الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
BERDOALAH
Diriwayatkan oleh Sunan At-Tirmidzi, yang sebahagian ulama' masih memperbincangkannya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Do'a adalah otaknya ibadah. [At-Tirmidzi]
Adapun riwayat yang benar adalah dengan lafaz: Do'a itu adalah ibadah. [Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi]
Apabila kamu melihat ada seorang yang selalu berdo'a kepada Allah, maka ketahuilah bahawa dia sedang menghadap Allah SWT dan dialah orang yang memiliki iman yang mendalam.
Salah seorang bercerita kepadaku, dia berkata: Saya dan keluargaku singgah pada sebuah negeri yang tandus dan tidak berpenduduk sehingga kami kehabisan air, lalu saya pun pergi mencari air pada lembah-lembah yang lain, tetapi saya tidak mendapatkannya sedikitpun. Lalu saya mencari-carinya ke arah kanan dan kiriku, tetapi saya tidak mendapatkan suatu apapun juga. Maka sayapun kembali kepada keluargaku, saya dapati anak-anakku hampir meninggal dunia kerana kehausan. Dia berkata: Lalu tiba-tiba saya teringat bahawa pada kekuasaan Dzat Yang Maha Hidup lagi Maha Mengatur semua urusan makhlukNya memiliki perbendaharaan langit dan bumi. Allah SWT juga telah memerintahkan kita untuk sentiasa berdo'a kepadaNya, seperti di dalam firmanNya: "...berdo'alah kepadaKu, nescaya Kuperkenankan bagimu..." [Ghafir: 60]
Dan Allah SWT berfirman: "Atau siapakah yang memperkenankan (do'a) orang yang dalam kesusahan apabila ia berdo'a kepadaNya..." [An-Naml: 62]
Pada ayat lain, Allah SWT juga berfirman: "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepadaKu..." [Al-Baqarah: 186]
Lelaki itu berkata: Semua usaha yang saya lakukan untuk mencari air di setiap lembah telah gagal, lalu saya pun bertayammum dan sembahyang dua raka'at., kemudia saya mengangkat kedua tanganku dan kedua mataku mengeluarka air mata serta saya juga merendahkan diri dan tunduk patuh kepada Allah SWT. Dia berkata selanjutnya: Demi Allah, belum pun sempat aku meninggalkan tempatku, tiba-tiba awan menjadi pekat - padahal pada waktu itu tiada awan di langit - kemudian hujan pun turun di lembah tempat kami berada, sehingga kami puas minum dan Alhamdulillah kami dapat minum.
Sebenarnya hal ini tidak perlu kepada pembuktian, kerana Al-Quran, hadith dan atsar sangat banyak yang serupa dengan kisah ini. Di antaranya, ialah kisah seorang lelaki shalih yang keluar untuk berniaga, lalu datanglah seorang penjahat menghadangnya di tengah jalan, lalu dia berkata: "Tolong hantarkan saya di tempat itu." Maka dia mempercayai apa yang diucapkan oleh orang itu, lalu dia pun naik bersama-samanya di atas kenderaannya. Tiba-tiba si penjahat itu mengancam lelaki shalih itu dengan berkata: "Demi Allah, sekarang saya akan membunuhmu, atau berikan kepadaku semua harta yang ada padamu sekarang juga!" Lelaki ini berkata: "Demi Allah, saya memohon kepada anda (janganlah bunuh aku), kerana keluargaku tidak memiliki siapa-siapa selain aku." Penjahat itu mengatakan: "Saya sudah bersumpah untuk membunuhmu." Kerana kalau dia membiarkannya begitu sahaja dan hanya mengambil hartanya sahaja, maka lelaki itu akan memberitahu orang lain. Maka lelaki itu berkata: "Kalau begitu, perkenankan saya untuk melakukan sembahyang dua raka'at!" Dia berkata: "Silakan, sembahyanglah, tetapi cepat sedikit." Lelaki itu berkata: "Lalu saya berdiri dan berwudhu' di lembah itu dan melaksanakan sembahyang dua raka'at. Dia berkata lagi: "Demi Allah, saya telah lupa semua ayat yang ada di dalam Al-Quran, kecuali firman Allah SWT: "Atau siapakah yang memperkenankan (do'a) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdo'a kepadaNya..." [An-Naml: 62]
Lalu saya mengulang-ulanginya. Tatkala saya selesai sembahyang dua raka'at tiba-tiba seorang penunggang kuda yang berada di atas kudanya, datang dari lembah lain dan di tangannya ada tombak. Maka diapun melepaskan tombaknya kepada penjahat ini, tepat mengenai dadanya, lalu dia jatuh tersungkur dan terus mati. Lelaki itu bertanya: "Demi Allah, siapakah anda sebenarnya?" Dia berkata: "Saya adalah utusan: 'Atau siapakah yang memperkenankan (do'a) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdo'a kepadaNya...' [An-Naml: 62] . Ketika kamu berdo'a pada do'amu yang pertama, saya sedang berada di langit ketujuh, lalu kamu berdo'a untuk kali keduanya, ketika itu saya berada di langit keempat, kemudian kamu berdo'a lagi untuk kali ketiganya, dan saya pun sudah berada di bumi."
Di dalam Al-Quran terdapat juga beberapa kisah yang lebih dahsyat daripada ini, seperti kisah Nabi Ibrahim a.s. tatkala dia dicampakkan ke dalam api yang menyala. Lalu Allah SWT berfirman: "...hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim..." [Al-Anbiya': 69]
Nabi Yunus a.s. yang berada di dalam ikan paus telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada lautan dan menumbuhkan tumbuhan dari jenis labu. Lalu dia keluar ke
dunia setelah dia masuk ke dalam perut ikan paus, kerana dia mengatakan: "...bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim." [Al-Anbiya': 87]
Maka setiap kali kamu menyaksikan ada seorang hamba yang selalu berdo'a, maka ketahuilah bahawa dia itu dekat dengan Allah SWT.
Dan waktu yang paling baik untuk berdo'a, iaitu setiap selesai daripada melaksanakan sembahyang. Rasulullah s.a.w. pernah ditanya (sebagaimana yang terdapat dalam kitab Sunan At-Tirmidzi)
"Do'a yang bagaimanakah yang paling didengar?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Do'a pada akhir malam yang terakhir dan setiap kali selesai melaksanakan sembahyang." [At-Tirmidzi & Nasa'i]
Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Mu'adz bin Jabal r.a.: "Jangan kamu lupa untuk berdo'a setiap kali selesai daripada sembahyang dengan mengatakan: "Wahai Allah, tolonglah aku untuk sentiasa mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan beribadah dengan baik kepadaMu." [Ahmad, Abu Daud & Nasa'i]
Kemudian tempat yang paling baik di kala dalam sujud. Dalam hadith shahih daripada Rasulullah s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Keadaan yang paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika dia sujud, maka perbanyakkanlah do'a di kala itu." [Muslim, Ahmad, Abu Daud & Nasa'i]
Pada riwayat yang lain dikatakan: "Maka do'amu layak dikabulkan." [Muslim, Ahmad, Abu Daud & Nasa'i]
Maka apabila kamu meletakkan kepadamu di atas tanah untuk bersujud, setelah kamu mengatakan: "Subhana rabbiyal a'la wabihamdihi", maka kamu hendaklah berdo'a dengan do'a yang mudah bagimu.
Al-Andalusi mengatakan ketika dia menasihati anaknya:
Bila enkau sujud sebagai pengakuanmu kepadaNya, maka berdo'alah
Dengan do'a yang diucapkan Dzun An-Nun bin Matta!
Dan perbanyakkanlah selalu mengingatiNya di bumi
Agar bila engkau mengingatiNya, namamu akan diingat di langit.
Salah seorang shalih mengatakan: "Saya duduk bersama orang-orang shalih, lalu saya mendengar dia mengatakan di dalam majlisnya: Oh...tolonglah, oh...tolonglah,
oh...tolonglah." Saya bertanya: "Apa maksud dengan oh...tolonglah itu?" Dia menjawab: "Saya meminta tolong kepada Allah, tidakkah kamu mendengar Dia berfirman: "(ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankanNya bagimu..." [Al-Anfal: 9]
Hasan Al-Bashri mengatakan, bahawa manusia dalam kehidupan ini bagaikan orang yang tenggelam di dasar laut. Lalu dia bergantung kepada apa sahaja yang dapat menyelamatkannya. Kita ini seperti orang-orang yang tenggelam di dasar laut, kita hanya dapat berpegang teguh untuk berzikir, melakukan sembahyang, berdo'a dan beristighfar kepada Allah SWT.
Salman Al-Farisi r.a. mengatakan: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah itu Maha Pemalu lagi Maha Mulia, Dia malu kepada seorang darimu yang mengangkat kedua tangannya, menggembalikannya dalam keadaan kosong." [Abu Daud, Ibnu Majah, Al-Baihaqi]