الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
SURAH AN-NABA' AYAT 18
Firman Allah SWT :
يَوْمَ يُنفَخُ فِي الصُّورِ فَتَأْتُونَ أَفْوَاجاً
Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar
(Surah An-Naba' :18)
Diriwayatkan bahawa ayat di atas pernah ditanyakan oleh Muaz bin Jabal. Katanya, “ ya Rasulullah, apa maksud ayat ini?” Maka Rasulullah SAW menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab, “ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya satu golongan sahaja akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut,”
Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.
Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah kerana mereka yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.
Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Ini adalah balasan bagi mereka yang enggan megeluarkan zakat.
Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Ini adalah balasan bagi mereka yang berdusta.
Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan bagi mereka yang mengaut keungtungan dalam jual beli atas penipuan.
Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan bagi mereka yang menyaksikan maksiat dan perbuatan jahat.
Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut mereka. Ini adalah balasan bagi mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.
Mereka yang keluar di dalam keaadan terbalik iaitu kepalanya dibawah dan kakinya di atas. Ini adalah balasan mereka yang berzina dan mati sebelum bertaubat.
Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini adalah balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.
Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit-penyakit lain yang menjijikkan. Ini adalah balasan mereka yang melawan kedua ibu bapanya.
Mereka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, dan bibirnya berjuntai hingga ke perut, dari perutnya dan pahanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka yang minum minuman keras.