الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    IBN TAIMIYAH : SUATU WASIAT

    (Dosa-dosa itu akan terhapus dengan beberapa perkara berikut ini: Yang pertamanya ialah taubat).

         Sebab taubat, sebagaimana yang disebutkan dalam kitab Shahih Muslim, bahawa taubat akan menghapuskan dosa-dosa yang sebelumnya. Meskipun dosa yang dilakukan seorang hamba itu sangat besar. Tetapi nescaya Allah akan mengampuninya (selain dosa syirik).

         Allah sentiasa mengampuni dosa-dosa hambaNya apabila dia bertaubat dan kembali kepadaNya, meskipun dosanya itu sepenuh langit dan bumi, dengan syarat dia mesti benar-benar jujur dan ikhlas dalam bertaubat.

         Allah SWT berfirman: "Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. [Ali Imran: 135]

         Allah SWT juga berfirman: Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [Az-Zumar: 53]

         Akan tetapi orang yang terus menerus melakukan melakukan dosa kecil, akan menjadi dosa besar. Dan ini justeru sangat mengkhuatirkan dan berbahaya.

         Kebanyakan ulama' mecela "si penggila Laila" (kisah seorang yang sangat cinta kepada Laila) tatkala dia berkata dalam dua bait syairnya:


         Ya Rahman (Allah), aku bertaubat kepadaMu
         Dari kegilaan diriku dan banyaknya dosa-dosaku
         Sedang cintaku kepada Laila dan meninggalkan
         Mengunjungi maka aku tidak boleh bertaubat

         Dia mengatakan: "Saya bertaubat dari segala dosa yang pernah saya lakukan, kecuali cinta kepada Laila."

         Para ulama' mengatakan: "Apabila perkataannya itu benar, dia termasuk dalam
    golongan orang-orang yang terus-menerus melakukan dosa, padahal mereka mengetahui dan menyedari kesalahan itu."

         Kedua: Yang dapat menghapuskan dosa dan kesalahan, iaitu (minta ampun, meskipun tidak bertaubat, kerana boleh jadi Allah mengampuninya dengan mengabulkan doa dan permintaan ampunnya meskipun dia tidak bertaubat. Apabila taubat dan istighfar ini menyatu, ini adalah sebuah kesempurnaan, dan inilah yang diinginkan).

         Boleh jadi Allah mengampunimu, meskipun kamu belum bertaubat kepadaNya, kerana kamu sering mengucapkan: "Astaghfirullah... Astaghfirullah... Astaghfirullah..."

         Adapun istighfar itu sendiri memiliki tiga faedah, iaitu:


    1.Supaya Allah tidak menyegerakan kehancuranmu di dunia.
      
      Ja'far Ash-Shadiq r.a mengatakan: "Kalau sekiranya petir yang menyambar turun dari langit, maka dia akan menyambar semua manusia kecuali orang yang beristighfar, kerana Allah SWT berfirman:'Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun. [Al-Anfal: 33]


    2.Istighfar merupakan kenikmatan yang sangat agung, baik terhadap rezeki, anak mahupun tubuh kita sendiri.
      
     Allah SWT berfirman: "Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepadaNya. )Jika kamu mengerjakan yang demikian), nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus-menerus) kepadamu... [Hud: 3]


    3.Istighfar dapat menambah harta dan anak.

         Nabi Nuh a.s berkata: Maka aku katakan kepada mereka: " Mohonlah ampun kepada Tuhanmu", sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di alamnya) untukmu sungai-sungai." [Nuh: 10-12]

         Mereka bertanya kepada Khalib bin Ma'dan, seorang ahli zuhud dan ahli ibadah terkemuka:"Berapa kali anda beristighfar dalam sehari?" Dia menjawab: "Kalau jari-jariku tidak salah, saya beristighfar sebanyak 100 ribu kali dalam sehari."

         Dalam hadith shahih disebutkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Wahai manusia, mintalah ampunan kepada Allah dan bertaubatlah kepadaNya, kerana sesungguhnya aku minta ampun dan bertaubat kepada Allah lebih daripada 70 kali dalam sehari. [Al-Bukhari, no.6307; Ahmad, no.7734,8288 dan At-Tirmidzi, no.3259]

         Pada riwayat yang lain dikatakan: Seratus kali. [Muslim, no.2702 dan Ahmad, nn.17391]

         Ketiga: Yang dapat menebus dosa dan kesalahan adalah amal-amal shalih. Seperti berwudhu', sembahyang, zikir, istighfar, berdoa, kehadiran di majlis-majlis ilmu, mengambil manfaat dari para penuntut ilmu, cintakan orang-orang shalih, doa di
    waktu sahur, qiyamullail dan sedekah yang dilakukan dengan ikhlas akan menjadi penebus dosa dan kesalahan. Tiada orang yang binasa di sisi Allah, melainkan orang yang binasa sahaja, kerana pintu-pintu kebaikan sangat banyak, akan tetapi siapakah yang akan melakukan hal-hal yang dapat menebus dosa ini?

         Ibnu Taimiyyah mengatakan: (Adapun mengenai soalanmu tentang amal ibadah yang paling utama setelah fardhu, ianya berbeza antara satu dengan yang lainnya).

         Dan percayalah bahawa bagi sebahagian orang, ibadah yang paling baik adalah berzikir, sebahagian lagi berpuasa, sebahagian lagi berjihad, ada juga berinfaq di jalan Allah, sebahagian lagi dengan mengajar dan ada juga dengan memberi manfaat kepada orang lain dan pelbagai amal kebaikan yang lain.

         Oleh kerana itu, kamu mesti mengetahui tingkatan dan kemampuan setia orang sehingga kamu mampu mencalonkan setiap orang pada hal yang layak baginya, sebagaimana yang dilakukan Baginda Nabi Muhammad SAW.

         Sebagaimana yang terdapat dalam Sunan At-Tirmidzi, dengan sanad shahih dari Abdullah bin Bisr r.a bahawa pada suatu hari, Rasulullah SAW didatangi oleh seorang lelaki tua yang berusia lebih dari 70 tahun, dia berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya syariat Islam sangat banyak bagi saya, tunjukilah saya kepada suatu ibadah yang dapat menjadi tempat bergantung saya."

         Kira-kira apakah jawapan Rasulullah SAW kepada orang tua ini? Apakah beliau mengatakan: "Kamu mesti melaksanakan qiyamullail?" Atau beliau mengatakan: "Kamu mesti berjihad di Afghanistan?" Sama sekali tidak, akan tetapi neliau mengatakan: "Hendaklah lidahmu basah kerana berzikir kepada Allah." [Ahmad, no.17227, 17245 ; At-Tirmidzi, no.3375 dan Ibnu Majah, no.3793.]

         Pada kesempatan yang lain, beliau didatangi oleh Abu Sa'id Al-Khudri r.a. Dia adalah seorang yang bertubuh kuat dan gagah, dan dia meminta wasiat kepada Rasulullah SAW, lalu Baginda pun berwasiat kepadanya: "Kamu mesti berjihad di jalan Allah SWT." [Ahmad, no.11365. Lihat Majma' Az-Zawa'id, no.7111]

         Rasulullah SAW juga berwasiat kepada Abu Umamah Al-Bahili r.a.: "Kamu mesti melakukan puasa." [Ahmad, no.21636; An-Nasa'i, no.2220 dan Al-Baihaqi dalam sunan Al-Kubra, no.8429]

         Dan Rasulullah SAW berwasiat kepada Abud Darda' r.a.: "Jangan kamu marah."

         Pada kesempatan yang lain, Rasulullah SAW didatangi oleh seorang lelaki dari negeri Yaman, dia ingin berjihad di jalan Allah, Rasulullah SAW bertanya kepadanya: "Apakah kamu masih memiliki salah seorang daripada kedua orang tuamu?" Lelaki itu menjawab: "Ya." Maka Rasulullah SAW berkata kepadanya: "Berjihadlah (berbaktilah) kamu kepada keduanya." [Al-Bukhari, no.3004, 5972 dan Muslim, no.2549]

         Oleh sebab itu, bila orang yang ditanya tentang suatu permasalahan, kita mesti mengetahui keadaan orang yang bertanya tersebut, supaya dia dapat menjawabnya dengan sesuatu yang bermanfaat baginya.

         Kemudian Ibnu Taimiyyah menjelaskan kepada orang yang bertanya tadi secara umum, bahawa berzikir kepada Allah merupakan sebuah amalan yang sangat utama untuk dilakukan seorang hamba dalam menghabiskan waktunya. Ini sudah hampir menjadi kesepakatan para ulama'. Kerana siapa sahaja dapat melakukannya,
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA