الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
ISTIKHARAH : NESCAYA ALLAH TOLONG
Firman Allah:
وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
“…dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu, kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh
Allah mencintai orang yang bertawakkal” [ali-Imran 3:159]
Imam Ibnu Taimiyah Rahimahullah:
“Tidak akan menyesal siapa yang beristihkarah kepada penciptanya, dan bermesyuarat (berbincang) dengan mahklukNya yang beriman dan tetap pada pendirianya” [Majdi Bin Abdul Wahab al-Ahmad,Syarah Hisnul Muslim Min Azkar al-Kitab wa al-Sunnah]
Begitulah besar dan istimewanya kelebihan beristikharah.
Pada peringkat awal sememangnya sukar untuk kita beristikharah di dalam semua urusan kehidupan kita,kita sebagai insan yang lemah pastinya sering lupa dan terdorong untuk mengikut telunjuk hawa nafsu. Tidak mengapa,ayuh kita berusaha sedikit demi sedikit untuk menuruti sunnah beristihkarah ini,kita mulakan dengan urusan-urusan yang besar dan penting,sekurang-kurangnya seminggu sekali,kemudian kita gandakan dan perhebatkan lagi istikharah kita kepada Allah Azza Wa Jalla dari masa ke semasa.
Diriwayatkan daripada Jabir r.a berkata :
وَعَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - يُعَلِّمُنَا الِاسْتِخَارَةَ فِي الْأُمُورِ كُلِّهَا كَمَا يُعَلِّمُنَا السُّورَةَ مِنَ الْقُرْآنِ، يَقُولُ: إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالْأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ، ثُمَّ لْيَقُلْ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ، فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلَا أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلَا أَعْلَمُ، وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ، اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ-ويسمى حاجته- خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي - أَوْ قَالَ: عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ - فَاقْدُرْهُ لِي، وَيَسِّرْهُ لِي، ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ، وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي - أَوْ قَالَ: عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ - فَاصْرِفْهُ عَنِّي، وَاصْرِفْنِي عَنْهُ،
وَاقْدُرْ لِيَ الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ، ثُمَّ رَضِّنِي بِهِ
Rasulullah s.a.w mengajarkan kami istikharah dalam segala urusan sebagaimana mengajarkan salah satu surah dari al-Quran. Baginda bersabda : “Jika salah seorang dari kalian berniat melakukan sesuatu urusan,hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat di luar solat fardu. Kemudian bacalah doa ini : “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pilihan yang tepat kepadaMU dengan
ilmuMu, dan aku memohon kekuatan kepadaMu dengan kemahakuasaanMu, aku memohon kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Mahakuasa,sementara aku tidak berkuasa,Engkau Maha Mengetahui,sedangkan aku tidak mengetahui, dan Engkau Yang Maha Mengetahui Perkara yang ghaib. Ya Allah, apabila Engkau mengetahui bahawa perkara ini-(sebutkan hajat)- baik bagiku,bagi agamaku,bagi hidupku dan baik akibatnya terhadap diriku -(atau ia katakan : baik bagiku di dunia mahupun di akhirat)-, maka tetapkanlah perkara itu untukku,mudahkanlah urusanya bagiku dan berkatilah aku padanya. Jika Engkau tahu bahawa perkara ini buruk bagiku,bagi agamaku,bagi hidupku dan buruk akibatnya terhadap diriku -(atau ia katakan : buruk bagiku di dunia mahupun di akhirat)-, maka jauhkanlah perkara itu dariku dan jauhkanlah diriku darinya. Tetapkanlah kebaikkan untukku di mana saja kebaikkan itu berada, lalu jadikanlah diriku redha menerimanya.”
[Riwayat Imam Bukhari]
Setelah kewafatan Khadijah, Allah SWT sering menghadirkan mimpi seorang gadis yang dibawa oleh malaikat Jibril di dalam kelubung sutera. Apabila diselak, gadis itu adalah Aisyah. Jibril berkata, “Ini adalah isterimu di dunia dan di akhirat). Tiga kali mimpi itu menemani malam baginda.
Baginda cuma berkata kepada diri dengan mimpi itu, “Kalau ini kehendak Allah, pasti akan terlaksana.” (Muttafaqun a’laih).