SEKADAR ILUSTRASI |
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
TANDA HAMPIR DAN KEMAKSIATAN
TANDA HAMPIRNYA
1.Solat diringan-ringankan.
2.Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, filem malah imternet.
3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil tentang agama tetapi bercerita tentang hukum-hukum agama.
4.Perkara benar disalahkan dan salah dibenarkan. Susah untuk membezakan perkara halal dengan haram, kerana haram dianggap halal serta begitulah sebaliknya.
5.Berbohong dan penipuan menjadi keperluan hidup dan dijadikan alasan untuk mendapat kesenangan.
6.Membayar zakat (harta, , perniagaan dan pendapatan) dianggap sebagai beban.
7.Manusia yang hidup mengikut lunas agama ditindas dan hati mereka merintih kerana maksiat yang berleluasa, tapi mereka tidak mampu untuk mencegahnya.
8.Turun hujan diluar musim dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk yang berada muka bumi.
9.Fenomena perkahwinan sejenis semakin menjadi-jadi.
10.Perempuan menguasai lelaki dengan menggunakan sihir dan sebagainya.
11.Anak-anak ingkar dan derhaka kepada ibubapa secara jelas atau isyarat.
12.Kawan baik dilayan dengan rasa tidak hormay dan kasar, manakala musuh dilayan dengan baik dan hormat serta memusuhi orang yang mengajak kepada kebaikan.
13.Dosa dipandang ringan,malah bangga melakukan pergaulan bebas, minum arak, dedah aurat dan judi. Ianya dilakukan secara terang-terangan tanpa berselindung dan tanpa rasa malu.
14.Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyaknya berlaku kecurian di dalamnya.
15.Ramai yang melakukan solat tapi munafik dan berpura-pura. ketika solat berjanji menurut perintah Allah, tetapi sebaliknya.
16.Akan datang golongan manusia dari barat menguasai mereka yang lemah imannya dengan cara mempengaruhi mereka melalui cara berpakaian, pergaulan dan suka berpesta.
17.Al-Quran dicetak dengan indah tetap jarang dibaca dan diamalkan isi kandungannya cukup sekadar perhiasan di dalam rumah sebagai tanda itulah rumah orang islam dan adakalanya disimpan untuk dijadikan sebagai penghalang syaitan di dalam rumah padahal tidak sedikitpun mahu membaca dan menghayatinya.
18.Darah manusia tidak lagi berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah secara terang-terangan.
19.Penganut islam tidak mahu mengamalkan ajarannya, membela atau menyebarkannya agama islam itu sendiri atas alasan malu, tidak pandai, tidak mempunyai standard.
20.Ramai orang kaya yang mengerjakan umrah dan haji dengan tujuan melancong, manakala orang yang sederhana pergi hanya untuk berniaga dan orang miskin untuk meminta sedekah.
Lalu apakah maksud sebenar MAKSIAT
Maksiat adalah melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah, dan pelakunya akan mendapat dosa, dan membuka pintu keburukan seterusnya.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-39 yang bersidang pada 21 Sep 1995.
Maksiat dari segi bahasa bermakna derhaka.
Manakala maksud dari segi istilah ialah perbuatan yang membawa dosa iaitu yang bertentangan dengan akidah, syariat dan ajaran Islam sama ada dengan melakukan larangan Allah dan Rasul atau meninggalkan suruhan Allah dan Rasulnya, dengan kata lain melakukan yang haram dan meninggalkan yang wajib. Perbuatan tersebut memberi kesan kepada kehidupan seseorang dalam akidah, syariat ataupun akhlak.
Jenis-jenis maksiat
i. Maksiat kepada Allah dan Rasul iaitu meninggalkan perintahNya dan melakukan laranganNya.
ii. Maksiat terhadap makhluk iaitu maksiat terhadap manusia, maksiat terhadap haiwan dan alam sekitar, maksiat terhadap harta awam.
Maksiat dalam apa juga bentuk sama ada kepada Allah dan Rasul, kepada manusia dan makhluk boleh merosakkan agama, iman, akhlak, kemuliaan diri dan kesejahteraan induvidu, keluarga, masyarakat, negara dan umat.
Kategori
Pertama, maksiat yang mengeluarkan seseorang itu daripada Islam, seperti syirik dan kufur. Antara contohnya, sujud kepada patung, mencaci Allah dan Rasulullah SAW serta menghalalkan perkara haram dan mengharamkan perkara halal.
Kedua, maksiat yang tidak mengeluarkan seseorang itu daripada Islam tetapi membawa dosa besar. Contohnya berzina, mengumpat dan mengadu domba.
Ketiga, maksiat yang tidak mengeluarkan seseorang itu daripada Islam tetapi membawa dosa. Contohnya meminang wanita yang sudah dipinang oleh orang lain, melihat dan mendengar perkara yang diharamkan.
Di dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi (no. 2382), Rasulullah menjelaskan tiga jenis manusia yang dihumban ke neraka sebelum orang lain.
"Pertama, orang yang membaca al-Quran untuk digelar qari. Kedua, orang yang sering menderma untuk digelar pemurah dan dermawan. Manakala ketiga, orang yang mati di medan perang semata-mata untuk digelar berani."
Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Namun, kemaksiatan dalam hati dapat menghalangi dan memadamkan cahaya tersebut. Ketika Imam Malik melihat kecerdasan dan daya hafal Imam Syafi'e yang luarbiasa, beliau (Imam Malik) berkata:
"Aku melihat Allah telah menyiratkan cahaya di dalam hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat".
Seorang ulama berkata bahawa jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal tersebut akan mendorong dia untuk melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya.
Dan jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia pun akan cenderung untuk melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi kebiasaan bagi si pelaku.