الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
TIDAK MENDIRIKAN SOLAT : JIKA BERANI
Terdapat suatu riwayat di mana pada suatu hari Rasulullah s.a.w sedang duduk
bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab lalu masuk ke dalam masjid sambil menangis.
Apabila Rasulullah s.a.w melihat pemuda itu menangis maka baginda pun bertanya, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”
Maka orang muda itu menjawab:
“Ya Rasulullah s.a.w, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan disediakan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”
Lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan Sayidina Abu Bakar r.a. dan Sayidina Umar r.a. mengikut orang muda itu untuk melihat apakah yang sedang berlaku. Setelah sampai di rumah pemuda itu, Sayidina Abu Bakar r.a dan Sayidina Umar r.a terkejut melihat mayat ayah pemuda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu apa yang mereka lihat kepada Baginda Rasulullah s.a.w:
“Ya Rasulullah , kami lihat mayat ayah pemuda ini telah bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”
Maka Rasulullah s.a.w dan para sahabat pun pergi ke rumah pemuda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Ketika mayat bapa pemuda itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu
berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah s.a.w pun bertanya kepada pemuda itu:
“Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu ketika hidupnya di dunia dulu?”
Pemuda itu memberitahu kepada Baginda Rasulullah s.a.w:
“Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.”
Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda:
“Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan solat. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”
Manakala di zaman pemerintahan Khalifah Sayidina Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyangkan mayatnya tiba-tiba kain kafannya bergerak-gerak. Apabila mereka membuka kain kafannya mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayatnya tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.
Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”
Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “ Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :
- Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
- Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
- Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.