الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    Syirik Niat

    Imam Abu Jaafar Ibnu Jarir Ath-Thabari rahimahullah berkata, “Allah berfirman: “Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dengan amalannya, dan dia hanya mencari dunia dan perhiasannya dengan amalannya itu, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan-balasan dan pahala amalan mereka di dunia
    dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan merugi, iaitu tidak akan dikurangi balasannya, bahkan akan diberikan secara sempurna kepada mereka di dunia.”

    Dari Abdullah bin Abbas radliallahu ‘anhuma, dia berkata, “Barangsiapa beramal soleh untuk mencari dunia, dia melakukan puasa, solat dan tahajjud pada waktu malam, dia tidak akan melakukannya kecuali untuk mencari dunia, Allah berfirman: “Aku akan memberikan dengan sempurna pahala yang dia cari di dunia.” Namun, amalannya yang dilakukan untuk mencari dunia itu gugur, dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang merugi.”

    Dari Qatadah rahimahullah, dia berkata: “Barangsiapa yang keinginannya hanyalah dunia, dia hanya mencari dunia, Allah akan memberikan harta kepadanya dan akan memberikan kepadanya kehidupannya, dan itu merupakan qishash (balasan yang sepadan) baginya kerana amalannya, dan dia di dunia tidak akan dizalimi.”

    Dari Adh-Dhahak rahimahullah, dia berkata: “Barangsiapa beramal soleh dengan tanpa takwa iaitu dari orang musyrik- Allah memberi balasan di dunia atas amal tersebut. Seperti berbuat baik kepada kerabat, memberi kepada peminta sedekah, menyayangi orang yang kesusahan, dan semacamnya dari amal-amal kebajikan, Allah akan menyegerakan balasan amalannya baginya di dunia, Allah akan meluaskan padanya di dalam penghidupan, rezeki, memberikan kesenangan padanya di dalam apa yang telah Dia berikan, dan Dia menolak darinya perkara-perkara yang tidak disukai di dunia semacam ini. Tetapi di akhirat dia tidak mendapatkan bahagian.”

    Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Uthaimin rahimahullah berkata menjelaskan makna ayat di atas, “Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia”, iaitu kekal di dunia, “dan perhiasannya”, iaitu harta, anak-anak, wanita-wanita, sawah ladang, binatang-binatang ternak, kuda pilihan, sebagaimana firman Allah: “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu; wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia.” (Ali Imran: 14)

    Umar radliallahu ‘anhu menangis ketika melihat bekas tikar pada tempat berbaring Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu Nabi bertanya: “Apa yang menyebabkanmu menangis?” Dia menjawab: “Wahai Rasulullah, Kisra dan Qaishar, keduanya keduanya hidup di dalam kenikmatan, sedangkan engkau di dalam keadaan ini!”. Maka, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Mereka adalah orang-orang yang kebaikan-kebaikan mereka telah disegerakan untuk mereka.” (HR. Bukhari dan Muslim)

    Pada hakikatnya, itu merupakan bahaya pada mereka, kerana sesungguhnya jika mereka telah meninggalkan negeri kesenangan (dunia ini) menuju negeri yang panas membakar (Neraka), itu menjadi lebih berat dan dahsyat di dalam kehilangan kesenangan yang mereka dapati di dunia. Firman Allah Ta'ala, “Dan mereka di dunia tidak akan dirugikan”, iaitu mereka tidak akan dikurangi dari balasan mereka, karena Allah Maha Adil, tidak menzalimi, sehingga mereka diberi apa yang mereka kehendaki. Firman Allah, “itulah orang-orang”, iaitu orang-orang yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, firman-Nya, “di Akhirat tidak memperoleh kecuali Neraka”, ini pembatasan, ini berarti bahwa mereka tidak akan masuk Syurga, karena orang yang tidak mendapatkan kecuali Neraka, dia dicegah dari Syurga. Kita memohon perlindungan kepada Allah.”

    (Diringkas dari Al-Qaulul Mufid Syarh Kitab At-Tauhid juz , hal. 245-246)


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA