الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    MAKAN: SEBELUM SEMASA SELEPAS RAMADHAN DAN SEPANJANG HAYAT

    Suatu tazkirah ketika Sya'ban sebelum menjelangnya Ramadhan yang dinantikan dan dirindui, selepasnya ketika Syawal dan sembilan bulan berikutnya di antara Muharram ke Muharram sepanjang perjalanan hidup. Suatu keperluan, keinginan dan nafsu. MAKAN:

    Imam al-Ghazali dalam kitab tulisannya "Manhaj al-Abidin" menyatakan bahawa perut adalah anggota yang paling sukar dijaga sekalipun di kalangan ahli ibadat.

    1. Hati akan menjadi keras
    Banyak makan boleh menjadikan hati semakin keras. Makan banyak juga menyebabkan NUR akan pergi dan padam.  Rasulullah s.a.w   bersabda di dalam hadis baginda bahawa hati manusia itu akan mati dengan banyak makan
    dan minum sekalipun halal sebagaimana tanaman yang banyak disiram air.

    2. Fitnah kepada anggota badan
    Ketika mana perut kita kenyang dengan berlebihan maka akan menambahkan kecerdasan kepada anggota badan yang lain. Anggota lain akan bergerak cergas melakukan perkara yang tidak bermanfaat dan sia-sia. Mata akan menjadi liar, telinga akan mendengar yang sia-sia, lidah akan banyak berkata-kata, seterusnya semua anggota kaki, tangan dan lain-lain akan bergerak cergas.
    Sebaliknya, apabila perut lapar semua anggota lain akan tenteram, tenang dan tidak bernafsu untuk melakukan perkara yang haram dan sia-sia. Anggota menjadi lemah, tidak cergas disebabkan oleh tiadanya ransangan makanan.

    3. Melemahkan fikiran.

    Banyak makan akan menjadikan fikiran lemah, lembab dan tidak bertenaga. Apabila anggota lain menjadi lemah, maka otak juga akan menjadi lemah. Makanan yang berlebihan melemahkan ingatan, melambatkan hafazan dan memadamkan apa yang disimpan dalam ingatan, seterusnya menghilangkan kecerdikan. 
    Abu Sulaiman Abdul Rahman Al-Darani mengatakan bahawa:
    "apabila kita menginginkan sesuatu, maka jangan kita makan sehingga apa yang kita inginkan berhasil. Ini kerana dengan makan boleh mengubah fikiran kita."


    4. Mengurangkan keinginan untuk beribadat
    Perut yang terlalu kenyang akan menyebabkan badan semakin berat dan sukar untuk bergerak cergas. Mata akan menjadi mengantuk, kaki, tangan dan anggota lain menjadi lesu dan perlu kepada rehat. Akhirnya  akan membawa tidur dengan nyenyak. 
    "Orang yang berada dalam kekenyangan seumpama ditimpa penyakit lumpuh."

    5. Menghilangkan kemanisan beribadat
    Makan yang berlebihan boleh mengurangkan kemanisan beribadat. Sayidina Abu Bakar r.a pernah mengatakan bahawa:
    "Dirinya tidak pernah merasai kenyang semenjak beliau memeluk agama Islam agar dirinya mendapat kemanisan beribadat. Dirinya tidak pernah puas minum dengan harapan untuk bertemu Allah."
    Solat yang dilakukan dalam keadaan terlalu kenyang tidak mendatangkan khusyuk. Maka sebab itulah salah satu Allah mewajibkan ibadat berpuasa sebagai salah satu tarbiyah  agar kita mendapat kemanisan beribadat.

     6. Terdedah kepada perkara syubhah dan haram
    Makan yang berlebihan mudah terdedah dan terjerumus kepada syubhah dan haram. Imam al-Ghazali  mengatakan bahawa:
    "makanan yang halal itu hanya datang kepada kita sekadar untuk menjadi makanan. Pada hakikatnya harta yang syubhah dan haram itu banyak dan mudah diperoleh."
    Bahkan kadang-kadang datang secara tiba-tiba tanpa bersusah payah, berusaha
    keras, tanpa penat dan lelah, tanpa masa yang lama dan tanpa diduga oleh kita. Namun harta yang halal dan bersih lagi suci itu sedikit dan sukar diperoleh.

    7. Menyibukkan hati dan badan
    Manusia sentiasa sibuk dan resah apabila memikirkan tentang makanan. Masa yang banyak dihabiskan untuk menumpukan kepada makan dan minum. Bermula memikirkan tentang apa yang ingin dimakan, kemudian difikirkan pula soal penyediaannya sehinggalah selesai.
    Imam al-Ghazali menjelaskan  bahawa:
    "Ramai manusia menghabiskan usia kerana makan, apatah lagi cara penyediaan makanan hari ini dengan pelbagai menu sehingga berjam-jam lamanya. Berbeza kalau dilihat pada bulan Ramadan, suasana pada siang harinya tenang."

    8. Beban dalam urusan akhirat
    Pesanan daripada Rasulullah s.a.w bahawa seseorang yang menikmati kelazatan dunia yang berlebihan akan menerima banyak halangan, kesusahan dan kepayahan semasa sakaratulmaut dan di akhirat.

    9. Kurang ganjaran ketika di akhirat
    Sesungguhnya kelazatan negeri akhirat akan berkurang berdasarkan apa yang kita ambil daripada kelazatan di dunia. Lantan itu Allah akan memberi jaminan tidak sesekali akan mengurangkan kelazatan di akhirat.

    Allah SWT berfirman yang bermaksud:
    "Kamu telah habiskan nikmat-nikmat kesenangan kamu dalam kehidupan dunia kamu, dan kamu telah bersenang-senang menikmatinya; maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghina kerana kamu berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tidak berdasarkan alasan yang benar, dan kerana kamu sentiasa berlaku fasik."

     10. Tertahan di Padang Mahsyar
    Makan berlebihan akan menjadi penyebab tertahan di Padang Mahsyar kerana hitungan  hisab amalan. Kita juga akan mendapat celaan dan cemuhan malu
    kerana tidak mementingkan soal adab. Ini kerana berlebihan itu sebenarnya adalah menurut hawa nafsu syahwat. Setiap amalan yang halal itu tidak akan terlepas daripada kiraan hisab Allah. Tempoh yang lama di padang Mahsyar akan melambatkan kita memasuki syurga Allah. Kurangnya panjaran pahala di akhirat.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA