الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    KENAL MAKA CINTAILAH








    1)      Abu Qasim adalah di antara gelaran yang diberikan kepada Rasulullah ﷺ.

    2)      Rasulullah ﷺ diutuskan sebagai Rasul semasa berusia 40 tahun.

    3)      Thabit bin Qais adalah pembaca Khutbah Rasulullah ﷺ

    4)      Usamah bin Zaid adalah seorang pencinta Rasulullah ﷺ.

    5)      Huzaifah bin Yaman adalah penyimpan rahsia Rasulullah ﷺ.

    6)      Zubir bin Awwam adalah golongan penyokong Rasulullah ﷺ.

    7)      Hassan bin Thabit, Abdullah bin Rawwahah dan Kaab bin Malik adalah penyair-penyair Rasulullah ﷺ.

    8)      Surah An-Nur disarankan perempuan mempelajarinya oleh Rasulullah ﷺ.

    9)      Baginda pernah berkahwin dengan 13 orang tetapi tidak melebihi 4 isteri serentak.

    10)  Rasulullah ﷺ berkahwin selepas tiga tahun isteri pertamanya meninggal dunia.

    11)  Rasulullah ﷺ berkahwin adalah untuk menyelamatkan wanita-wanita tersebut dari berbagai masalah dan tekanan.

    12)  Baginda tidak berkahwin di atas dasar nafsu tetapi bagi membahagiakan dan menyelesai permasalah wanita tunggal dengan izin Allah سبحانه وتعالى.

    13)  Semua wanita yang Baginda kahwini bukan dari kalangan anak dara kecuali hanya Siti Aisyah sahaja. anak dara.

    14)  Ramlah binti Sufian adalah perempuan yang dipinang oleh Raja Najasyi untuk Rasulullah ﷺ.


    15)  Mariah Al-Qibti dan Raihanah binti Zaid adalah dua orang hamba yang telah dikahwini Rasulullah ﷺ.

    16)  Halimah binti Sa’diah dan Suwaibah adalah keturunan Abi Lahab.

    17)  Maimunah binti Al-Haris adalah isteri terakhir Rasulullah ﷺ.

    18)  Semasa kewafatan Rasulullah ﷺ, baginda telah meninggalkan 9 orang isteri.

    19)  Zaid bin Harisah adalah sahabat terakhir yang terlibat dalam sistem penceraian yang tidak berbentuk Islam sebelum wujudnya sistem pernikahan dalam Islam yang dikendalikan oleh Rasulullah ﷺ.

    20)  Barrah binti Abdul Izzi adalah nenek Rasulullah ﷺ di sebelah ibu Baginda.

    21)  Rasulullah ﷺ mempunyai tujuh orang anak, tiga lelaki dan empat perempuan.

    22)  Anak perempuan Baginda ﷺ pertama yang meninggal dunia adalah Ruqayyah.

    23)  Ibu Rasul Junjungan iaitu Siti Aminah meninggal dunia di Al-Abwa’ suatu tempat di antara Mekah dan Madinah.

    24)  Cucu kesayangan Baginda adalah al-Hassan dan al-Hussin.

    25)  Haris bin Uzai adalah bapa susuan Rasulullah ﷺ.

    26)  Zubir bin Awwam adalah anak saudara Rasulullah ﷺ.

    27)  Ali bin Abi Thalib, Uthman bin Affan, Al-As bin Ar-Rabi’ dan Utbah adalah kerabat ipar lelaki Rasulullah ﷺ.

    28)  Nenda di sebelah ayahanda Rasulullah ﷺ adalah Fatimah binti Amru Al-Makhzumi.

    29)  Bani Najjar dan Bani Zahrah adalah keturunan Rasulullah ﷺ.

    30)  Rasulullah ﷺ lebih rapat dengan Kabilah Quraisy Al-Adnaniah.

    31)  Daldal adalah binatang yang dihadiahkan kepada Rasulullah ﷺ oleh Al-Qauqas.

    32)  Nama Assakab, Al-Murtajiz, Lazzaz, At-Tarbi dan Al-Lahif adalah nama-nama unta Rasulullah ﷺ.

    33)  A-Mat’am bin Adi adalah orang yang membantu Rasulullah ﷺ ketika Baginda kembali dari hijrah ke Taif.

    34)  Kabilah Bani Nadhir Yahudi merancang melempar batu ke atas Rasulullah ﷺ.

    35)  Zainab binti Al-Haris adalah orang Yahudi yang telah meracuni Rasulullah ﷺ.

    36)  Nama-nama Zul Faqqr, Battar, Al-Haif, Rasub dan Al-Mukhzim adalah nama-nama bagi pedang Rasulullah ﷺ.

    37)  Peperangan pertama yang Rasulullah ﷺ hadapi adalah peperangan Al-Abwa’.

    38)  Kumpulan tentera Abdullah bin Hahsyi adalah kumpulan pertama yang berhadapan dengan Rasulullah ﷺ di kawasan tepi pantai.

    39)  Uqbah bin Abi Al-As adalah orang yang telah mematahkan dua batang gigi Rasulullah ﷺ.



    40)  Ibnu Qim,ah adalah orang yang telah melukai wajah Rasulullah ﷺ pada peperangan Uhud.

    41)  Rasulullah ﷺ terpaksa berperang sebanyak 27 kali dalam menentang musuh Islam.

    42)  Rasulullah telah berperang dalam 9 pertempuran.

    43)  Abi bin Khalaf adalah satu-satunya yang telah dibunuh oleh Rasulullah ﷺ walaupun Baginda telah terlibat dalam 27 peperangan.

    44)  Rasulullah ﷺ telah memulakan perjalan Israk bermula dari rumah Ummu Hani’.

    45)  Rasulullah ﷺ telah melakukan solat Ghaib ke atas jenazah Raja Habsah An-Najashi yang telah memeluk Islam tanpa pengetahuan rakyatnya.

    46)  Wanita pertama yang telah membuat perjanjian dengan Rasulullah ﷺ dalam Aqabah kedua adalah Fukaihah binti Yazid Al-Ansari.

    47)  Rakan perkongsian dalam perniagaan Rasulullah ﷺ di Mekah adalah As.Saib bin Abi Saib.

    48)  Rasulullah ﷺ telah membahagikan bulan Ramadhan kepada 3 bahagian: Di permulaan Ramadhan adalah Rahmat, Di pertengahan Ramadhan adalah Keampunan dan Di akhir Ramadhan adalah Perlindungan dari api neraka.

    49)  Di antara umrah yang telah Rasulullah ﷺ lakukan adalah Umrah Hudaibiah, Umrah Al-Qoda’, Umrah Al-Ja’ranah dan Umrah Haji.

    50)  Rasulullah ﷺ telah menghadiahkan 70 Selawat dan Salam kepada Saidina Hamzah r.a.

    51)  Kematian Saidina Hamzah r.a. dalam peperangan Uhud memberi kesan besar kepada Jasad dan Jiwa Rasulullah ﷺ..

    52)  Rasulullah ﷺ wafat semasa berusia 63 tahun.

    53)  Baginda ﷺ dikafankan dengan kain kafan yang disediakan oleh isteri bapa saudaranya Abu Talib iaitu Fatimah binti Asadi.


    54)  Sahabat yang mengaku nabi selepas kewafatan Baginda adalah Tulaihah binti Khuwailid Al-Asadi, kemudian beliau bertaubat dan kembali kepada Islam dengan sempurna.

    55)  Ummul Mukmini yang terakhir meninggal dunia dari kalangan isteri Baginda ﷺ adalah Ummu Salamah.

    .
    اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA