الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    DARI RASULULLAH S.A.W

    Ibnu Syihab berkata : " Ibnu Hazm memberitahu ku bahawa Ibnu Abbas dan
    Abu Habbah Al-Anshari berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :" Jibril pergi bersamaku ke Sidratul Muntaha, dan Sidratul Muntaha itu tertutup oleh warna-warna yang aku tidak mengetahui apakah itu sebenarnya. Kemudian aku di bawa ke Syurga. Tiba-tiba di sana ada kail dari mutiara dan debunya adalah kasturi."
    (Riwayat Bukhari)

    Riwayat dari Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 
    "Pada hari kiamat nanti peluh akan mengalir di tanah sepanjang tujuh puluh depa dan menggenang setinggi mulut atau setinggi telinga mereka" 
    (Riwayat Muslim)


    Rasulullah s.a.w. bersabda: 
    "Keadaan yang paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika dia sujud, maka perbanyakkanlah do'a di kala itu." [Muslim, Ahmad, Abu Daud & Nasa'i]

    Salman Al-Farisi r.a. mengatakan: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah itu Maha Pemalu lagi Maha Mulia, Dia malu kepada seorang darimu yang mengangkat kedua tangannya, menggembalikannya dalam keadaan kosong." [Abu Daud, Ibnu Majah, Al-Baihaqi]


    Dari Abu Mas'ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai ( sehingga kini ) ialah : Jika engkau tiada malu, buatlah sesuka hati kamu. '


    Riwayat dari Ubay bin Ka'ab bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
    "Semoga Allah merahmati Musa a.s, Aku, akan senang sekali jika Musa s.a boleh bersabar sehingga dapat menceritakan kepada kita tentang pengalaman mereka berdua". Rasulullah s.a.w bersabda: " Tindakan Musa a.s yang pertama memang ia lupa". Baginda bersabda lagi : "Seekor burung terbang lagi lalu hinggap di tepi perahu dan mematuk ke laut. Lalu Khaidir a.s berkata kepadanya :" Ilmu kita jika di bandingkan dengan ilmu Allah adalah seperti patukan seekor burung pipit tersebut ke laut."
    (Riwayat Muslim)

    Umar al-Khattab r.a. waktu menjelang kematiannya akibat terkena tikaman, dengan air mata berlinang sambil berpesan:

    "Takutlah kepada Allah, takutlah kepada Allah dalam solat, tidak ada bahagian apa-apa dalam Islam bagi orang yang meninggalkan solat."
    (Riwayat Malik dalam al-Muwatha' dan Ibnu Abi Syaibah dalam al-Muhannaf)

    "sewaktu imam membaca ayat Al-Quran kepadamu, kamu seakan hidup bersamanya, menyemak bacaan Quran yang menakjubkan itu. Hendaklah kamu renungkan keadaan manusia pada hari kiamat dan di padang masyar seperti keadaan mereka pada waktu solat."
    ( Ibnul Qayyim r.a.) 

    Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
    "Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya telah tua namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka)." (Riwayat Muslim) 

    Dari anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda:
    "Dan apabila harus pula engkau lakukan (iaitu mengharapkan mati), maka hendaknya ia berucap: 'Ya Allah, hidupkanlah hambamu bila hidup itu lebih baik untukku, dan matikanlah hambamu bila mati itu lebih baik untukku ' " 
    (riwayat Bukhari dan Muslim) 

    Nabi saw. bersabda, "Redha Allah bergantung pada redha ibu bapa kamu dan murka Allah bergantung pada murka ibu bapa kamu." 
    (al-Hakim)

    Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian berbuat derhaka kepada ibu kamu". 
    (Bukhari )


    Dari Abu Bakar ra., Nabi saw. bertanya, "Mahukah aku beritahu kalian dosa terbesar dari dosa-dosa besar ?" 
    (1) Mempersekutukan Allah. 
    (2) Derhaka kepada ibu atau bapa. 
    (3) Membuat kesaksian palsu. 
    (Bukhari)

    Nabi saw. bersabda, "Ada tiga orang yang tidak akan masuk syurga: 
    1) orang yang derhaka kepada ibu bapanya.
    2) lelaki yang dayus. 
    3) perempuan yang menyerupai laki-laki." 
    (Nasa'i, Bazzar dan Hakim)

    Nabi saw. bersabda, "Semua dosa akan ditangguhkan pembalasan sampai nanti hari kiamat, kecuali derhaka kepada ibu atau bapa, maka sesungguhnya Allah akan segerakan pembalasan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum dia meninggal dunia." (Hakim)

    Daripada Ali bin Abu Talib berkata, Nabi Muhammad saw telah bersabda : "Apabila umatku melakukan 15 perkara, pasti turun bencana menimpa mereka. Lima belas perkara itu adalah seperti berikut :-

    1. Menganggap kekuasaan sebagai suatu perniagaan mencari keuntungan.

    2. Menganggap amanah seperti ghanimah (harta rampasan perang).

    3. Menganggap membayar zakat adalah merugikan.

    4. Lelaki atau suami tunduk kepada isterinya.

    5. Anak derhaka kepada ibunya.

    6. Anak lebih taat kepada kawannya berbanding kepada orang tuanya.

    7. Anak membenci ayahnya.

    8. Ramai orang menjerit-jerit di dalam masjid.

    9. Pemimpin adalah orang yang rendah budinya.

    10.Orang ditakuti kerana kejahatannya.

    11. Minuman arak berleluasa.

    12. Ramai orang memakai sutera.

    13. Penari wanita berleluasa.

    14. Muzik dimainkan di merata-rata tempat.

    15. Umat Islam pada hari ini mengutuk umat terdahulu termasuk para sahabat , tabiin dan imam.

    Maka pada saat itu, tunggulah datangnya azab termasuk angin merah, gempa bumi, tanah runtuh dan kemusnahan." 
    (Riwayat Tirmizi)

    Nabi s.a.w bersabda:
    " Ada dua jenis perbuatan yang mendapat seksaan dengan segera di dunia iaitu perbuatan berzina dan menderhaka kepada ibu bapa." 
    (Riwayat Bukhari)

    Aisyah berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
    "Amal kebajikan yang disegerakan balasannya di dunia adalah berbakti kepada orang tua dan menyambung tali silaturrahim. Kejahatan yang disegerakan seksaannya adalah berzina, menderhaka kepada ibu bapa dan memutuskan tali silaturrahim."
    (Riwayat Imam Tirmiz dan Ibnu Majah) 

    bnu Mas’ud Al Anshari Al Badri r.a meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w bersabdanya: “Orang yang paling berhak menjadi imam dari suatu kaum adalah orang yang terpandai membaca Kitab Allah diantara mereka. Jika mereka sama taraf dari segi bacaan. maka yang lebih mengetahuai tentang sunnah.” 
    (riwayat Muslim)

    Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a , katanya:
    “Adalah para pembaca Al Quran hadir di dalam majlis Sayidina Umar r.a bermusyawarah dengannya, terdiri dari orang tua dan pemuda.” 
    (Riwayat Bukhari )



    Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
    “Di hari akhirat kelak akan didatangkan al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah Ali-Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”. 
    (Riwayat Muslim)

    عَنْ أَبِيْ ذَرٍّ رضي الله عنه قال : قال رسولُ الله صلى الله عليه وسلم : يَا أَبَا ذَرٍّ ، لأَنْ تَغْدُوَ فَتــَعَلَّمَ ءَايـَةً مِنْ كِــتــَابِ اللهِ خَيْرٌ لَكَ مِنْ أَنْ تــُصَلِّيَ مِائــَةَ رَكْــــعَةٍ . لأَنْ تَغْدُوَ فَتــَعَلَّمَ بَابــًا مِنَ الْعِلْمِ ، عَمِلَ أَوْ لَمْ يَعْمَلْ ، خَيْرٌ مِنْ أَنْ تــُصَلِّيَ أَ لْــفَ رَكْــــعَةٍ 

    (رواه ابن ماجة بسند حسن)

    Daripada Abu Zar ra berkata : Rasulullah s.a.w telah bersabda : 
    “Wahai Abu Zar , hendaklah engkau berpagi-pagi dengan mempelajari satu ayat dari kitab Allah adalah lebih baik bagi engkau daripada engkau melaksanakan solat (sunat) 100 rakaat… Hendaklah engkau berpagi-pagi dengan mempelajari satu bab (tajuk) ilmu, sama ada engkau dapat mengamalkannya atau tidak mengamalkannya, adalah lebih baik bagi engkau daripada engkau melaksanakan solat (sunat) 1000 rakaat”
    (riwayat Ibnu Majah)

    Rasulullah s.a.w bersabda:
    "Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Quran adalah seperti bunga utrujjah, baunya harum dan rasanya lazat. Orang Mukmin yang tidak membaca Al-Quran adalah seperti buah kurma, baunya tidak begitu harum, tapi manis rasanya. Oorang munafiq yang membaca Al-Quran ibarat sekuntum bunga, berbau harum, tetapi pahit rasanya; dan orang munafiq yang tidak membaca Al-Quran, dia tak ubah seperti buah hanzalah, tidak berbau dan rasanya pahit sekali."
    (riwayat Bukhari) 

    Humaid bin Abur Rahman berkata:"aku mendengar Mua'awiyah sedang berkhutbah dengan berkata, "bahawa aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:" Barangsiapa yang dikehendaki Allah dalam kebaikan, maka Allah akan menjadikannya pandai agama. Aku adalah penyampai wahyu secara merata (mutlak), dan Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Mulia memberi pemahaman"
    (riwayat Bukhari)

    Rasulullah s.a.w. mengingatkan umatnya mengenai lima perkara itu iaitu:

    Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
    Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.
    Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal kematian daripada hal kehidupan.
    Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
    Jangan sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.

    Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah: "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya." Maka Allah menjawab: "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui." Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat



    Rasulullah s.a.w bersabda:
    “Apabila seseorang itu mendoakan untuk saudaranya di kala tidak berhadapan dengannya, maka berkatalah malaikat : kamu pun menerima sebagaimana doamu itu.”
    (Hadith Riwayat Imam Muslim)

    Diriwayatkan bahawa satu hari, ketika Rasullullah SAW bersama isterinya, (Ummu Salamah dan Maimunah) datang sahabatnya yang buta (Ibnu Maktum). Rasulullah SAW menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami Ya Rasullullah?” Rasullullah SAW menjawab, “Bukankah kamu dapat melihat?”

    Dari Ali bin Abi Talib, Aku dengar Rasululullah SAW bersabda, Tiga golongan umatku akan mengisi neraka Jahanam selama 7 kali umur dunia mereka iaitu:

    a. Orang yg gemuk tetapi kurus
    b. Orang yg berpakaian tetapi telanjang
    c. Orang yg alim tetapi jahil

    Adapun yang gemuk tetapi kurus itu ialah wanita yang gemuk (sihat) tubuh badannya tetapi kurang amal ibadatnya. Adapun orang yang berpakaian tetapi telanjang itu ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama. Dan adapun orang yang alim tetapi jahil itu ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

    Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, 
    "Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, (Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah!l Dan bunuhlah ia!", kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)".
    (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Rasulullah s.a.w bersabda"

    "Diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah menangis kerana merasa hebat kepada Allah. Diharamkan api neraka membakar mata yang pernah berjaga-jaga dalam perang sabil, dan diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah dipejamkan dari perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah..".

    Sabda Baginda s.a.w lagi:

    "Banyak ketawa itu mematikan hati dan melalaikan daripada mengingati akhirat dan mempusakai marah dalam hati".

    "Tertawa di dalam masjid itu menenggelamkan di dalam kubur dan mematikan hati dan melalaikan daripada menyebut nama Tuhan".

    Daripada Hassan Basri, tertawa itu ada 2 bahagian. Satu bahagian, tertawa yang disukai Allah iaitu diberi pahala untuk org yang tertawa. Tertawa sayang yang disukai Allah ialah senyum seorang di hadapan saudaranya bertujuan untuk menyukakan hatinya dan tawa yang dimurkai Allah ialah tertawa kerana perkataan atau percakapan orang lain.

    Daripada Abu Hurairah r.a : Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: "Apabila menguap salah seorang kamu dalam sembahyang, maka hendaklah kamu menutup mulutnya sedapat mungkin dan jangan sampai mengatakan 'hah' kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan yang ketawa



    Ibnu Syihab berkata : " Ibnu Hazm memberitahu ku bahawa Ibnu Abbas dan Abu Habbah Al-Anshari berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :" Jibril pergi bersamaku ke Sidratul Muntaha, dan Sidratul Muntaha itu tertutup oleh warna-warna yang aku tidak mengetahui apakah itu sebenarnya. Kemudian aku di bawa ke Syurga. Tiba-tiba di sana ada kail dari mutiara dan debunya adalah kasturi."
    (Riwayat Bukhari)
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA