الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    PERINGATAN BUAT KITA 2

    SIAPAKAH KITA

    1.  Siapakah Orang Yang Sibuk?
    Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s. Kata Imam Al Ghazali “Rugilah mereka yang sibuk tetapi segala kesibukan mereka hanya untuk dunia sahaja.”

    2.  Siapakah Orang Yang Sombong?
    Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Aalamin, Tuhan semesta alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.3.  Siapakah Orang Yang Telah Mati Hatinya?
    Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Al-Qur’an, Hadis dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

    4.  Siapakah Orang Yang Gila Itu?
    Orang yang gila itu adalah orang yang tidak solat kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan solat, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

    5.  Siapakah Orang Yang Lemah?
    Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

    6.  Siapakah Orang Yang Kuat?
    Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.

    7.  Siapakah Orang Yang Bakhil?
    Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah ﷺ.

    8.  Siapakah Orang Yang Buta?
    Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al-Qur’an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

    9.  Siapakah Orang Yang Tuli?
    Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

    10.  Siapakah Orang Yang Paling Cantik?
    Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

    11.  Siapakah Orang Yang Manis Senyumannya?
    Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia berkata; “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu menambah, “Wahai Tuhanku! Daku redha dengan ketentuanMu ini.”,sambil mengukir senyuman.

    12.  Siapakah Orang Yang Miskin?
    Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

    13.  Siapakah Orang Yang Kaya?
    Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

    14.  Siapakah Orang-Orang Yang Mundur Hidupnya?
    Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

    15.  Siapakah Orang Yang Maju Dalam Hidupnya?
    Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang sentiasa mempertingkat ilmu agamanya.

    16.  Siapakah Orang Yang Rugi?
    Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

    17.  Siapakah Orang Yang Selalu Ditipu?
    Orang yang selalu ditipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

    18.  Siapakah Orang Yang Menangis Air Mata Mutiara?
    Orang yang menangis air mata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

    19.  Siapakah Orang Yang Mempunyai Rumah Yang Paling Luas?
    Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

    20.  Siapakah Orang Yang Mempunyai Rumah Yang Sempit Lagi Dihimpit?
    Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

    21.  Siapakah Orang Yang Pandai?
    Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

    22.  Siapakah Orang Yang Bodoh?
    Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

    23.  Siapakah Orang Dungu Kepala Otaknya?
    Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

    24.  Siapakah Orang Yang Mempunyai Akal?
    Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

    25.  Siapakah Orang Yang Bijak?
    Orang yang bijak ialah orang yang tidak membiarkan maklumat ini begitu sahaja, malah dia akan menyampaikan juga pada orang lain.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA