Fikir-fikirkan.
Kita malu:
Memegang dan membawa Al-Quran di Khalayak Ramai...khuatir kita dianggap wara' dan beragama....malu rupanya...
Tetapi:
Kita tidak pula malu untuk memegang guitar, alatan muzik di hadapan khalayak, ke sana sini memikul kayu besar itu sambil berbangga dikenali dan disangka sebagai pemuzik, ahli kumpulan muzik, artis dan sebagainya.
Kita malu:
Memakai pakaian yang labuh menutup aurat, malu untuk kelihatan seperti ustazah dan orang yang alim serta wara kerana tidak mahu menjadi hipokrit kononnya (aku tak baik jadi buat apa nak pakai tudung labuh atau pakaian yang menutup aurat sempurna).
Tetapi:
Kita tidak pula malu untuk mendedahkan aurat dan bahagian anggota tubuh badan kita kepada lelaki yang bukan mahram dan kepada mereka yang tidak berhak melihat aurat dan bahagian badan kita.
Maka kita carilah jawapannya sebagai penduan kita.