Riwayat Anas bin Malik r.a dia berkata:"Aku sedang memberi minum para tetamu di rumah Abu Thalhah, pada hari khamar diharamkan. Tiba-tiba terdengar seseorang menyeru sesuatu. Abu Thalhah berkata, "Keluar dan
lihatlah!'. Lalu aku keluar, ternyata seseorang sedang mengumumkan, "ketahuilah bahawa khamar telah diharamkan. Arak itu mengalir di jalan-jalan Madinah. Abu Thalhah berkata kepadaku, "keluarlah dan tumpahkanlah arak itu!", lalu aku menumpahkannya." (Riwayat Muslim dan An-Nasa'i)
إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّـهِ ۖ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Sesiapa yang terpaksa (memakannya) tanpa mengingininya dan tanpa mengulanginya maka tiada dosa atasnya. (al-Baqarah: 173)
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Maidah, ayat 90 :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
” Wahai orang yang beriman!. Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan bertenung nasib dengan anak-anak panah adalah perkara keji yang termasuk perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya agar kamu berjaya.”
Setiap yang memabukkan dan menghilangkan akal fikiran itu haram hukumnya. Sabda Rasulullah S.A.W dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud, Dari Ibnu Umar r.a bahawa Nabi S.A.W bersabda;
” Setiap yang memabukkan dinamakan khamar (arak) dan setiap yang memabukkan haram hukumnya.”
Sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Hakim yang bermaksud; “Dari Ibnu Abbas berkata; Rasulullah SAW bersabda;
“Jauhilah arak kerana ia adalah kunci segala kejahatan“
Rasulullah s.a.w bersabda :
"Arak ialah setiap yang merosakkan akal fikiran."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh AlHakim yang bermaksud;
“Apabila seseorang melakukan zina atau minum arak, maka Allah mencabut imannya seperti mana orang yang menanggalkan baju melalui kepalanya”.
Imam Abu Laits berkata;
“Jauhilah diri daripada arak kerana ia mengandungi banyak keburukan iaitu orang yang minum arak akan menjadi seperti gila. Allah S.W.T akan menutup pintu langit kepada orang yang meminum arak dan amalannya serta doanya tidak akan diterima selama 40 hari. Orang yang minum arak akan dijauhi daripada rahmat Allah S.W.T dan dibenci oleh para malaikat.”
1. Ijmak ulama' telah menetapkan bahawa meminum arak adalah haram sama ada dengan kuantiti yang sedikit atau pun banyak.
2. Islam juga mengharamkan daripada menjual, membeli, ataupun memperniagakan arak meskipun dengan orang yang bukan Islam. Hal ini tidak terkecuali dengan mengangkut atau membawa serta membuat arak. Hukumnya juga haram.
3. Demikian juga Islam mengharamkan seseorang Muslim menjual anggur kepada orang yang mahu memprosesnya menjadi arak.
4. Majlis-majlis yang berunsur arak juga hendaklah diboikot dan kita dilarang mendampingi peminum arak.
5. Menggunakan arak semata-mata sebagai ubat juga adalah haram dan
berdosa. Lain halnya dengan campuran ubat dengan kadar tertentu dari alkohol- contohnya kerana darurat-seperti untuk memelihara sesuatu supaya tidak rosak. Tetapi ia hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
i) Terdapat bahaya yang sebenar ke atas kesihatan manusia jika tidak meminum ubat tersebut.
ii) Tiada ubat lain yang halal untuk menggantikannya.
iii) Ia hendaklah dengan nasihat seorang doktor Muslim yang dipercayai dalam profesionnya dan juga dari segi agamanya.
PUNCA:
1. Hubungan di antara orang dewasa.
Remaja cenderung meniru orang tua mereka dalam setiap aspek kehidupan adalah pengaruh kuat pada remaja dalam penggunaan alkohol. Ini adalah melihat pada dasar perhubungan antara orang dewasa dan individu remaja. Justeru itu remaja lebih cenderung meniru orang dewasa dalam setiap aspek kehidupan dalam mencari identiti sebagai seorang remaja yang hendak melangkah ke alam dewasa.
2. Pengaruh rakan sebaya. Pengaruh teman sebaya pada masa remaja sangat dominan. Kelompok sebaya mempengaruhi keperibadian seseorang dalam cara yang besar, terutama ketika ada kurangnya dukungan dari keluarga. Alasan yang sering digunakan oleh para remaja adalah dengan alasan seperti rasa ingin tahu, percubaan, mengidentifikasi diri dengan kelompok tertentu, perlu untuk menetapkan identiti terpisah atau psikologis dan emosional kemerdekaan, untuk menghilangkan kebosanan, sebagai bagian dari ‘sindrom merasa baik’, relaksasi, dorongan untuk diri percaya diri, untuk komunikasi yang lebih baik dengan lawan jenis dan untuk mendapatkan rasa dewasa.
3. Krisis kejiwaan, pada mulanya ia menggunakannya arak agar dapat menghilangkan tekanan jiwa, tetapi tanpa disedari pengambilan arak yang seterusnya akan lebih menekan jiwanya kerana sudah tidak dapat dikawal lagi yang pada mulanya adalah dianggap sebagai penawar akan tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya seperti dirinya terjebak dalam ketagihan arak.
4. emosi yang negatif berpunca daripada kurangnya kasih sayang ibu bapa malah ada di antaranya yang memiliki egoistik ingin mencampakkan dirinya sebagai seorang yang sudah dewasa dan mendeklarasikan kemerdekaan mereka (remaja) dengan cara meminum arak atau alkohol.
MITOS
1) Penggunaan alkohol membuat seseorang individu berasa seperti dewasa.
- Remaja yang tidak mengambil alkohol adalah lebih matang dan dapat berfikir secara rasional.
Mereka juga kurang bermasalah.
2) Alkohol memudahkan mereka mendapat ramai kawan dan diterima sebagai sebahagian dari kumpulan
tersebut.
- Rakan yang tidak mengambil alkohol boleh lebih dipercayai dan merupakan kawan yang sentiasa mengambil berat. Perhubungan antara kawan juga lebih sihat tanpa penggunaan alkohol.
3) Alkohol membuatkan seseorang itu nampak "cool" dan berjaya.
- Alkohol mengakibatkan mabuk,yang mana ini jelas tidak "cool" dan juga merbahaya.
4) Alkohol menghilangkan rasa bosan dan memberi keseronokan.
- Kegembiraan adalah lebih nikmat apabila seseorang itu mengambil bahagian dalam aktiviti sihat dan tidak
mabuk. Kegembiraan di bawah pengaruh alkohol tidak bertahan lama dan mudah dilupakan.
5) Adalah lebih baik mengambil alkohol semasa remaja supaya anda boleh berhenti mengambilnya semasa
dewasa ketika anda mempunyai lebih tanggungjawab. Remaja juga mempunyai tanggungjawab yang penting. Malahan, alkohol boleh mengakibatkan ketagihan hingga ke peringkat dewasa. Memulakan aktiviti sihat pada usia yang muda menjadikan seseorang itu lebih baik dan sihat apabila dewasa kelak.
LAKNAT ALLAH:
1. Pemerah arak : iaitu pekerja -pekerja yang melakukan kerja pemerahan buah-buahan seperti anggur yg bertujuan hasil dari perahan anggur itu akan dijadikan arak samada mengunakan teknologi moden atau cara lama. Hasil pekerjaannya adalah haram begitu juga perbuatannya.
2. Meminta diperahkan arak untuknya : Bermaksud majikan /pengurus sesebuah syarikat yang menggaji beberapa orang pekerja di kilangnya untuk bekerja sebagai operator pengeluaran .Maka haramlah pekerjaannya itu.
3. Peminum arak : Orang yang meminum arak walaupun setitik /tidak mabuk /hanya cuba-cuba .perbuatan itu adalah haram
4. Pembawa arak : Ia boleh dimaksudkan sebagai pelayan di sesebuah restoran/kedai makan /hotel ataupun boleh juga dimaksudkan sebagai pemandu lori yang membawa muatan arak dari sesuatu tempat ke suatu tempat yang lain .Perbuatan itu adalah haram walaupun ia tidak meminumnya .
5. Meminta dibawakan arak kepadanya bermaksud seseorang yang membuat pesanan arak samada untuk diminum ataupun di simpan sebagai koleksi .Maka perbuatan itu adalah haram
6. Memberi minum arak kepada orang lain bermaksud seseorang yang memberi orang lain minum padahal dia tidak meminumnya.
7. Penjual arak : Boleh diertikan sebagai pemilik kedai /restoran yang menjual arak kepada pelanggannya walaupun dia tidak meminumnya ,perbuatan itu juga haram .
8. Orang yg mendapat hasil daripada arak : Suatu skop yang lebih luas dan pelbagai bolehlah dikatakan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan arak adalah haram. Maka perbuatan/gaji itu adalah haram.
9. Orang yg membeli arak bermaksud orang yang membeli arak samada untuk diminum atau tidak . Maka perbuatan itu pun haram
10. Orang yg meminta dibelikan arak untuknya : Bermaksud seseorang yamg meminta seseorang yg lain membelikan arak untuknya kerana sebab yang tertentu .
MAKA ITULAH SYUBHAH