الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    Syirik


    Syirik besar adalah menjadikan sesuatu sebagai sekutu (tandingan) bagi Allah. Ia memohon kepada sesuatu itu sebagaimana ia memohon kepada Allah. Atau melakukan padanya suatu bentuk ibadah, seperti istighatsah (mohon pertolongan), menyembelih haiwan, bernazar dan sebagainya.  Dalam Sahihain disebutkan, Ibnu Mas'ud meriwayatkan, aku bertanya kepada Nabi s.a.w, "Dosa apakah yang paling besar?" Beliau menjawab:
    "Iaitu engkau menjadikan tandingan (sekutu) bagi Allah sedangkan Dialah yang menciptakanmu." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
    DI ANTARA JENIS  SYIRIK AKBAR / BESAR
    Syirik dalam berdoa:  Iaitu berdoa kepada selain Allah, samada kepada para nabi atau wali, untuk meminta rezeki atau memohon kesembuhan dari penyakit. Allah berfirman,  "Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfa'at dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu berbuat (yang demikian) itu, maka sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk orang-orang yang zalim."
    (Yunus: 106)
    Zalim yang dimaksud oleh ayat ini adalah syirik. Dan Rasulullah s.a.w menegaskan dalam sabdanya:  "Barangsiapa meninggal dunia sedang dia memohon kepada selain Allah sebagai tandingan (sekutu), nescaya dia masuk Neraka." (Riwayat Bukhari) 
    Sedangkan dalil yang menyatakan bahawa berdoa kepada selain Allah, baik kepada orang-orang mati atau orang-orang yang tidak hadir merupakan perbuatan syirik adalah firman Allah:  "Dia memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut waktu yang ditentukan. Yang (berbuat) demikian itulah Allah Tuhanmu, kepunyaan-Nyalah kerajaan. Dan orang-orang yang kamu seru (sembah) selain Allah tiada mempunyai apa-apa walaupun setipis kulit ari. Jika kamu menyeru mereka, mereka tiada mendengar seruanmu; dan kalau mereka mendengar, mereka tidak dapat memperkenankan permintaanmu. Dan dihari kiamat mereka akan mengingkari kemusyirikanmu dan tidak ada yang dapat memberi keterangan kepadamu sebagai yang diberikan oleh Yang Maha Mengetahui," (Faathir: 13-14)  
    Syirik dalam sifat Allah: 
    Seperti kepercayaan bahawa para nabi dan wali mengetahui hal-hal yang ghaib. Allah  berfirman:
    "Dan pada sisi Allah lah kunci-kunci semua yang ghaib, tiada  yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri." (Al-An'aam: 59)  
    Syirik dalam mahabbah (kecintaan): 
    Yang dimaksud syirik dalam mahabbah iaitu ia mencintai seseorang samada wali atau lainnya sebagaimana kecintaannya kepada Allah. Allah  berfirman:  "Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah." (Al-Baqarah: 165)  
    Syirik dalam ketaatan: 
    Iaitu ketaatan kepada ulama atau syeikh dalam perkara-perkara kemaksiatan, dengan mempercayai bahawa ianya dibolehkan. Allah berfirman:
    "Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah." (At-Taubah: 31)  Taat kepada para ulama dalam hal kemaksiatan iaitu dengan menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah. Atau sebaliknya, mengharamkan apa yang dihalalkan Allah. Taat kepada para ulama dalam hal kemaksiatan inilah yang ditafsirkan sebagai bentuk ibadah kepada mereka. Rasulullah s.a.w menegaskan:  "Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara-perkara maksiat kepada Al-Khaliq (Allah)." (Riwayat Ahmad, hadis sahih)  
    Syirik hulul: 
    Iaitu mempercayai bahawa Allah menitis kepada para makhlukNya. Ini adalah aqidah Ibnu Arabi, seorang sufi yang meninggal dunia di Damaskus. Sehingga Ibnu Arabi mengatakan:  "Tuhan adalah hamba, dan hamba adalah Tuhan. Duhai sekiranya, siapakah yang mukallaf?"  Seorang penyair sufi lainnya, yang mempercayai aqidah hulul bersenandung:  "Tiada anjing dan babi itu, melainkan tuhan kita (juga). Dan tiadalah Allah itu, melainkan seorang rahib yang ada di gereja."  
    Syirik tasharruf (tindakan): 
    Iaitu keyakinan bahawa sebahagian para wali memiliki keleluasaan untuk bertindak dalam urusan makhluk. Percaya bahawa mereka boleh menyelesaikan persoalan-persoalan makhluk. Mereka namakan para wali itu dengan "wali Quthub". Padahal Allah Taala telah bertanya kepada  orang-orang musyrik terdahulu dengan firmanNya:
    "Dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka menjawab, 'Allah'." (Yunus: 31)  
    Syirik khauf (takut): 
    Iaitu keyakinan bahawa sebahagian dari para wali yang telah meninggal dunia atau orang-orang yang ghaib dapat melakukan dan mengatur suatu urusan serta mendatangkan mudharat (bahaya). Atas keyakinan ini, mereka menjadi takut kepada para wali atau orang-orang tersebut.  Maka oleh itu, kita menjumpai sebahagian manusia berani bersumpah bohong atas nama Allah, tetapi tidak berani bersumpah bohong atas nama wali, kerana takut kepada wali tersebut. Hal ini adalah kepercayaan orang-orang musyrik, yang diperingatkan Al-Quran dalam firmanNya:
    "Bukankah Allah cukup untuk melindungi hamba-hambaNya? Dan mereka menakut-nakuti kamu dengan (sembahan-sembahan) yang selain Allah." (Az-Zumar: 26)  Adapun takut kepada haiwan liar atau kepada orang hidup yang zalim maka hal itu tidak termasuk dalam syirik ini. Itu adalah ketakutan yang merupakan fitrah dan tabiat manusia, dan tidak termasuk syirik.  
    Syirik hakimiyah: 
    Termasuk dalam syirik hakimiyah (kekuasaan) iaitu mereka yang membuat dan mengeluarkan undang-undang yang bertentangan dengan syari'at Islam serta membolehkan diberlakukannya undang-undang tersebut. Atau dia memandang bahawa hukum Islam tidak lagi sesuai dengan zaman.  Yang tergolong musyrik dalam hal ini adalah para hakim (penguasa, yang membuat serta mengamalkan undang-undang), serta orang-orang yang mematuhi dan menjalankan undang-undang tersebut, jika dia meyakini kebenaran undang-undang itu serta rela dengan-nya.  
    Syirik besar boleh menghapuskan amal:  Allah berfirman: "Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu, "Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), nescaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi." (Az-Zumar: 65)  
    Syirik besar tidak akan diampuni oleh Allah kecuali dengan taubat dan meninggalkan perbuatan syirik secara keseluruhan:  Allah berfirman: "Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan Dia mengampuni dosa yang selain dari syirik itu bagi siapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya." (An-Nisaa': 116)  
    Syirik banyak jenisnya: 
    Di antaranya adalah syirik besar dan syirik kecil. Semua itu wajib dijauhi. Rasulullah s.a.w mengajarkan kepada kita agar berdoa:   "Ya Allah, kami berlindung kepadaMu dari menyekutukanMu dengan sesuatu yang kami ketahui, dan kami memohon ampun kepadaMu dari (menyekutukanMu dengan sesuatu) yang kami tidak ketahui." (Riwayat Ahmad dengan sanad sahih)
    AL FIRQOTUN NAAJIYAH
    JALAN GOLONGAN YANG SELAMAT
    Syeikh Muhammad Jamil Zainu
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA