الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    SURAH AL-MULK DAN SESUATU DARI RASULULLAH




    Dari Abu Hurairah r.a, diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
    "Ada suatu surah yang terdiri atas tiga puluh ayat. Ayat itu kelak akan menjadi syafa'at kepada pembacanya sehingga dosa-dosanya akan diampuni Allah, yakni surah Al-Mulk"
    (Riwayat Tarmizi, Ahmad, Nasa'i dan Abu Dawud)

    At-Tarmizi meriwayatkan dari Jabir bahawa Rasulullah s.a.w tidak tidur sebelum membaca "Alif Laam Miim, Tanziilul...(surah as-sajadah)" dan "Tabarokal Lazhi Biyadihil Mulku...(surah al-mulk)"
    (Tafsir Ibnu Katsir 4/395)

    Di antara kelebihan Surah ini ialah:
    1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
    2. Sebagai penegah pembacanya dari seksa kubur.
    3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
    4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
    5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.
    Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
    "Surah AL-Mulk itu memelihara pembacanya dari azab kubur".

    3. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
    "Aku gembira sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah al-Mulk
    sehingga seolah-olah surah itu tertulis di hatinya".

    4. Rasulullah saw telah besabda yang bermaksud:
    "Barangsiapa yang membaca surah Al-Mulk tiap malam, ia akan selamat dari siksa kubur".

    5. Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:
    "Sesiapa yang membaca surah al-Mulk mana-mana malam, nascaya datang ke kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar dan Nakir"

    6. Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:
    "Sesungguhnya dalam al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Iaitu surah al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke syurga".

    7. Rasulullah saw telah bersabda dan bermaksud:
    "Sebahagian surah-surah yang terdapat dalam al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu ialah surah al-Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari neraka dan memasukkannya ke dalam syurga."

    8. Ulama berkata:
    "Sesungguhnya Rasulullah saw tidak akan beradi melainkan setelah membaca surah As Sajaddah dan surah al Mulk".

    9. Ulama berkata:
    "Sesungguhnya surah al Mulk itu melepaskan penamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab di hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut pelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api neraka".

    10. Saidina Ali  berkata:
    "Barangsiapa yang mengamalkan surah al Mulk, nescaya dibawa di hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf".

    11. Ulama berkata:
    "Sesungguhnya Surah Yaasin dan surah al Mulk terkandung beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa yang mengamalkannya akan mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk".

    12. Saidina abdullah bin Abbas berkata:
    "Barangsiapa membaca surah al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nascaya akan mendapat bantuan dan pertolongan dari ALLAH swt di dalam
    kuburnya. Apabila azab hendak datang ke bahagian kepala, terdengar satu seruan, 
    "tidak boleh engkau datang ke bahagian kepala ini kerana ada surah al Mulk".
    Begitulah keadaannya bila azab itu peergi ke bahagian kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah al Mulk". 



    أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ‌ ﴿١٤

    Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
    1. Dipandang hebat dan berwibawa.
    2. Boleh mengetahui apakah kelebihan diri sendiri.
    3..Dapat merasai apabila ajal telah hampir tiba.
    4. Jika diamalkan menjadi wirid, zikir harian boleh meluaskan rezeki dan menghilangkan fakir.
    5. Dibaca 2,012 kali untuk menolak bala yang besar.
    6. Jauh dari seksa kubur jika dibaca ayat 14 dan 15 surah Al Mulk.
    7. Jika berhajat hendak melihat orang yang melakukan jahat, pencuri, sihir, memfitnah, orang yang sudah meninggal dalam kubur dan perkara yang penting dalam peperiksaan lakukan:
    *Solat hajat
    *Baca ayat di atas 9 kali dan diniatkan.
    *Tidur dalam keadaan berwudhu dan berdoa (apa niat kita) dan tidur mengiring dengan lembung kanan

    قُلْ هُوَ الَّذِي أَنشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ‌ وَالْأَفْئِدَةَ ۖ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُ‌ونَ ﴿٢٣

    Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.
    .
    -Jika diamalkan ayat ini, iaitu dibacakan pada gigi yang sakit. InsyaAllah, akan berkurangan dan sembuh sakit giginya


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA