (Mengingati Mati)
- Ingatlah
bahawa apabila kita meninggal, apa yang kita akan bawa hanyalah amalan kebaikan
sahaja. Segala yang lain akan kita tinggalkan.
- Biasakan
diri untuk mengingati mati saat sebelum tidur dan saat bangun dari tidur.
- Hayatilah
setiap bait doa sebelum tidur dan doa selepas tidur itu.
Cara untuk mengekalkan diri dalam penyucian jiwa
1.
Muraqabatullah - Sentiasa
merasakan bahawa setiap saat, setiap perbuatan kita, ALLAH sentiasa
memerhatikan kita.
2. Muahadah - Memberikan sepenuh komitmen dan
berazam dengan setiap kebaikan yang kita lakukan.
3. Muhasabah - Evaluasi diri kita dengan setiap
amalan yang kita lakukan.
4. Mu'aqabah - Menghukum diri kita kita ketika
meninggalkan amalan kebaikan.
5. Mujahadah - Bersungguh-sungguh dengan setiap
amalan kebaikan yang kita lakukan.