الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    SURAH AL-HASYR AYAT 21-24: SUATU KELEBIHAN DAN KEGEMENTARAN


    أعوذ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﺍﻟﺴﻤﻴﻊ ﺍﻟﻌﻠﻴﻢ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﻂﻦ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ
    لَوْ أَنزَلْنَا هَـٰذَا الْقُرْآنَ عَلَىٰ جَبَلٍ لَّرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُّتَصَدِّعًا مِّنْ خَشْيَةِ اللَّـهِ ۚ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ ﴿٢١ هُوَ اللَّـهُ الَّذِي لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ ۖ هُوَ الرَّحْمَـٰنُ الرَّحِيمُ ﴿٢٢ هُوَ اللَّـهُ الَّذِي لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ ۚ سُبْحَانَ اللَّـهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ ﴿٢٣ هُوَ اللَّـهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ ۖ لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ ۚ يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ ﴿٢٤

    Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

    Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


    Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

    Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.
    Riwayat daripada Muwatil bin Yasar bahawa Raaulullah s.a.w bersabda :
    "Sesiapa saja yang membaca

    أعوذ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﺍﻟﺴﻤﻴﻊ ﺍﻟﻌﻠﻴﻢ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﻂﻦ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ

    dan diikuti dengan membaca tiga ayat terakhr dari surah Al-Hasyr pada waktu pagi sebanyak tiga kali, Allah akan mengutuskan tujuh puluh ribu Malaikat kepadanya. Malaikat itu akan mendoakannya sehingga ke waktu petang. Jika ia meninggal dunia pada hari itu, maka dia mati sebagai syahid. Dan barang siapa yang membacanya pada waktu petang, ia juga akan mendapat balasan yang sama"
    (Riwayat Ahmad dan Tarmizi)



     Ayat ini menerangkan dengan jelas tentang kekuasaan dan keagungan Allah. Sehingga digambarkan bahawa gunung ganang sekalipun tidak sanggup menahannya sehingga pecah berderai tatkala Al-Quran diturunkan ke atasnya.

    Pada suatu ketika hati manusia akan menggeletar ketika dibacakan ayat-ayat Allah. Inilah jua yang dikisahkan terhadap peristiwa Umar Al Khattab apabila sampai kepadanya hidayah Allah bila mendengar keunikan kalam Allah, maka hatinya mengeletar ketakutan kerana takutkan ancaman Allah.

    Detik detik inilah jua yang kita harapkan dalam kehidupan kita untuk mencapai kebahgiaan dan keselamatan di dunia kerana yakin adanya kehidupan akhirat selepas datangnya kematian. Detik-detik ini akan dapat dicapai dengan darjat ketaqwaan yang tinggi terhadap keagungan Allah. Hanya hati yang sedar dan insaf dapat menyelami apa yang disampaikan dalam Al-Quran. Perumpamaan dan kisah gunung ini adalah menuntut manusia untuk berfikir tentang keagungan Allah seterusnya mengimani segala perintah dan menjauhi larangannya.

    Pada akhir surah ini pula disebutkan Nama-nama Allah dengan Sifat-sifat yang paling indah. Ianya sebagai satu peringatan agar manusia sentiasa mengingati Allah pemilik Alam semesta. Untuk apa dibentangkan nama-nama Allah ini? Kita diajarkan supaya sentiasa menyebut dan mengingati Allah di mana jua kita berada supaya kita tidak lupa diri hidup di atas dunia milik Allah ini. Nama-nama Allah yang dinyatakan adalah mewakili sifat-sifatNya yang menjadikanNya Tuhan yang selayakNya disembah kerana Dia adalah Pencipta dan kita adalah HambaNya.

    PERSOALAN..

    ADAKAH KITA BERASA GEMENTAR KETIKA MEMBACA AYAT INI???
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA