الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
MANUSIA DI DALAM AL-QURAN
Gambaran bahawa manusia itu lemah.
Firman Allah s.w.t:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَنتُمُ
الْفُقَرَاء إِلَى اللَّهِ وَاللَّهُ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ
“Wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam
segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha
Terpuji.”
(Fatir:15)
Allah berkuasa atas segalanya sama ada di langit atau di dunia. Allah menjadikan
manusia bersifat lemah
supaya manusia dapat kembali kepada-Nya dalam apa juga
keadaan. Namun, dengan rahmat-Nya, Dia tidak membiarkan manusia tanpa
pergantungan dan jalan keluar. Maka itu, Allah utuskan nabi dan turunkan Al-Quran
bagi memberi peringatan.
SIFAT-SIFAT MANUSIA
1. Lemah
يُرِيدُ اللّهُ أَن يُخَفِّفَ عَنكُمْ
وَخُلِقَ الإِنسَانُ ضَعِيف
اً
Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu,
kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah. (An-Nisaa:28)
2. Tidak Bersyukur
وَهُوَ
الَّذِي أَحْيَاكُمْ ثُمَّ يُمِيتُكُمْ ثُمَّ يُحْيِيكُمْ إِنَّ الْإِنسَانَ
لَكَفُورٌ
Dan Dia lah yang menghidupkan kamu, kemudian Ia mematikan kamu, kemudian
Ia menghidupkan kamu semula. Sesungguhnya manusia sangatlah tidak bersyukur.
(Al-Hajj:66)
Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta
menjauhkan diri (dari bersyukur) dan apabila ia ditimpa kesusahan, maka ia
berdoa merayu dengan panjang lebar. (Fussilat:51)
إِنَّ
الْإِنسَانَ لِرَبِّهِ لَكَنُودٌ
Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.
(AL-‘Adiyat:6)
3. Berputus asa
وَلَئِنْ
أَذَقْنَا الإِنْسَانَ مِنَّا رَحْمَةً ثُمَّ نَزَعْنَاهَا مِنْهُ إِنَّهُ
لَيَؤُوسٌ كَفُورٌ
Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat
dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia
amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur. (Hud:9)
وَإِذَا أَنْعَمْنَا عَلَى الإِنسَانِ أَعْرَضَ وَنَأَى
بِجَانِبِهِ وَإِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ كَانَ يَؤُوساً
Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah ia serta
menjauhkan diri dan apabila ia merasai kesusahan, jadilah ia berputus
asa. (Al-Israa’:83)
لَا يَسْأَمُ
الْإِنسَانُ مِن دُعَاء الْخَيْرِ وَإِن مَّسَّهُ الشَّرُّ فَيَؤُوسٌ قَنُوطٌ
Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. Dan kalau ia ditimpa kesusahan
maka menjadilah ia seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan
putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah). (Fussilat:49)
4. Tidak menghargai nikmat
Allah
وَآتَاكُم
مِّن كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَتَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا
إِنَّ الإِنسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ
Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada
bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya. (Ibrahim:34)
5. Suka membantah
خَلَقَ الإِنسَانَ مِن نُّطْفَةٍ فَإِذَا هُوَ خَصِيمٌ
مُّبِينٌ
Ia menciptakan manusia dari air benih, (setelah sempurna kejadiannya),
tiba-tiba menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya.
(Al-Nahl:4)
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَذَا الْقُرْآنِ لِلنَّاسِ مِن
كُلِّ مَثَلٍ وَكَانَ الْإِنسَانُ أَكْثَرَ شَيْءٍ جَدَلاً
Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di
dalam Al-Quran ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan dan
sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya.
(Al-Kahfi:54)
6. Terburu-buru
وَيَدْعُ الإِنسَانُ بِالشَّرِّ دُعَاءهُ بِالْخَيْرِ
وَكَانَ الإِنسَانُ عَجُولاً
Dan manusia berdoa dengan (memohon supaya ia ditimpa) kejahatan
sebagaimana ia berdoa dengan memohon kebaikan, dan sememangnya manusia itu
(bertabiat) terburu-buru. (Al-Israa’:11)
خُلِقَ الْإِنسَانُ مِنْ عَجَلٍ سَأُرِيكُمْ آيَاتِي
فَلَا تَسْتَعْجِلُونِ
Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru dalam segala halnya, Aku
(Allah) akan perlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanKu, maka janganlah
kamu meminta disegerakan (kedatangannya). (Al-Anbiyaa’:37)
7. Kufur nikmat
خُلِقَ الْإِنسَانُ مِنْ عَجَلٍ سَأُرِيكُمْ آيَاتِي
فَلَا تَسْتَعْجِلُونِ
Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah
(dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru selain dari Allah, maka
apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak
mengingatiNya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat
Allah). (Al-Israa’:67)
8. Bakhil dan kedekut
قُل لَّوْ أَنتُمْ تَمْلِكُونَ خَزَآئِنَ رَحْمَةِ
رَبِّي إِذاً لَّأَمْسَكْتُمْ خَشْيَةَ الإِنفَاقِ وَكَانَ الإنسَانُ قَتُوراً
Katakanlah (wahai muhammad): “jika kamu memiliki perbendaharaan rahmat
Tuhanku pada ketika itu tentulah kamu akan berlaku bakhil kedekut kerana takut
kehabisan dan sememangnya manusia itu bertabiat bakhil kedekut” (Al-Israa’:100)
9. Zalim
قُل لَّوْ أَنتُمْ تَمْلِكُونَ خَزَآئِنَ رَحْمَةِ
رَبِّي إِذاً لَّأَمْسَكْتُمْ خَشْيَةَ الإِنفَاقِ وَكَانَ الإنسَانُ قَتُوراً
sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman
dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.
(Al-Ahzab:72)
10. Sombong
فَإِذَا مَسَّ الْإِنسَانَ ضُرٌّ دَعَانَا ثُمَّ إِذَا
خَوَّلْنَاهُ نِعْمَةً مِّنَّا قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَى عِلْمٍ بَلْ هِيَ
فِتْنَةٌ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa
kepada Kami, kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai
kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): “Aku
diberikan nikmat ini
hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku”. (Tidaklah
benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah
ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka
tidak mengetahui (hakikat itu) (Az-Zumar:49)
11. Tidak mengenang budi
وَجَعَلُوا لَهُ مِنْ عِبَادِهِ جُزْءاً إِنَّ
الْإِنسَانَ لَكَفُورٌ مُّبِينٌ
Dan mereka (yang musyrik mempersekutukan Allah dengan) menjadikan
sebahagian dari hamba-hamba Allah sebagai anak bagiNya. Sesungguhnya manusia
(yang demikian sesatnya) sangat tidak mengenang budi, lagi nyata kufurnya.
(Az-Zukhruf:15)
12. Resah dan Gelisah
إِنَّ الْإِنسَانَ خُلِقَ هَلُوعاً
“Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil
kedekut)”. [Al-Maarij:19]
Disebutkan seterusnya bahawa manusia yang resah gelisah itu mempunyai dua
ciri yang utama iaitu:
12.1Apabila ditimpa kesusahan
dia berkeluh kesah [70:20]
إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعاً
12.2 Apabila diberi nikmat dia kedekut dan bakhil [70:21]
وَإِذَا
مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعاً
13. Mudah terpedaya
يَا أَيُّهَا الْإِنسَانُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ
الْكَرِيمِ
Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu – (berlaku derhaka) kepada
Tuhanmu yang Maha Pemurah? (Al-Infitar:6)
14. Melampaui batas
كَلَّا إِنَّ
الْإِنسَانَ لَيَطْغَى
Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau
yang sewajibnya), (Al-‘Alaq:6)
15. Kerugian
إِنَّ
الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. (Al-‘Asr:2)
Maka adakah kita tergolong di dalamnya?
Penyelesaian
Menjaga solat dengan baik
الَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَاتِهِمْ دَائِمُونَ
“Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya”(Al-Ma’arij:23)
.
Mengeluarkan sedekah
وَالَّذِينَ فِي أَمْوَالِهِمْ حَقٌّ مَّعْلُومٌ
“Dan
mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang
termaklum”(Al-Ma’arij:24)
Berpesan kepada kebenaran dan
kesabaran
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula
berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan kepada kesabaran.
(Al-Asr:3)