الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
JAUHILAH DARI SUARA KAMBING
وَلَا تُطِعْ كُلَّ حَلَّافٍ مَّهِينٍ ﴿١٠﴾ هَمَّازٍ مَّشَّاءٍ بِنَمِيمٍ ﴿١١﴾ مَّنَّاعٍ لِّلْخَيْرِ مُعْتَدٍ أَثِيمٍ ﴿١٢﴾ عُتُلٍّ بَعْدَ ذَٰلِكَ زَنِيمٍ ﴿١٣﴾ أَن كَانَ ذَا مَالٍ وَبَنِينَ ﴿١٤﴾ إِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِ آيَاتُنَا قَالَ أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ ﴿١٥﴾
Dari ayat itu, Allah memberi peringatan berupa larangan jangan sampai kita ikut..jangan sampai kita sama macam mereka....jangan sampai terpengaruh..malah disuruh kita hindari...jauhi golongan itu...
1. Orang yang suka bersumpah...rajin bersumpah....tapi sebenarnya sumpah palsu untuk menutupi suatu kesalahan diri sendiri atau untuk orang lain atau subhah untuk orang lain.
2. Orang yang suka mencela...mencaci kelemahan atau keadaan orang lain yang berbeza dengan dirinya samada zahir atau harta atau apa saja
3. Orang yang memfitnah..menuduh..tanpa bukti atau saksi...apakah perbezaan menuduh seseorang dengan menuduh seseorang.
4. Orang yang suka menghina ke atas orang lain samada dengan perkataan atau perbuatan secara jelas atau isyarat.
5. Orang yang menghalang orang lain untuk berbuat kebaikan samada secara terang...jelas...atau perantara...atau menjadi perantara (iaitu bersubhah)..atau yang menghalang diri sendiri untuk membuat atau menerima kebaikan dari orang lain...dalam kata lain sombong untuk menerima kebaikan.
6. Orang yang mempunyai perwatakan yang kasar iaitu orang yang terkenal sering melakukan perbuatan-perbuatan yang salah walaupun sudah menerima hukuman,atau ditegah atau ditegur, namun masih melakukan kejahatan kerana merasa bangga di atas kehebatan dan kekuatan diri.
7. Orang yang apabila dibacakan atau diperdengarkan ayat-ayat Al-Quran untuk dijadikan sebagai dalil atau bukti sesuatu hukum maka akan berkatalah atau memikirkannya atau menganggapnya sebagai sebuah dongengan atau sekadar cerita atau sekadar menakut-nakutkan..
Dalam ayat 10-13 di atas diterangkan bahawa orang yang memiliki harta yang banyak dan anak yang ramai lebih mudah untuk mendapat pengaruh orang lain atau mempengaruhi orang lain. Namun jika siapapun yang memiliki sifat-sifat yang disebutkan, maka mereka ini tidak boleh diikuti..atau dipercayai...atau dijadikan sebagai sahabat atau rujukan.
Imam Ibnu Jarir mengetengahkan sebuah hadis melalui Ibnu Abbas r.a. yang menceritakan, bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan Rasulullah s.a.w. sepertimana firman Allah:
"Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang kian ke mari menghambur fitnah (hasutan)." (Q.S. Al-Qalam 11-12)
Kami (para sahabat) masih belum mengenal siapakah orang yang dimaksud atau ciri-cirinya, sehingga tatkala turun pula ayat ini, ."..yang kaku kasar, selain
dari itu yang terkenal kejahatannya." (Q.S. Al-Qalam 18) Maka kini kami mengenal ciri-ciri orang itu, iaitu keluar dari mulutnya suara embekan sebagaimana kambing mengembek.